Monday, February 10, 2014

Mimpi 1

1

Kelopak matanya di buka berat. Imej yang terpampang di dalam fikirannya kabur dan tidak jelas. Agak sukar untuk dia mengenal pasti kawasan yang dia berada tika ini. Dia bergerak sedikit. Kepalanya berdenyut kuat sehingga dia terpaksa memegang kepalany dan kembali terpejam. Menahan segal sakit yang mengetuk-ngetuk tempurung kepalanya.

“En...” Satu suara menerjah gegendang telinganya. Berasa begitu jauh sekali.

“Encik...”

Dia membuka matanya. Melihat imej yang masih lagi kabur namun bertambah baik. Warna-warna sekelililing dapat dia kenali.

“Encik Benjamin, awak tak apa-apa?”

Dia berpaling, melihat ke arah punca suara. Ianya semakin jelas.

“Encik Benjamin.”

Dia menutup telinganya. Wajahnya cemberut. Secara tiba-tiba dia rasakan suara lelaki yang memanggil-manggilnya itu bertukar kuat dan lantang. Tak tahan rasanya dengan kepala yang berdenyut macam nak pecah ini.

Tubuhnya ditolak bangun dari pembaringan. Penglihatannya semakin jelas. Wajah setiap satu yang memerhatikannya dapat dia kecam. Dia berpaling melihat lelaki yang memanggilnya tadi.

“Encik tak apa-apa?” soal lelaki itu dengan wajah risau.

Dia menggeleng kemudian mengangguk. Seketika sakit kepalanya datang semula.

“Saya rasa baik awak bawaknya ke hospital. Macam teruk saja,” tegur pula salah seorang dari kerumunan orang itu.

Dia menggawang-gawangkan tangannya tanda tidak mahu. Dia tidak suka hospital. “Boleh saya tahu, saya kat mana?” soalnya pula.

Masing-masing senyap. Seperti teragak-agak mahu menjawab. Lelaki yang berada di sisinya itu yang mengambil inisiatif untuk menjawab apabila tiada siapa yang menjawab.

“Bandar Darmadin.”

Darma apa? Dia tunjuk muka blurr. Tidak pernah dengar.

“Awak ada sakit-sakit lagi? Kalau ya, awak harus ke hospital. Jangan melawan.”

Dia pantas menggeleng. “Tak. Tak perlu. Saya nak pulang ke tempat saya sahaja. Di...” Dia merenung lelaki di sebelahnya. Sesuatu tersekat di fikirannya. Dia tidak dapat menjana satu perkataan pun tentang tempat asalnya. Yang pasti dia tidak pernah ke tempat ini. Kelihatan sangat asing dan... sesak – ramai.


SELAMAT pagi Tuan Graham,” tegur seorang petugas di kaunter ward pesakit.

Juliane memberi senyum. Sambil itu dia unjuk bakul rotan berisi bunga. Segar dan baharu sahaja dipetik dari halaman rumah tunangnya.

“Oh, bunga Petunia. Cantik sekali untuk cuaca hari ini. Saya pasti Cik Allisa akan suka,” puji petugas wanita itu.

“Doktor dah lawat dia hari ni, Rin?” soal Juliane lazim setiap kali dia datang melawat.

Rin menggeleng. “Doktor Fredrick ada hal pagi tadi tapi jangan risau, sekejap lagi dia akan...”

“Habislah!” sampuk seorang lagi petugas yang bertubuh gempal dan rendah. Wajahnya terlukis riak risau dan tidak percaya.

“Kenapa Margerat? Apa halnya ni?”

“Cik... Cik Allisa!” Margerat tidak mampu menyudahkan ayatnya.

Juliane yang mendengar pantas berlari ke bilik tunangnya. Jantungnya berdegup resah. Entah kenapa dia berasa tidak sedap. Hampir tiga tahun lamanya Allisa berada dalam keadaan tidur dan tidak bangun-bangun. Tiada siapa tahu apa penyakitnya. Otaknya tidak punya apa-apa masalah dan organnya juga sihat belaka. Doktor pun tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh gadis itu.

Pintu kamar dibuka kasar. Nafasnya turun naik. Matanya melilau mencari kelibat gadis itu namun... tiada! Allisa tiada di katilnya! Gadis itu dah sedar!

Juliane berpusing melihat sekelilingnya jika dia terlihat bayang gadis itu namun tiada. TIADA!


DANIEL mengucapkan terima kasih pada pelayan itu apabila teh yang mereka pesan tiba. Wajah di hadapannya di pandang tanpa jemu. Ada sesuatu di wajah itu yang menarik minatnya namun yang pasti ia bukannya tarikan seksual sebab dia lurus. Okey?

“Encik Benjamin memang tak ingat apa-apa? Nama pun?” soal Daniel.

Benjamin mendesah lemah. Angguk tidak, geleng pun tidak. Fikirannya kosong. Dia memandang Daniel. “Macam mana awak tahu nama saya Benjamin? Awak memang kenal saya ke?”

Daniel pantas menidakkan. “Ia ada pada baju awak. Tengok... Benjamin R. Jadi saya panggil awak dengan nama tu,” jelas Daniel.

Benjamin mengetap bibirnya. Rasa macam tidak betul pula nama Benjamin itu. Namun dia terima sahaja memandangkan dia memang tidak ingat apa-apa. Baju kot yang dipakainya dilihat. Bajunya sedikit besar dari saiz badannya dan tubuhnya... keliahatan tidak bermaya dan kurus keding. Melidi! Apa dia tidak makankah selama ini? Miskin sangatkah dia sehingga pengsan tengah jalan sebab tak makan? Entah-entah baju ini pun, bukan dia punya. Entah curi atau ada derma. Yang dia pasti ini bukan bajunya. Disebalik baju kot itu pula ialah baju kardigan tebal dan berkolar, sepasang seluar slack coklat cair dan dia tidak memakai apa-apa kasut mahupun selipar. Nampak benar dia ini orang miskin. Rambut pun macam ikut sempat nak potong, serabai.

Daniel yang melihat perilaku Benjamin berasa kasihan. Dia tidak sampai hati hendak bagi tahu yang sebenarnya lelaki di hadapannya ini tadi... jatuh dari langit. Ya, jatuh dari langit. Dia tidak tipu dan semua yang berada di tempatnya nampak benda yang sama. Jatuh dari langit macam air hujan turun. Macam tak masuk akal. Tidak, maksud dia tidak pernah dibuat orang! Sememangnya ada pulau yang terapung di atas negara mereka tetapi penduduk pulau itu tidak pernah menjatuhkan diri mereka sebagaimana Benjamin ini menjatuhkan dirinya dan dia pasti... tersangatlah pasti, yang orang seperti Benjamin ini orang golongan diraja. Hanya itu sahaja penjelasan yang ada dan seboleh mungkin orang-orang di bawah pulau tidak mahu terlibat dengan orang seperti Benjamin ini. Berbahaya dan bila dia kata bahaya... berisiko akan dipancung kepala kalau dia tersilap langkah. Sebab itu dia diamanah untuk menjaga Benjamin. Sebab dia boleh dikatakan orang berada juga di negaranya ini. Ketepikan dulu soal itu. Yang utama sekarang ini ialah Benjamin.

“Untuk sekarang, apa kata awak ikut saya balik dan salin pakaian awak. Mari?”

Benjamin teragak-agak dengan pelawaan Daniel. Perlukah dia mengikut lelaki ini sedangkan dia lansung tidak mengingati atau mengenali lelaki ini. Patutkah dia percayakan lelaki ini?

Melihatkan keengganan Benjamin untuk mengikutnya, Daniel mengeluh lemah. Dia sedar yang Benjamin lansung tidak menyentuh air yang dihidang untuknya.

“Percaya saya. Rumah saya tak jauh dari sini. Kalau saya tinggalkan awak seorang di sini, awak nak pergi mana? Awak tak ingat apa-apa pun. Lagipun ada ramai saksi kat sini kalau saya ada berniat jahat terhadap awak. Bagaimana?” pujuk Daniel.

Benjamin terpaksa menurut. Cakap Daniel itu ada benarnya. Dia lansung tidak tahu siapa-siapa yang dia kenali. Sedangkan sesen duit pun dia tidak ada. Bagaimana kalau dah menjelang malam? Dia hendak tidur di mana? Nak tak nak, dia mengangguk. Sekurang-kurangnya, Daniel tampak ikhlas dengan pelawaannya itu. Harap dia tidak menyusahkan.


TEKUN dan penuh konsentrasi sekali dia mencalit warna dia atas kanvas besar. Cukup besar untuk dia mempotret sebuah rumah banglo tiga tingkat dengan daun-daun pagar yang melingkar hampir memenuhi ruang dinding depan banglo itu. Sedikit warna-warna ceria di kiri dan kanan kanvas juga warna-warna harmoni supaya menaikkan seri lukisan. Kemudian dia mencalit pula warna putih pada bahagian langit supaya menyerlahkan lagi kawasan awanan setelah dilapisi dengan beberapa bahagian tona biru sebagai sentuhan terakhir. Dia tersenyum senang apabila lukisan itu sudah siap diwarnanya yang mengambil masa hampir dua hari tanpa makan dan tidur yang sempurna.

“Ini untuk awak, Allisa,” bisiknya perlahan. Berharap dengan hasil sentuhan seninya ini mampu membantu sahabatnya juga bakal kakak iparnya. Sudah lama dia berfikir apakah jalan terbaik untuk dia membantu memandangkan dia bukanlah arif dalam bidang perubatan tetapi apabila suatu hari dia terdengar yang lukisan ataupun foto yang pesakit sayangi berada dekat, mungkin dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit, lebih-lebih lagi pesakit koma. Biarkan kamar hospital itu tampak seperti rumahnya. Mendengarkan itu, dia terus mendapat ilham untuk melukis kediaman Allisa. Rumah yang gadis itu sangat hargai.

“Pandai sekali cik muda melukisnya,” puji pembantunya, Clarice.

Julie tersenyum senang. Dia bangkit dan mengibas-ngibas tangannya ke apron yang penuh dengan palitan cat minyak. Malah badannya juga sudah berbau seperti warnanya. Tidak kisahlah, asalkan ini dapat membantu Allisa, fikir Julie.

“Clarice, tolong bungkusnya dan bawanya sekali bersama bila saya dah bersiap untuk ke hospital. Saya nak mandi dahulu. Berhati-hati eh?” pesannya.

Clarice patuh dengan arahan cik mudanya. Dia pantas mengoleng loceng supaya pembantu lain tangkas menyudahkan air mandian Julie dan pakaiannya.

Julie membuang apronnya apabila Batista datang bersama-sama sekeping kad di tangan. Gadis itu menghulurkan kad itu padanya.

Dahi Julie berkerut apabila membaca pesanan yang baru dia terima tadi. Badannya mengeras. Air matanya mengalir.

Clarice yang sedang mengemas peralatan melukis Julie terhenti. Terkejut. “Cik muda, kenapa?”
Julie berpaling memandang Clarice. “Allisa... dia...”

“Cik muda, ada panggilan untuk cik muda dari Tuan Muda Scot. Katanya kecemasan,” beritahu pula Encik Hamdyn.

Daniel? Hati Julie berdetak. Matanya bulat memandang butler rumahnya itu. Jadi bingung. Jarang Daniel menelefonnya dan selalunya dia yang selalu datang bertenggek ke rumah lelaki itu bila dia lapang. Cuma semenjak Allisa masuk hospital, dia sudah jarang turun ke bawah.

“Cik muda... pergilah jawab. Kesian Tuan Muda Scot tunggu cik muda lama,” tegur Clarice.

Julie tersentak lantas mengangguk. Perlahan dia berjalan ke meja telefon yang berada di ruang tamu yang terletak selang dua bilik dari tempatnya melukis tadi. Air matanya disapu, nafasnya ditarik dalam lalu dihembus lemah.

“Hello, Julie bercakap.”

“Ya Julie, ini saya, Daniel. Saya ada masalah. Boleh awak turun sekarang? Maksud saya, sekarang juga!”
Julie menutup telinganya yang lagi satu. Kenapa Daniel cakap bisik-bisik dengannya?

“Awak ni berbisik macam dalam kelambu kenapa? Apa masalah awak tu?” marah Julie.

“Tolong Julie. Tolong sangat-sangat. Kalau awak dah ada depan mata saya baharu saya cakap pada awak. Sekarang ni saya rasa tak selesa bercakap dalam telefon. Tolong Julie. Awak kawan saya-kan?” pinta Daniel tidak putus-putus.

Julie mengetap bibirnya. “Maaf Daniel saya tak boleh turun sekarang tetapi malam nanti saya boleh. Saya juga ada masalah sekarang ni...” sedih sekali Julie menuturkannya.

“Tapi...”

“Tolong Daniel. Saya akan tolong awak tetapi bukan sekarang. Sekarang saya tak mampu. Saya janji malam nanti saya datang dan dengar masalah awak, okey?” putus Julie lalu gagang telefon diletak. Dia perlu cepat-cepat bersiap untuk ke hospital.


HAMPA sekali Daniel meletak gagang telefon ke tempatnya. Satu-satunya orang yang dia boleh harapkan, tidak mampu untuk menolongnya sekarang ini. Apa patut dia buat dengan Benjamin?

“Tuan muda...”

Daniel berpaling. Mary berada di sebelahnya dengan wajah bersalah dan serba tidak kena.

“Kenapa mak cik? Ada apa-apa yang tak kena dengan Benjamin ke?” soal Daniel pelik. “Dia pengsan ke?”

Mary menggeleng. “Mak cik tak tahulah nak kata apa tapi kamu pasti ke kawan kamu tu... lelaki?”

Daniel tercengang. Matanya terkebil-kebil. Kemudian dia menggangguk. Pasti. “Kenapa makcik tanya saya macam tu? Dia ada buat peranagi pelik ke tadi?”

“Eh... tak adalah. Ke situ pulak kamu ni. Mak cik tanya je, sebab air muka dia tu nampak macam...” Mary tidak tahu bagaimana hendak mengucapnya. “... macam ...lembut. Tu yang mak cik tanya. Ingatkan perempuan,” beritahunya.

Daniel ketawa. Alahai orang tua ini. “Mak cik... kalau benjamin tu perempuan... dia tak boleh masuk rumah ni tau. Mak cik lupa ke yang Anita dah ikat saya dengan ‘jampi’ dia tu?” soal Daniel sekadar mengingatkan.   
Mary menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak mungkin silap dalam menilai orang. Dia sudah hidup lama. Sudah makan asam garam terlebih dahulu. Tetapi nampaknya kali ini dia dah silap. Lagipun, Daniel telah di’ikat’ oleh tunangnya. Jadi, dia sudah tersilap anggap. “Hah, yelah... Mak cik dah tua agaknya. Mata ni dah rabun.” Mary beralasan.


Daniel ketawa lagi. Bagaimanalah Mary boleh terfikirkan Benjamin itu seorang gadis? Dia lansung tidak nampak sebarang ‘bukit’ pun pada tubuh Benjamin. Tetapi... Benjamin juga tiada halkum. Ish, ada sahaja lelaki yang halkumnya tidak kelihatan sangat. Apa yang nak diherankan sangat? Tak pelik, tak pelik...

No comments:

Post a Comment