Suri mendongak memandang Yuri yang menyusun-nyusun burger, kentang goreng
dan minuman mereka di atas meja. Wajah lelaki itu ceria dan bersemangat.
Alangkah mudahnya hidup dirasakan bila dia mampu untuk tersenyum seperti Yuri.
Bagaikan masalah di dunia ini hanya masalah sementara walau berat macam mana
sekalipun.
“Terima kasih,” ucap Suri perlahan. Dia membuka bekas kertas yang membalut
burgernya. Senyap-senyap dia menjamah makannanya.
Tiba-tiba Yuri menyapu sesuatu di bibirnya. Suri terkesima. Dia makan comot
sangat ke? Pantas dia mengambil tisu dan menyapu bibirnya, agar tiada lagi
kesan comot melekat di bibir. Dia lihat permukaan tisu namun tiada apa yang
tercalit pun. Suri mengerutkan dahinya lalu pandang wajah Yuri yang dah
tersenyum-senyum itu.
“Apa yang kau tengah buat sebenarnya?”
“Main cinta dengan kau. Tak boleh?”
Pipi Suri membahang. Alahai Yuri. “Tak ada kerja lain agaknya.”
Yuri memangku wajahnya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menyuap
makanannya.
“Yuri makan elok-elok boleh tak?” tegur Suri.
“Kau memang makan macam ni eh? Cubalah nikmati makanan tu. sedih diaorang
masuk mulut orang yang grumpy,” kutuk Yuri dengan muka bersahaja.
Suri letak burgernya. Dahi Yuri ditunjal. “Kaukan, mulut tak ada insurans
ye? Ada jugak orang tu makan penyepak.”
“Cik, saya nak order pelukan kasih sayang boleh?” ejek Yuri.
“Maaf, permintaan anda tak dilayan...” tolak Suri dan menyambung makannya.
Ketawa Yuri pecah. Kuat pulak tu sehingga menarik perhatian beberapa orang.
“Alahai awek aku ni. Comelnya lah,” usik Yuri dan membuatkan wajah Suri yang
sudah sedia merah, bertambah-tambah merah. Blurr sahaja wajah Suri.
Yuri berhenti ketawa. Wajah Suri diperhatikan tanpa jemu. Kening bak busur,
pelapis mata yang dalam, mata yang bundar, hidung yang terletak cantik, dan
bibir merah bak delima. Ditambah pula dengan dahi yang luas dan rambut hitam
yang beralun cantik. Kesimpulannya, nama Suri memang sesuai dengan tuannya. Puteri.
Malah hidup gadis itu juga bagaikan puteri.
“Hei, apa yang kau rasa sekarang lepas kau keluar dengan aku?” soal Yuri
tiba-tiba.
“Gila,” jawab Suri tidak bertangguh. Buatkan Yuri pula yang berasa blank.
Kali ini giliran Suri pula yang ketawa. “Alahai pakwe aku ni, kacak betul.”
Geram pula rasanya bila dipermainkan. Yuri menghela nafas. Namun begitu
hatinya gembira. Gembira kerana perkataan ‘pakwe’.
“Yuri...” panggil Suri bersahaja. “Macam mana kau buat masalah di dunia ni
nampak mudah dan simple? Macam mana kau mampu tersenyum walaupun orang kutuk
belakang kau? Sikap kau tu buat aku cemburu dan buat aku rasa sedikit bangga
yang kau sanggup kawan dengan orang macam aku.” Suri mengambil seketul kentang
goreng lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
“Kau ingat tadi, masa manager butik tu offer aku jadi duta dia sebab gambar
aku keluar kat Veen tu... tu bukannya kali pertama. Kalau orang lain mungkin
dah bangga tapi aku tak selesa. Orang sentiasa perhatikan aku, tengok apa aku
pakai, apa aku makan, dengan siapa aku keluar sampaikan aku rasa kehidupan
peribadi aku bukan lagi peribadi. Susah jadi orang yang dikenali. Aku selalu
berdoa supaya kehidupan aku normal macam mana-mana gadis 15 tahun sebaya aku.
Dan kau dah tunaikan permintaan aku. Sebelum ni aku tak berani buat macam tu.
Date, shopping dengan boyfriend, pegang tangan... semua tu macam mimpi. Jadi
aku dah jawap soalan kau sepenuhnya?”
Yuri menggosok kepala Suri. Lembut. “Full mark and in fact you make me
realise that I really like you.”
“FULL mark and in fact you
make me realise that I really like you.”
Awan-awan yang bergerak mengikut arah tiupan angin kelihatan sangat lembut
dan jika boleh dia mahu berada di atas sana. Baring dan bergolek dan ditemani
oleh Yuriii...
“Suri!”
Kacau daun betul la... getus Suri dalam hati.
“Nak apa Miza?” Wajah Miza hanya dia intai dari ekor matanya sebelum dia
kembali merenung kepul-kepul awan yang lembut itu. Mula berangan semula.
Miza mengambil tempat di hadapan gadis itu. Entah kerusi siapa dia cilok,
asal dapat duduk sudah. “Kau mesti tak percaya dengan apa yang dah berlaku
tadi. Malah aku rasa macam tengah mimpi je ni!” cakap Miza sedikit menjerit.
“Ye ke?” soal Yuri acuh tak acuh.
“Tadi masa aku nak datang kelas kau, Putera S muncul depan aku
bersinar-sinar macam bintang dan dia bagi aku ni!!! Kau tak percaya kan? Aku
pun tak percaya. Rasa macam nak terjun bangunan nak test samaada aku ni tengah
mimpi ataupun aku tengah high... Ahhh!”
“Miza! Kawal diri tu sikit. Dia bagi kau apa?” Suri sudah tersenyum-senyum
melihat kerenah Miza yang macam terkena histeria. Nasib baik dia tidak macam
tu. Sebabnya... hehehe.
Mendengarkan soalan Suri, Miza pantas melihat isi beg kertas butik
berjenama. Bibir gadis itu terbentuk ‘o’. Baju blouse dikeluarkan dengan rasa
tidak percaya. “Suri!!! Ni mesti kerja kau kan!”
Suri gugup. “Ap... apa pulak? Kau ni... Putera S bagi kau kan? Jadi
terujalah sikit sebab dia tahu apa yang kau nak.”
Miza tunjuk muka terharu sambil tergeleng-geleng. “Suri, Suri... kau ingat
aku tak tahu ke?”
Tergeleng-geleng Suri cuba menafikan. Namun mata tajam Miza seperti enggan
menerima sebarang belas kasihan. Akhirnya dia mengalah. Apa salahnya dengan
sahabat sendiri, dia berterus terang. Lagipun sekarang ni dia perlukan tempat
untuk dia bercerita.
HATINYA resah. Samaada patut atau tidak dia pergi berjumpa dengan Yuri saat
ini atau tidak. Kertas kecil yang ada di dalam genggaman tangannya dilihat
beberapa kali, memastikan yang dia tidak salah lihat. Ah! Dia sudah buang
tabiat agaknya. Buat apa nak malu-malu jumpa mamat itu kalau tiada hati
padanya. Lagipun, perjumpaan ini bukan ada apa-apa makna pun... Yuri panggilnya
pun, hanya untuk saja-saja. Kan?
Oh shit!
Suri simpan kertas kecil itu dalam poket skirtnya. Lebih baik dia pergi
tidur daripada dia main aci sorok macam ni. Buang masa sahaja.
‘Buk!’
Suri mendecit sakit. Hatinya tidak henti-henti menyumpah orang yang
menolaknya dari belakang. Entah siapa agaknya yang berjalan letak mata kat
lutut.
“Maaf. Sengaja.” Gadis yang melanggar Suri tadi ketawa gedik dan diikuti
beberapa orang gadis lain.
Suri bangkit. Dia mengibas-ngibas skirtnya yang berdebu juga baju kemejanya
yang sedikit kotor. Lansung tidak mengendahkan sekumpulan gadis yang ala-ala
anak patung mukanya dengan haruman yang mencucuk hidung. Ergh, Suri
lansungtidak suka haruman yang mereka pakai dan dia dapat rasa yang hidungnya
mula gatal-gatal.
Melihatkan Suri tidak beriaksi, Da Um mula panas hati. Hajatnya langgar
Suri tadi kerana hendak menyakitkan hati gadis itu tetapi dia pula yang sakit
hati sekarang ini. Lantas dia menarik tangan Suri. Poket skirt Suri digeledah
tanpa rasa bersalah.
“Hei apa ni?!”
Suri cuba mempertahankan hartanya. Namun jari Da Um jauh lebih pantas
menarik keluar sekeping kertas kumal dari poket skirtnya. Suri mengetap bibir.
Bala, bala, bala!
Anak mata Da Um laju membaca bait kata yang tertulis di atas kertas itu.
Hyori dan Eugene juga membacanya, pantas. Masing-masing seperti tidak percaya
dan sangat-sangat tidak menyangka dengan apa yang mereka baca. Malah membaca
berita sensasi di emel yang dihantar secara pukal oleh kawan-kawan mereka
semalam, membuatkan salah seorang dari mereka hampir mati tercekik.
Da Um mengunjuk kertas itu pada Suri yang sudah masam mukanya. “Ini apa?!”
jerit Da Um macam kena histeria.
Suri mengorek-ngorek telinganya. Berdesing dengar suara nyaring Da Um
mengalahkan penyanyi opera. “Kertas lah bodoh. Kau ni budak tadika lagi ke?”
Srupp! Darah Da Um menyirap. Tangannya ringan sahaja menarik rambut panjang
Suri dan menggoncang-goncang kepala Suri ke depan dan ke belakang.
Terkejut, Hyori dan Eugene cuba untuk meleraikan Suri dari terus menjadi
mangsa histeria Da Um walaupun mereka juga turut sama menarik-narik rambut
Suri.
“Perempuan jalang tak guna! Pergi berambuslah kau anak luar nikah! Kau tak
layak dalam society ni punnn!” Da Um terus-terusan menarik rambut Suri.
Suri sedaya upaya cuba melepaskan cengkaman Da Um namun dengan adanya
tangan Hyori dan Eugene, dia jadi tidak mampu. Mereka bertiga berniat hendak
membotakkan diakah?
“Memang layak pun kau kena tinggal dengan bapak sendiri! Siapa je yang nak
anak tak ada taraf ni hah? Kau jangan nak perasan ye yang Putera suka kau. Kau
tu je yang perasan cantik!”
Suri cuba menahan air matanya. Kulit kepalanya sakit dan hatinya lebih
sakit daripada itu. Cukup-cukuplah dengan hinaan itu. Berapa ramai lagi yang
perlu katakan perkara yang sama? Berapa ramai lagi yang perlu mengingatkan dia
yang ini anak luar nikah yang lansung tidak diterima oleh atuk kandungnya
sendiri?
“Dan kau jangan lupa ye perempuan. Sebab kaulah... mak kau mati. Sebab
kaulah bapak kau tinggalkan mak kau! Jadikan mak kau macam mayat hidup
semata-mata kerana kau!”
‘Pang!’
Mata Da Um membulat. Bibirnya menggeletar. Serentak dia melepaskan Suri,
terjelepuk di atas lantai.
Yuri pantas merapati Suri. Rambut gadis itu kusut masai dan... air mata itu
mengalir tidak berhenti. Hati lelakinya tergores pedih. Tubuh lemah Suri
dipeluk erat lalu di pangku tubuh itu.
Suri... dirinya sekali lagi disakiti tanpa ada pelindung. Tiada tempat
untuk gadis itu bersembunyi. Dicemuh dan dihina sudah seperti menjadi makanan
ruji buat gadis itu tetapi bila melihatkan air mata gadis itu mengalir, Yuri
tahu... Da Um dah melampau.
Tajam mata Yuri memandang Da Um yang sudah menggigil itu. “Kau ni tak malu
ke? Dia saudara kau bukannya orang asing. Aku tak tahulah apa yang kau tak puas
hati dengan dia tapi kau dah melampau Da Um. Aku tak pernah suka orang macam
kau. Aku benci tengok orang macam kau. Dan kauorang...” Yuri berpaling melihat
Hyori dan Eugene. “... materialistik. Sejenis kaum yang paling aku menyampah. Pergi
berambus sekarang sebelum muka kau orang bercalar aku buat. Berambus!”
Terkonong-konong gadis-gadis itu berlari. Namun Da Um, walaupun dia takut
dan badannya seperti hendak jatuh, dia tetap berdiri dan melawan anak mata
Yuri.
“Aku suruh kau blah kan? Yang kau terpacak kat sini buat apa lagi?!” jerkah
Yuri. Hilang segala kelembutan dan sifat gantlemannya.
Da Um telan liurnya. “Kenapa mesti abang lindung perempuan ni? Sebab atuk
nak bagi dia harta? Abang pun samakan. Kejar harta dan pangkatkan? Abang tak
payah tipulah. Saya kenal mak ayah abang. Diaorang hanya mahu jaminan!”
Sesiapa sahaja pasti begitu. Pangkat dan harta yang dipandang dahulu,
kemudian latar keluarga dan pelajaran. Tiada siapa akan kisah dengan hati dan
perasaan. Berada dalam golongan seperti ini, menjadi manusia normal ialah
manusia robot yang tertampal senyum palsu. Berada di tangga teratas di dalam
piramid kehidupan bukanlah suatu tempat yang stabil dan boleh senang lenang
merehatkan badan. Terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan supaya tempat
itu terus kukuh.
“Aku memang tak tipu malah semua itu benar. Suri pun tahu dan dia tak kisah
sebab dia tahu apa yang dia mahu sebagai balasan,” balas Yuri tajam. Lalu dia
berpaling, melangkah menuju ke Unit Kesihatan (UK) sambil mengendong Suri.
Da Um tersentak. “A... apa yang abang cakapkan ni?” soalnya. Namun
soalannya diabiarkan sepi di bawa angin lalu. “Abang!”
No comments:
Post a Comment