Wednesday, January 15, 2014

Dreamer's Prologue Part 4 [END]


HANGAT. Mentari jingga dan angin bertiup lembut. Senyuman yang menghiasi wajah, bunyi gelak ketawa yang menyenangkan dan desah nafas ketika penat berlari, berpegangan tangan... Dunia kelihatan sempurna.
Suri membuka matanya. Berat sekali dia mahu melepaskan mimpi itu. Dunia yang menjadi tempat dia melepaskan rasa rindunya pada saat dia merindukan belai kasih sayang sebuah keluarga bahagia. 
 “Dan kau jangan lupa ye perempuan. Sebab kaulah... mak kau mati. Sebab kaulah bapak kau tinggalkan mak kau! Jadikan mak kau macam mayat hidup semata-mata kerana kau!”
Ibu. Dia rindukan wanita bernama ibu itu. Wanita itu tidak pernah sekalipun menyalahkan dirinya mahupun lelaki yang meninggalkannya itu. Malah terus berharap sehingga ke nafas terakhir yang cinta antara mereka tidak pernah terpisah walaupun jasad mereka berpisah beribu batu jauhnya. Ibu... tingginya nilai setianya sehinggakan Suri berasa sungguh sesal dan marah.   
“Awak dah sedar?” tegur seorang petugas Unit Kesihatan.
Suri senyum nipis. Perlahan dia bangun dan duduk di birai katil. Beg sekolahnya berada di meja sebelah katil. Terletak kemas dan di bawah beg itu terselit satu nota kecil yang berkeronyok. Suri capai kertas itu. Ini surat yang Yuri kirimkan padanya malalui Miza tadi, menyuruhnya pergi ke tempat mereka biasa tidur. Suri mendengus. Kalau bukan sebab kertas ini, dia tidak akan berasa sakit kepala bergaduh dengan adik saudaranya itu.
“Nasib baik tadi kawan awak hantar awak ke sini cepat. Kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada awak. Nah ini ubat awak dan makan ikut masa. Jangan tak ambil. Atuk awak tahu tak yang awak sakit ni?” soal Puan Rina. Wajahnya tampak risau.
Dahi Suri berkerut. “Kawan? Kawan mana?”
Puan Rina tersenyum sumbing. “Buat-buat tanya pulak. Dahlah pergi balik. Saya nak tutup UK ni. Ingat pesan saya tadi. Jangan nak mengelat.”
“Ya...” Suri mengeluh. Kasut potongnya disarung. Begnya diapai lalu beg kertas kecil berisi ubatnya di isi masuk ke dalamnya termasuk kertas kumal itu. Namun matanya terperasankan sesuatu. Lantas kertas itu dikeluarkan semula.
‘Sorry tak dapat jaga kau sampai petang tapi nanti kita jumpa kat rumah ye? P/s: Kau ada sorok sesuatu yang aku tak tahu ke?’
Suri mengetap bibirnya. ‘Yuri, apa semua ini?’ bisik hati Suri.
“Suri!” panggil Puan Rina sebelum sempat Suri menutup pintu bilik itu.
Puan Rina mendekatinya lalu memegang kedua belah bahunya. “Saya rasa dah tiba masanya awak lawan mereka. Awak dah ada penyokong yang kuat di belakang awak. Percaya pada dia.”

APA maksud Puan Rina dengan penyokong kuat di belakangnya? Dia maksudkan Yuri-kah? Tak mungkinkan? Walaupun hatinya ingin sekali ianya berlaku. Dia jadi berbelah bagi. Melawan mereka yang membulinya selama ini tidak pernah dia fikirkan. Well, dia ada fikirkannya sekali tetapi dia tolaknya jauh memandangkan dia berdiri sendiri tanpa sebarang talian hayat untuk dia bergantung dan berpaut walaupun untuk sekejap. Tetapi sekarang, jika benar kata-kata Puan Rina, mahukah dia? Mahukah dia menyerahkan sepenuh kepercayaannya pada Yuri?
Suri berhenti berjalan. Dia melihat sekelilingnya. Kawasan ini kelihatan sangat asing baginya. Dia sudah tersesatkah? Agaknya tadi dia terlalu leka berfikir sehingga tidak sedar yang dia sudah tersalah ambil jalan. Suri tergamam. Matanya melekat pada sebuah rumah kayu yang bercirikan reka bentuk rumah klasik eropah dengan campuran beranda tempatan yang menghadap ke sebuah pokok ceri yang besar yang sedang mekar cantik. Rumah yang terbina di antara bangunan tinggi itu membuatkan Suri tertanya-tanya, masih lagi wujud rumah sedemikian yang rupanya seperti cerita ‘UP’ yang dia sangat minati itu.
Tiba-tiba ada seorang lelaki tinggi, berpakaian Yukata dan sebatang paip di celahan jarinya, keluar dari rumah itu. Di belakangnya terdapat dua orang gadis kecil yang berpakainan comel dengan warna rambut yang menyerlah. Di tangan salah seorang gadis itu, terdapat seekor binatang bewarna hitam yang berbentuk seperti daging bun Cuma ia ada mata dan telinga. Terperasankan kehadiran gadis di hadapan rumahnya itu, lelaki yang baharu keluar itu memandangnya tajam. Suri gugup.
Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia seperti tertarik ke arah rumah itu walaupun kakinya seperti melekat kuat ke atas jalan tar itu. Perlahan dia tunduk hormat dan lelaki itu membalasnya.
“Urm, maaf... saya tak bermaksud nak ganggu awak tapi saya rasa saya dah sesat. Jadi, erm... boleh saya tahu saya berada di mana?” soal Suri penuh sopan dan gugupnya masih lagi tidak hilang.
Pandangan tajam lelaki itu bertukar lembut. Dia tersenyum. “Saya rasa awak yang memilih untuk berjalan ke sini, cik. Jadi, awak tak sesat sebenarnya,” jawabnya.
Suri terkedu. Ini lagi satu manusia yang suka bermain kata dan dia dah puas nak memikirkan perkara-perkara yang macam ini.
Lelaki itu tiba-tiba ketawa. “Saya rasa saya dah jumpa teman berbual yang menarik,” cakapnya lebih kepada diri sendiri. “Cik...” panggilnya.
Suri mendongak.
“Buat masa ini, inilah jalan yang ada untuk awak tiba ke destinasi takdir awak. Kalau setiap kali awak kurang yakin, awak fikir semula... adakah ini sesuatu yang patut saya lepaskan sedangkan ia memang untuk saya? Hati dan akal bergerak seiring tetapi hati lebih mengetahui apa yang awak mahu lebih daripada akal awak. Betul tak?” kata lelaki itu sambil menghisap paipnya. Dia kelihatan sangat sempoi dengan gayanya itu.
Suri tidak tahu samaada untuk percaya kata lelaki itu atau tidak. Dia bertanyakan arah jalan untuk pulang tetapi kenapa lelaki itu seperti membrikan arah ke jalan penyelesaian masalahnya pula? Suri pandang lelaki itu semula. Dia mahu bertanyakan sesuatu.
“Berhenti!”
Suri berhenti berjalan. Lagi satu langkah sebelum dia memasuki kawasan rumah yang dipagari dengan pagar kayu yang tinggi. Suri berasa pelik.
“Soalan-soalan itu belum tiba masanya untuk ia berjawab. Kelak nanti awak tak mampu untuk membayarnya. Fahamkan?” ujar lelaki itu dengan wajah serius. “Sehingga sini sahaja saya mampu tolong awak. Selamat petang dan semoga kita berjumpa lagi.” Lelaki misteri itu berpusing dan menolak ke duaorang gadis kecil itu supaya masuk ke dalam.
Terkebil-kebil Suri berdiri di hadapan pintu pagar itu. Bayar?
“Aku cakap, ada orang cakap kat aku yang ada orang ni boleh tunaikan permintaan dengan harga yang berpatutan dengan permintaan kau tu.”
“Tapikan, tak ada siapa pun tahu kat mana orang tu tinggal. Ada setengah cakap dia tu ahli sihir tau!”
Suri tersenyum. Mengarutlah!

“LAMBATNYA!” keluh lelaki itu apabila Suri terperasankan kelibatnya. Dia berdiri tegak dan menghulur segaris senyum manis.
Lama Suri merenung wajah Yuri. “Tadi kata jumpa kat rumah?”
“Tunggu kau lama sangat. Jadi aku tunggu kat sini. Takut kau sesat ke... apa ke...” Yuri beralasan. Rambut Suri diulus lembut.
Suri sedikit terkejut dengan tindakan tiba-tiba Yuri. Namun, dia biarkan sahaja. Berasa seperti dimanjakan. “Terima kasih tadi selamatkan aku,” ucap Suri perlahan. Malu pula rasanya bila mengingati saat dia dimalukan sebegitu sekali. Nasib baiklah tempat dia dimalukan itu bukannya tempat awam. Jika ya, dia tidak tahu dekat mana dia nak sorok muka ini.
Yuri ketap bibirnya. Geram pula rasanya. Tanpa sedar dia sudah memukul lembut atas kepala gadis itu.
“Aouch!” adunya.
“Aku ingat kau jiwa kental memandangkan dengan aku macam tak makan saman. Tapi kenapa dengan diaorang, kau biarkan diri kau dibuli? Kalau aku tak datang tadi, agaknya dah botak kau dibuatnya Da Um!” marah Yuri.
Mata Suri membulat. “Habis kau fikir aku mampu ke untuk lawan dia balik? Aku ada siapa sahaja untuk tolong aku nanti? Orang Tua Heitai pun takkan kisah kalau aku mati sekalipun. Malah mungkin semua orang akan bahagia kalau aku tiada.”
Senyap. Suri garu lengannya. Rasa seperti dia sudah melampau pula. Dia intai wajah Yuri.
Berat sekali Yuri hela nafasnya. Perlahan dia tarik tangan Suri dan membawa gadis itu ke taman permainan yang berdekatan dengan 7E, tempat mereka berjumpa. Dia menyuruh gadis itu duduk di salah satu bangku yang terdapat di situ. Kemudian dia dalam usahanya menyorok senyum, mengambil tempat di sebelah gadis itu. Kepala di dongakkan ke langit. Kemudian pada wajah gadis itu semula. Lama.
Suri rasa tidak selesa. Pipinya hangat. Hatinya berdegup laju. Matanya diberanikan bertentang mata dengan iris lelaki itu. Ia tampak berkilau dan mengasyikkan. Pelik. Sebelum ini dia tidak pernah perasankan sinar mata itu. Betapa untuk beberapa hari ini dia mangambil kesempatan atas perlindungan lelaki ini sehinggakan dia jadi buta pada sesuatu.
“Suri...” panggil Yuri. Tangan gadis itu diraih lalu diulus lembut. “Aku nak kau dongak untuk sekejap. Pandang ke atas dan fikir.”
Gadis itu teragak-agak mendongak ke atas. Mata bundar itu bertambah bundar saat matanya tertancap melihat kerlipan bintang-bintang yang berpuluh ribu juta jauhnya. Indahnya alam yang dia lihat sehingga lidahnya kelu untuk tidak tahu berkata apa. Di sana sini bintang-bintang kecil di mata, menarik perhatiannya. Berkilau tanpa rasa jemu.
“Cantikkan? Bintang yang buat kita nak gapai dan simpan dalam poket... macam kau,” ucap Yuri perlahan.
Suri berpaling.
“Kau pernah dengar tak yang ada satu kepercayaan tu... bila seseorang itu mati, seseorang itu akan dilahirkan semula menjadi bintang yang cantik dan bersinar untuk manusia di bumi ni.”
“Kau percaya tu?”
Yuri jongket bahunya. “Entah tapi kalau betul... macam mana aku nak gapai kau Suri? Sedangkan kau yang ada di sebelah aku pun, sepertinya berada beribu batu jauhnya dari aku... macam bintang di langit.”
“Aku tak mati lagi...” kata Suri tiada perasaan.
“Tapi kau berfikir untuk mati bukan?” potong Yuri.
Suri ketap bibirnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... hakikatnya dia dia tidak pernah fikir sampai ke situ. Dia Cuma menganggap setiap perkara yang menimpa dirinya hanya satu hukuman. Hukuman dilahirkan ke dunia tanpa tiket yang sah.
“Kenapa kau tak bagitahu aku Suri? Kenapa kau diamkan hal ini? Dan jangan cakap ianya tiada kaitan dengan aku lansung. Aku berhak untuk tahu. Kau tak sayang aku Suri?”
Lama mata Suri mendarat pada wajah itu. Hatinya berdegup laju. Dia keliru sebenarnya. Yuri hadir secara tiba-tiba dalam hidupnya. Menghulurkan bantuan setiap kali dia dalam kesusahan. Cintakah dia pada Yuri? Selain dari Miza, dia tiada sesiapa untuk dia pinta curahkan kasih sayang.
“Aku tak tahu Yuri...” jawab Suri perlahan. “Kau muncul tiba-tiba dalam hati aku dan aku tak tahu perasaan apa yang aku ada untuk kau. Aku suka kau tapi aku tak tahu... Kau juga tahukan, hidup aku tak pernah cukup dengan kasih sayang. Aku buta dan sesat!”
“Jadi? Kau nak tolak aku macam tu? Come on Suri. I can give all the love that you want!”
“Tapi itu tak adil buat kau! Aku tak nak pentingkan diri aku semata-mata aku nak itu. Aku tak sekejam tu Yuri...” lirih Suri membalas. Dia tidak pernah jatuh cinta. Dia tidak pernah mengharap untuknya pun. Apa yang dia nantikan ialah sebuah ikatan perkahwinan yang diatur oleh Orang Tua Heitai. Inilah hukuman yang paling dia takutkan dan nantikan.
Kedengaran Yuri menghela nafasnya berat. Dia mencari sesuatu di dalam poket seluarnya. Lalu dia berikannya pada Suri. “Ambil ni. Aku nak kau fikir panjang-panjang. Aku dah tak mahu paksa kau lagi dan fasal sakit kau tu, aku tak beritahu siapa-siapa lagi dan aku tak jamin aku akan senyapkan sahaja tentang hal ni. Tolong Suri, have confidence in yourself. Don’t be weak.”
Sesudah itu, Yuri bangkit. “Nanti ada orang ambil kau. Aku tak boleh hantar kau balik. Maaf, balik dulu.”
Melihatkan Yuri berjalan meninggalkannya perlahan-lahan, Suri seperti dapat dengarkan yang hatinya menangis. Apabila bayang lelaki itu hilang, dia melihat isi di dalam genggaman tangannya. Sebuah kotak kecil empat segi sama dan berbaldu. Dia membukanya.
“...Kalau setiap kali awak kurang yakin, awak fikir semula... adakah ini sesuatu yang patut saya lepaskan sedangkan ia memang untuk saya? Hati dan akal bergerak seiring tetapi hati lebih mengetahui apa yang awak mahu lebih daripada akal awak...”
Adakah dia sudah terlambat?
“...aku nak kau fikir panjang-panjang. Aku dah tak mahu paksa kau lagi...”
Suri mendongak, memandang langit yang indah dihias bintang-bintang. “Ibu... apa yang patut Suri buat?”

TIGA hari berlalu. Suri hanya memerapkan dirinya dalam bilik dan tidak keluar. Duduk di birai tingkap, merenung ke luar, melihat kawasan rumahnya yang dikelilingi hutan. Makcik Oni tidak jemu-jemu mengetuk pintu biliknya, memanggilnya dan memujuknya supaya turun dan bersarapan dengan atuknya seperti biasa. Supaya dia menjamah sedikit makan tengah hari seperti biasa.
Dia bangun awal pagi hari keempat itu. Mandi dan bersiap memakai baju hariannya. Matanya tertancap pada beg kertas butik yang dia pergi tempoh hari. Baju kardigan itu masih lagi dia tidak sentuh. Terdudk di dalam almari semenjak hari itu. Baju yang Yuri belikan untuknya.
Tiba-tiba telinganya dapat menangkap bunyi deruman enjin motor berkuasa tinggi. Suri pantas berlari ke tingkap, melihat gerangan siapa yang datang ke rumahnya pagi-pagi ini.
Makcik Oni sudah sedia menggu di porsche, menyambut tetamu yang datang itu.
“Selamat datang Tuan Muda Genji,” ucap Makcik Oni.
Yuri memcabut topi keledarnya. Rambutnya dibetulkan sambil dia melemparkan senyuman manisnya pada Makcik Oni. “Tak payah formal sangat Makcik Oni. Dulukan Makcik Oni panggil saya Yuri saja. Lupa ke?” usik Yuri.
Makcik Oni ketawa. Senang hati dengan perilaku anak muda itu. “Kecik-kecik dulu boleh lah makcik panggil macam tu... ni dah besar bangka, segan makcik dengan kamu. Haritu pun kamu datang, tak sempat makcik nak tegur kamu. Tengok kamu sekarang, kacak... tinggi... padan dengan Cik Suri!” puji Makcik Oni.
Yuri hanya tersenyum mendengarkan pujian itu namun tuan puteri tu mahukah dengan dirinya yang ‘kacak’ dan ‘tinggi’ ini?
“Suri tak keluar bilik lagi ke makcik?” soal Yuri.
Makcik Oni mengeluh. “Macam tu jugalah dia. Makcik tak tahu nak buat apa dah dengan Cik Suri. Berkurung je... Kamu tahu tak kenapa dia jadi macam ni?” soal Makcik Oni lagi sepertimana yang dia pernah soalkan semasa Yuri menelefonnya tadi tentang keberangkatannya ke mari.
Yuri ketap bibirnya. “Maaflah makcik. Kalau saya tahu memang saya akan beritahu makcik,” bohong Yuri. Dia tidak mahu susahkan Makcik Oni.
“Tak pelah kalau macam tu. Meh, masuk. Tuan besar ada di biliknya, kamu pergilah jumpa dia dulu sebelum kamu jumpa Suri,” pesan Makcik Oni.
Yuri mengangguk lalu dia mendongak memandang ke satu arah.
Suri pantas menyorok. Dadanya dipegang. Bibirnya tersenyum tanpa dia sedar. Selama tiga hari dia tidak menjejakkan kakinya ke luar, satiap sudut biliknya seperti dihuni oleh tambahan seorang lagi penduduk. Sekejap di penjuru itu, sekejap pula di hadapannya dan sekejap pula berada di belakangnya, memeluk erat dan mencium kepalanya. Eee~
‘Pap!’
Suri menampar-nampar pipinya. Apa kena agaknya dia ni. Gila!
Pantas dia ke almari pakaiannya semula, mengambil isi dalam beg kertas itu dan menyarungnya.

KETIGA-TIGA pasang mata itu melihatnya terkelip-kelip tidak percaya sehingga buatkan Suri rasa hendak balik semula ke biliknya. 
Makcik Oni ketawa kecil. Ceria. “Makcik nak pergi ambil makanan untuk Cik Suri. Mohon pamit.” Makcik Oni munutup pintu itu.
“Humph!” Orang Tua Heitai berdeham lalu memandang ke arah luar biliknya. Yuri pula sudah tersengih-sengih tidak percaya.
“Selamat pagi atuk. Saya mohon atuk kekal sihat seperti hari-hari sebelumnya dan saya mohon maaf atas sikap saya beberapa hari lepas.” Tunduk Suri. Namun riaksi atuknya masih tawar, kekal memandang ke luar seolah yang bercakap dengannya ialah pokok-pokoknya dan bukannya cucunya.
Suri berpaling memangdang Yuri. Lelaki itu merenungnya lembut. Saat mata mereka bertemu, seulas bibir itu merekah merah. Senyuman yang dia rindu beberapa hari ini tetapi entah kenapa terasa kosong.
Yuri pegang baju kardi yang dia pakai. “Kau pakai...” bisiknya. Kemudian tanpa menunggu balasan darinya, Yuri hadap makanannya.
What the ****!
Suri ketap jemarinya. Ini bukan apa yang dia harapkan! Kenapa baju kardi ini sahaja yang lelaki itu perasankan?
Dia dah mula rasa macam orang bodoh pula. Lebih-lebih lagi di hadapan Orang Tua Heitai yang tegas dan garang ini. Dia berpakaian yang dia jarang pakai ketika di waktu sarapan pagi semata-mata nak tarik perhatian Yuri dan ini yang dia dapat?!
“Cik Suri?” tegur Makcik Oni yang bersimpuh di sebelahnya. Entah bila dia masuk, tidak pula Suri perasan tetapi dia lemparkan juga senyuman nipis buat orang tua itu.
“Cik Suri makanlah. Makcik letak nasi lebih sikit. Kamu dah tak makan beberapa hari ni...” beritahu Makcik Oni sangat prihatin dengan kesihatan cucu majikannya itu.
Suri angguk. Nasi di dalam mangkuknya dipandang tanpa selera. Dia lapar tetapi suasana dalam bilik itu berasa menyesakkan. Seperti mencekik-cekik dirinya. Kehadiran Yuri ke rumahnya bukan menambah baik suasana seperti dia inginkan... sebaliknya bertambah berat dan kosong?
Suri letak chopstiknya. Dua suap nasi, dia sudah penuh. Lebih baik dia terus berkurung dalam bilik dan melayan langit pagi yang indah, menanti kedatangan langit petang. Langit yang dia sentiasa berharap akan kekal merah; senja.
“Terima kasih...” Suri bangkit dan berlalu. Hatinya sakit.
Yuri terkejut. Dia ingin bangkit dan kejar Suri namun Orang Tua Heitai menahannya. Lelaki itu menggeleng.
“Cukuplah dia seorang yang membiarkan rezeki berlari mengejar dan menangisi pemergiannya. Jangan kamu juga lakukan perkara yang sama di rumah ini. Makan. Kerana untuk kamu ubah dia, kamu perlukan lebih dari ini,” cakap Orang Tua Heitai.
Yuri menunduk. Bibirnya diketap lembut. Bukan sahaja rezeki yang menangis tetapi hatinya merintih pilu. Perkara yang dia harapkan tidak menjadi seperti yang dia bayangkan.

NAFAS yang dihela terasa maha berat dan membebankan paru-parunya. Kunci di tangannya di pandang dengan rasa berat. Tidak tahu apa yang menanti di balik pintu ini. Dia takut untuk melihat Suri... gadis yang menangis sendirian di samping ibunya. Suri sembilan tahun dahulu dan Suri yang kini... mereka orang yang sama. Gadis itu masih tidak berubah. Terkurung dalam penjaranya.
“Ambil kunci ni dan saya nak lihat... jika kamu mampu untuk tarik dia keluar dari penjaranya sendiri dan saya akan terima lamaran kamu itu.”
Now or never! Cabaran Orang Tua Heitai pantas dia sahut.
Anak kunci dipulas sambil matanya terpejam rapat. Berdoa.
“Suri?” tegur Yuri sebaik sahaja kepalanya dijengah masuk ke dalam bilik gadis itu yang majoritinya bermotifkan kelabu vintaj dan sedikit sentuhan deep pink florecent.
Dari jauh Yuri dapat lihat gadis itu duduk di birai tingkapnya dan mendongak ke atas, merenung langit pagi yang bersinar terang. Gadis itu lansung tidak berganjak untuk melihatnya yang datang menjenguknya. Yuri berdeham. Namun lansung tidak diendahkannya juga.
Ada satu jalan sahaja yang dia boleh buat supaya gadis itu mendengar cakapnya dan selalunya bila dia buat begitu, gadis itu akan bertindak secara drastik... tidak kiralah sama ada menjauhinya atau memarahinya sekalipun. Asalkan gadis itu bertindak atas kehadirannya.
Lantas tanpa teragak-agak, Yuri menyusup duduk di belakang gadis itu dan memeluknya dari belakang. Nice and cozy.
Yuri tersenyum senang. Tindakan refleksi gadis itu kali ini sedikit kelakar dan mencuit hatinya.
“Yuri...”
“Ya sayang...”
“Tak kelakar okey...” cakap Suri mendatar. Badannya kaku. Terkejut.
Yuri ketawa lagi. “Ya ke? Tapi aku rasa macam ya?”
“Aku lansung tak faham lelaki...” keluh Suri lalu perlahan-lahan merehatkan badannya, membiarkan dirinya terus berada dalam pelukan Yuri. Dia sudah malas untuk bergelut. Penat badan dan otak sahaja kalau mahu bergaduh dengan lelaki yang satu ini.
“...Dan aku lansung tak faham perempuan,” perli Yuri pula.
“Perli nampak.”
“Sikit.” Yuri ketawa kecil.
Suri muncungkan bibirnya. Lelaki ini sekejap dingin dengannya sekejap nanti tiba-tiba main peluk-peluknya pula. Dia tidak faham. Apa yang Yuri inginkan darinya? Sedangkan dia sudah bersedia ingin memberikan apa yang Yuri mahukan darinya. Dia sudah bersedia untuk menerima lelaki itu. Namun penerimaan lelaki itu terhadapnya pagi tadi membuatkannya kembali bingung. Adakah tanda yang Yuri berikannya tempoh hari sekadar mainan? Jika ya, dia benar-benar kecewa.
“Kau ingat tak Yuri, tempoh hari kau cakap pada Da Um yang kau tahu apa yang aku mahu pada kau...”
“Hm...”
“Apa yang kau tahu sebenarnya?” Suri memalingkan wajahnya memandang wajah Yuri. Mata bundarnya memandang tepat ke anak mata lelaki itu.
Yuri mengukir senyum sambil menjungkit bahu. “Apa yang kau nak dengar?”
“Tolonglah...” Suri juling matanya ke atas.
“Jujurnya, aku tak tahu aku cakap apa masa tu, yang aku tahu aku marah sangat kat Da Um. Sanggup dia buat kau macam tu. Kenapa kau tanya?”
Suri menggeleng. Ada sedikit rasa kecewa di situ. Namun dia pantas buangnya jauh-jauh. Dia nak selesaikan perkara ini secepat mungkin. Perasaan lemas dalam masalah ini semakin menyesakkan jiwanya yang sememangnya sesak!
“Petang tu, aku jumpa seseorang yang beritahu aku sesuatu ‘...Kalau setiap kali awak kurang yakin, awak fikir semula... adakah ini sesuatu yang patut saya lepaskan sedangkan ia memang untuk saya? Hati dan akal bergerak seiring tetapi hati lebih mengetahui apa yang awak mahu lebih daripada akal awak...’ Dan malam tu, aku sedar sesuatu Yuri. Yang cinta ini bukannya sesuatu yang masuk akal. Ianya gila! Tetapi pada masa yang sama ia adalah sesuatu yang benar. Kemahuan yang sering aku pendamkan sekaligus tanpa aku sedar aku tolak kemahuan orang lain juga. Aku sakiti hati orang yang aku sayang. Yuri, aku minta maaf jika selama ini aku banyak sakitkan hati kau,” ucap Suri perlahan.
“Panjangnya ucapan...” campuk Yuri cuba berlulocun.
“Yurino...!” marah Suri.
“Okey, okey... But, hey listen...” Yuri melepaskan pelukannya. Tubuh Suri dipusing menghadapnya. Matanya terperasankan sesuatu di jari gadis itu. Jadi betullah apa yang dia lihat sewaktu makan tadi. Rasa menyesal pula melayan gadis itu dingin. Tanpa sedar dia tersenyum gembira. Wajah Suri dipandangnya.
“... kenapa campak baju cardi yang aku kat kau tu merata tempat. Sedih aku tengok baju tu tergantung kat tangga tadi...” cakap Yuri sambil mengeluarkan baju kardigan Suri yang sedondon dengannya dari beg sandangnya.
Suri ketap bibirnya.
“Merajuk eh?”
Gadis itu tala mukanya ke arah lain. Menyampah. Tadi buat bodoh masa orang beria tunjuk baju yang dia beli, sekarang sibuk cakap sedih sebab baju itu diletak merata.
“Yelah orang tu merajuk sebab kita buat tak tahu tadi. Dia tak fikirkan pun fasal hati kita yang sedih sebab dia tak datang hari graduasi kita semalam. Sedihnya... cakap kat atas pentas tapi orang tu tak ada nak sokong kita... Miza je yang ada teman saya, bagi semangat...” tambah Yuri.
Graduasi?
“So? Da Um kan ada? Eugene, Hyori... fan club kau tu kan ada... buat apa nak sedih? Tak ada bezanya pun aku ni ada ke tak...” bisik Suri cuba menutup rasa bersalah. Dia terlupa sebenarnya yang lelaki ini sudah tamat sekolah menengah rendah.
“Jealous nampaknya...” duga Yuri membuatkan Suri membulatkan matanya besar-besar.
“Tak ada kuasa aku nak ber-jealousss.” Suri bangkit. Rasa macam berbahang je tempat ni. Musim bunga baru je nak menjengah tapi panasnya macam musim panas. Pemanas biliknya ini betul ke tak?
Yuri ketawa senang. Dia terfikirkan satu idea. “Jom pergi pantai belah barat? Nak tengok matahari terbenamlah. Jom sayang?”
“Kau pergilah sorang diri. Aku nak tidur.” Suri merebahkan badannya ke atas katil. Malam tadi, dia dapat lelapkan mata sekejap. Dia dah ambil ubat seperti yang Puan Rina suruh tetapi setiap kali masuk ke tekaknya sebahagian ubat itu keluar semula.
“Ala sayang jom la... Kalau tak aku bagitahu Orang Tua Heitai yang kau ada penyakit...”
“Yelah, yelah, yelah...” potong Suri. Dia tidak mahu Yuri sebut pun tentang hal itu lansung depannya. Lebih-lebih lagi dalam rumah ini. Penyakit ini, biar dia dan Yuri sahaja yang tahu, walaupun dia pelik entah macam manalah mamat ini boleh tahu. Kepelikan betul!
“That’s my girl! Nanti atas motor, kau boleh tidur sambil peluk aku. Lagi romantik. Kau tak suka?”
“Kau nak aku ikut ke tak?” ugut Suri dengan muka yang merah. Segan pula dia bila Yuri dah buat perangai macam ni. Ergh, sengal!

YURI benar-benar bawa dia ke bahagian Barat negara semata-mata mahu melihat matahari terbenam. Seperti tidak percaya bila dia dapat melihat jalur jingga merah yang kelam itu. Laut tampak tenang dan ombak mendesir lembut mencecah ke gigi air. Suri mencabut flip flopnya. Sejuk.
“Mungkin ini kali terakhir ibu melihat merahnya langit senja... bersama kamu, anak ibu yang ibu sayang.”
Suri menebar pandangannya. Kiri kanannya sepi tanpa pengunjung seperti hari itu. Hari di mana buat kali terakhi ibunya melangkah keluar melihat pemandangan indah ciptaan tuhan.
“Ibu nak pergi mana? Kenapa ibu cakap macam tu...? Kalau Suri rindu ibu, macam mana? Ibu tak kasihankan Suri?”
Angin bertiup, menampar wajahnya, membelai rambutnya...
“Setiap kali Suri rindu ibu, lihat langit senja. Kerana senja tidak pernah lupa untuk menjenguk kita setiap kali malam menjengah. Macam itulah ibu padamu, Suri...”
Air matanya mengalir. Alam ini sentiasa indah. Tidak kira ketika ia tenang atau mengamuk sakan, kesann yang dia tinggal sangat mendalam pada setiap yang melihatnya. Kenapa...
“Kenapa ibu cakap macam tu? Macam mana kalau ibu rindu Suri pula? Suri boleh jadi senja ibu... Ibu mahu?”
Kenapa dirinya ditinggalkan sebagaimana cahaya tinggalkan alam pada waktu malam? Kenapa mereka tidak bawanya bersama supaya tidak perlu lagi dia merasa seksa dan hina orang. Kenapa soalan terakhirnya itu, tidak terjawab?
Perasankan kehadiran Yuri yang berdiri tegak di sisinya, dia menoleh. Kasut lelaki itu ditanggal, dan seluar jeansnya dilipat tinggi.
Yuri berpaling memandangnya. Senyuman terukir di wajah itu.
“Aku minta maaf kalau aku buat kau sedih dengan membawa kau ke mari,” ucap lelaki itu. “Miza beritahu aku yang kau suka lihat langit senja, katanya kauingin menjadi senja yang memberikan kerinduan pada yang lain... betul?”
Suri lihat anak mata Yuri dalam-dalam. Tidak mengia atau menafikannya.
Tiba-tiba Yuri melutut di hadapannya. Tangan kiri gadis itu di ambil lalu menarik cincin yang tersarung cantik di jari manisnya.
“Suri Nomiya... saya bukanlah lelaki gagah perkasa lagi kacak tetapi saya cuma seorang lelaki biasa yang hanya tahu meminta tanpa meminta pinta. Namun petang ini, saya yang kini sedang bertatih untuk berkata ‘Sudikah awak, memilih saya... mengambil diri ini menjadi lelaki di matamu, hatimu dan sepanjang hayatmu sehingga ke syurga?’”
Nafas Suri seperti tersekat-sekat. Air matanya yang mengalir perlahan tadi menjadi deras.
“Yurino...” kata Suri.
“Aku cakap awal sangat ke?” bisik Yuri lebih kepada diri sendiri.
Suri ketap bibirnya. Cuba menahan tawa.
“Come on Suri... seluar aku dah basah,” rungutnya. Yuri tidak tentu arah.
Akhirnya tawa Suri pecah. Secara tiba-tiba Yuri telah terbangkan segala kesedihannya. Membuatkan memori yang dia rasa sangat pedih di hatinya bertukar indah.
“Oh Suri... Suri!”
“Ya.”
“Hah?”
Suri hulur jemari kanannya. “Saya tak kisah kalau awak nak terus berendam dalam tu tapi saya nak cincin saya semula, boleh tak?”
Yuri tersenyum lebar. Berhati-hati dia sarungkan cincin itu ke jari manis Suri. Kemudian dia berdiri... dengan separa lencun, lelaki itu mencium dahinya. Lama.
“Selepas ini, awak tak perlu menjadi senja untuk mencari perindu, tak perlu menjadi bintang untuk saya cari dan kutip, dan awak tak perlu lagi merasa terpenjara dalam sangkar kerana saya dah bebaskan awak, Suri. You are my love, my fiancee, my bride and my wife,” ucap Yuri dengan penuh romantis.
“Saya tak bermimpikan?”
“Saya rasa saya yang tengah mimpi sekarang ni...” jawab Yuri lalu perlahan bibirnya menyentuh bibir Suri. Mengucupnya dengan penuh rasa bahagia. Berharap yang rialiti bukanlah mimpi dan mimpi itulah rialiti. Perkara yang selama ini dia bayangkan dan fikir betapa mustahil untuk dia kecapi barada dalam takupan tangannya. Cinta yang akan dia jaga sebaik mungkin. Cinta yang timbul dalam dia tersekat di alam terhenti masanya, memberi warna pada pandangannya yang kelabu.

“I love you, Yuri...”

----

I'm right now working on the prequel of this project. So pls wait for it. Thank you :)


No comments:

Post a Comment