5
Suasana ruang makan pagi itu sunyi ditemani bunyi sudu, garpu dan pisau
yang berlaga dengan permukaan pinggan masing-masing. Buat pertama kalinya,
mereka bertiga; Julie, Benjamin dan Daniel, makan bersama di meja makan. Yang
paling gembira akan sarapan pagi itu, ialah Daniel. Namun melihatkan dua orang
tetamunya seperti tiada perasaan melayan kerenahnya pagi itu, dia bertindak
untuk menutup mulut. Julie lebih banyak termenung dan merenung wajah Benjamin
tidak henti-henti. Manakala Benjamin pula lebih menumpukan perhatiannya pada
makanan. Apatah agaknya yang terjadi semalam sehingga suasana pagi ini berasa
begitu pudar sekali.
Encik Callagan, memasuki ruang itu. Langkah diatur tenang menuju ke arah
Daniel. Lantas dia menunduk sedikit, berbisik. “Cik muda Whetherspoon mohon
untuk berjumpa pagi ini di kandang kudanya. Dia baharu sahaja telefon. Tuan
muda nak pergi?”
Daniel memandang butlernya. “Dia telefon?”
Encik Callagan mengangguk.
“Hari ini saya tak boleh. Saya ada tetamu. Lain hari saya akan layan dia,”
dingin sekali Daniel menjawab.
“Tapi tuan muda...”
“Muktamad.”
Encik Callagan mengangguk faham. Kemudain dia berlalu pergi. Julie yang
terperasankan perbualan kecil itu memandang Daniel. Dahinya berkerut. “Tak apa
ke Daniel?”
“Saya belum jadi suami dia lagi dan saya tak pernah berangan nak jadi
seorang pun. Pertunangan tu satu kesilapan dari kebodohan saya. Perlu ke kita
bincang perkara ni di meja makan?” Daniel meletak garpu dan pisaunya. Seperti
menghentak. Seleranya tiba-tiba tumpul.
Benjamin terkerjut. “Awak okey Daniel?”
“Ya.”
Benjamin dan Julie saling berpandangan.
“Apa kata hari ini kita bersiar-siar di bandar? Awak nak pergi mana Ben?”
Terkebil-kebil mata Benjamin melihat Daniel. “Saya tak kisah,” jawabnya
walaupun dia sedikit gusar dengan cuaca yang cerah di luar sana.
“Julie?”
Julie memandang wajah Daniel. Kemudian pada wajah Benjamin yang sabar
menanti jawapan dari mulutnya. Walaupunbegitu pandnagan Benjamin tidaklah
sepenuh terhadapnya. Kadang-kadang gadis itu akan memandangnya dan
kadang-kadang ke arah makanannya. Julie tahu dia tidak silap dalam menilai
orang. Dia tahu Benjamin itu ialah Allisa. Sahabatnya yang hilangkan diri
secara tiba-tiba. Buktinya, kening Benjamin. Allisa ada kening halus dan
terbentuk cantik mengikut alur tulang dan dihiasi satu kesan calar di hujung
kening di sebelah kiri. Hasil tangan abangnya 10 tahun dulu.
“Kita pergi pasar? Saya nak beli alatan melukis,” cakap Julie. Dia mengukir
senyum apabila matanya bertemu pandang dengan Benjamin. “Saya pasti awak akan
suka ke sana.”
ISTANA Diraja Brynn tersegam indah yang terletak di pusat pulau itu.
Terdapat dua penjuru utama istana. Selatan dan Utara. Penjuru Utara lebih
kepada bilik-bilik formal, dewan mahkhamah, pejabat setiausaha, bendahari dan
pustaka. Manakala penjuru Selatan lebih kepada ruang privasi keluarga diraja
dimana terdapat lima buah rumah yang dibina berasingan, dua buah taman bunga
dan sebuah ruang khas untuk tetamu menginap. Salah sebuah rumah itu, ialah
rumah tempat Allisa tinggal bersama datuknya, Raja Dominick IV. Seorang lelaki
yang tegas dan keras di luar, tetapi lembut dan peramah di dalam. Lebih
dikenali dengan sifatnya yang penyayang. Sangat menyayangi.
“Selepas ibu bapa Allisa meninggal, harapan saya ada pada Allisa. Dialah
tempat saya curahkan perhatiannya. Cucu-cucu saya yang lain saya sayang juga
tetapi Allisa permata hati saya. Dialah pengubat rindu saya terhadap mendiang,
menemani saya tika sunyi. Sekarang ini, mana cucu saya dah pergi? Saya taknak
susahkan rakyat dan saya juga taknak susahkan kamu Juliane. Semua menyayanginya.
Berita ini akan sampai juga ke pengetahuan penduduk di bawah... bila ia jadi
begitu, saudara mara malah cucu saya yang lain... semua ini akan jadi huru
hara,” luah Raja Dominick. Air tehnya dipandang tiada maya. Berita kehilangan
Allisa hanya diketahui dalam kalangan orang terdekat Allisa.
“Apa yang patut saya lakukan tuanku? Allisa tiada di sini...” soal Juliane.
Dia duduk berhadapan Raja Dominick. Badannya bersandar pada kerusi. Hanya
jari-jarinya yang bermain-main dengan telinga cawan.
“Mungkin... juga tidak. Dia boleh berada di mana-mana. Saya yakin dia masih
ada. Saya pasti!”
“Saya juga tuanku.”
Mendengarkan balasan dari bibir Juliane, membuatkan lelaki berusia 60 tahun
itu mengeluh lemah. Rasa menyesal bila mengingati saat kali terakhir dia berbual
dengan cucunya tiga tahun lalu. “Saya tak patut cakap begitu padanya tempoh
hari,” keluhnya perlahan.
Juliane tertanya-tanya dan dia teringin sekali untuk bertanya tetapi dia
tidak mampu luahkan. Apa yang sebenarnya membuatkan Raja Dominick sentiasa sesal
atas perlakuannya terhadap Allisa tiga tahun lalu?
Raja Dominick melirik bakal menantunya. Dia tidak tahu mengapa agak berat
untuk dia berkongsi cerita yang satu ini. Padahal ianya berkaitan Allisa,
tunang Juliane. Lelaki itu berhak untuk tahu. Namun mungkin atas satu faktor
lain, dia lebih banyak memendamkan hal ini.
“Saya dengar Julie ke Darmadin.”
“Ya. Dia nak cari ketenangan. Hatinya sedih.”
“Jadi kenapa kamu tak ikut sekali?”
Juliane tersentak. Raja Dominick juga bertanyakan soalan yang sama seperti
orang tuanya. Dia nampak teruk sangatkah? Walaupun dia harus akui dia sedikit
tidak menjaga penampilan semenjak kehilangan Allisa tetapi yang lain, dia
sembunyi dengan baik.
“Saya bukan maksudkan apa-apa Juliane. Di sini kamu tak boleh buat apa-apa.
Pergerakan kita terbatas. Sentiasa ada yang memandang...”
“Saya faham tuanku. Saya sebenarnya sedang memikirkan tentang hal itu...”
Dia jeda. “Saya tak pernah ke bawah. Sepanjang saya mengenali hayat saya, saya
lebih suka di atas ini. Semuanya cukup di sini – ”
“Tetapi sekarang ini cucu saya tiada. Itu membuatkan salah seorang orang
kepercayaan saya berada dalam keadaan yang tidak stabil. Juliane, dengar
nasihat saya. Di sini ada pasukan khas yang bantu kita cari Allisa. Kamu tak
perlu risau. Jadi saya nak kamu turun ke Darmadin dan ambil angin baru.
Segarkan minda kamu. Mana tahu mungkin, kamu jumpa apa yang kamu cari?”
Juliane berfikir. Dia tidak pernah ke bawah. Bukan kerana dia tidak mahu,
tetapi dia tidak pernah terfikirkannya pun. Di dalam fikirannya hanya Allisa.
Sehingga pekerjaanya kini, dipengaruhi oleh gadis itu. Dia seorang pegawai khas
istana yang menguruskan bahagian pentadbiran istana. Pejabat pentadbiran yang
berada dekat dengan tempat tinggal Allisa, menjadi tumpuannya.
“Juliane, ini satu perintah.” kata Raja Dominick. Dia perasan yang Juliane
agak berat hati mahu menurut perintahnya. “Saya perintahkan awak untuk turun ke
bawah sehingga dipanggil balik ke atas. Awak mahu murka saya?”
Juliane pantas menggeleng. Dia sedar dia sudah tidak boleh kata apa.
Kata-kata raja adalah mutlak. Dia sudah tiada pilihan lainlagi selain daripada
menjejakkan kaki ke negeri yang terkenal dengan sifat penduduk yang tidak suka
mencari masalah.
“KENAPA awak pakai topi macam ini?” tegur Julie melihatkan Benjamin
melurutkan bahagian depan topinya sehingga menutupi matanya. Benjamin pantas
mengelak tangan Julie dari menyentuhnya. Dia bukannya sengaja bertindak
sebegitu tetapi ia adalah satu tindakan refleks.
“Maaf,” ucap Benjamin.
“Tak...” Jujujurnya Julie terasa dengan sikap Benjamin itu tetapi... “...
saya yang patut minta maaf sebab buat awak rasa tak selesa. Ah! Kita dah
sampai. Mari, sudah lama saya tak singgah ke sini,” Julie pantas menuruni
kereta kuda. Menonong dia memasuki kedai alatan seni tanpa menunggu Benjamin
dan Daniel turun dari kereta.
“Tak perlu tunggu. Kami pulang dengan teksi,” pesan Daniel pada joki kereta
kudanya. Anak muda itu mengangguk dan menunduk hormat.
“... tak pun kita pulang berjalan kaki sahaja. Julie akan ambil masa lebih
dari yang awak sangka,” cakap Daniel, memikirkan kemungkinan yang mereka akan
berlama di dalam. Tiba-tiba dia terfikirkan Cremebul
buatan Clara. Bibirnya tersenyum tanpa sedar.
Wanita itu patissier yang terbaik yang dia pernah jumpa!
Benjamin terkebil-kebil di tepi bahu jalan. Melihat Daniel membontoti
langkah Julie ke dalam kafe yang berbau harum. Bau yang cukup nostalgia.
Sepertinya dia kini berada di laman belakang sebuah rumah, di atas meja
terdapat pelbagai jenis kuih muih yang berbau lazat. Harum jus epal, senyuman
yang menghias memorinya. Belon-belon yang bewarna pestal.
“Selamat hari lahir sayang...”
Perlahan Benjamin buka kelopak matanya. Tanpa sebab, air matanya bertakung
di tubir matanya. Bola romanya menegak. Tuhan, betapa dia tidak memahami
situasi yang dia alami kini. Dia berasa sebak tiba-tiba hanya kerana memori
sebuah haruman. Ianya sebuah memori?
“Benjamin... kenapa?” soal Julie.
Benjamin tersentak. Julie berdiri dekat dengannya.
“Awak menangis?”
Gadis itu pantas menggeleng. Dia melihat sekelilingnya. Dia kini sudah
berada di dalam kafe, berdiri betul-betul di hadapan sebuah potret keluarga
yang kecil dan bahagia. Wajah seorang wanita yang anggun dan lembut menarik
perhatiannya.
“Itu siapa? Yang duduk di tengah-tengah tu...” soal Benjamin. Matanya tidak
lepas daripada wajah wanita itu.
Julie memandang ke arah yang Benjamin maksudkan. Kemudian dia pandang wajah
gadis itu semula.
“Ibu sahabat baik saya.”
Benjamin senyap. Lama dia menatap wajah itu tidak jemu. Menatap senyuman
yang menghias wajah itu.
‘Kring...’
“Selamat datang!”
“Saya nak tahu sesuatu Julie...”
Julie sabar menunggu ayat yang mahu Benjamin utarakan.
“... daripada mula, macam mana awak boleh tahu yang saya seorang perempuan?
Bagaimana awak dapat fikir kemungkinan yang saya ini kawan awak, Allisa?
Sedangkan Danial tidak dapat lihat itu. Luarannya saya seorang lelaki...”
Benjamin berpaling memandang Julie. Sejak semalam dia amhu bertanyakan hal itu
tetapi dia tidak tahu bagaimana dia hendak menyoal Julie yang seperti keliru
setiap kali melihatnya.
Julie berfikir. Dia membalas pandangan mata Benjamin sekejap sebelum dia
melihat potret keluarga Allisa. Potret yang dia sendiri lakar. “Gerak hati,”
jawab Julie kemudian dia tersenyum nipis. Dia tahu Benjamin ialah Allisa dan
Allisa ialah Allisa. Agak sukar untuk dia menerima perubahan yang berlaku di
hadapan matanya kerana Allisa yang berdiri di sebelahnya seperti tidak mampu
untuk menerima hakikat siapa dirinya.
“Saya kenal Allisa sejak kecil. Kami membesar bersama-sama. Dah macam adik
beradik. Dia bagi saya ialah segalanya. Tanpa dia, saya takkan berada di sini.
Mungkin takkan bernafas lagi. Dialah dorongan saya. Jadi saya tahu siapa Allisa
bila dia tak ingat dirinya walaupun luarannya macam ini.”
Benjamin terkedu. Dia tidak tahu hendak kata apa. Dia hendak mengakui yang
dirinya Allisa tetapi segala imbasan memori dalam fikirannya menafikan
sebaliknya. Julie di hadapan matanya ialah gadis bernama Miza Tamami di memorinya.
Perwatakan mereka sama yang bezanya ialah situasi mereka.
Julie mengundurkan dirinya. Cuba menyembunyikan air matanya yang bertakung.
Dia cuba mengalihkan perhatiannya terhadap warna-warna akrilik yang di pamer di
atas rak pameran untuk jualan. Kadang-kadang dia akan cuba mengatur semula
warna-warna itu walaupun sudah disusun kemas. Kemudian dia ke bahagian cat
minyak. Cuba menyibukkan diri. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke
kedai ini.
“Ben, sini. Cuba rasa cremebul
ni. Pastri paling sedap kat kota ni tau!”
Daniel manarik tangan Benjamin. Dipaksanya gadis itu untuk mencuba pastri itu.
Benajamin hendak tidak hendak, telan juga. Tidak lama pastri itu berada dlaam
mulutnya, dia tersenyum paksa. Dia tak suka beri biru.
“Sedap?”
“Bo...leh
lah...”
“Bolehlah?”
“Kalau
tak paksa orang, tak boleh ke Daniel?” tegur Julie lalu meletakkan segelas air
masak ke atas meja. Dia menjeling Benjamin yang laju sahaja mencapai gelas air
masak itu.
“Saya
tak paksa!”
“Oh
ye ke?”
“Terima
kasih...” Benjamin melepaskan rasa lega. Rasa beri biru yang kuat itu sedikit
memuakkannya. Dia lebih suka kepada rasa vanilla dan coklat.
“Nak
Biskut Mentega? Clara baru angkat dari oven,” jemput Julie. Tanpa menunggu
jawapan dari Benjamin dia terus ke dapur mencari patissier itu.
“Tak
apa ke Julie masuk dapur suka hati? Tuan kedai ni tak marah ke?” soal Benjamin
perlahan.
Daniel
menggeleng. “Ni kedai abang dia. Sebab tu dia macam tu,” jawab Daniel.
“Kedai
abang dia?”
“Ya.
Dah lima tahun abang dia bukak kedai ni. Tapi dia jaga. Abang dia tak pernah
datang jenguk kedai ni. Macam abang dia sebenarnya penyumbang dana untuk kedai
ni aja,” jelas Daniel. Dia menyapu bibirnya dengan kain napkin. Kenyang.
“Kenapa
abang dia tak pernah datang sini?” soal Benjamin lagi.
Daniel
jongket bahu. “Sibuk layan tunang dia mungkin,” andai Daniel. Ada nada cemburu.
“Tunang?
Abang dia dah ada tunang?”
“Yang
awak sibuk tanya fasal tunang orang tu kenapa?” Rimas pula Daniel rasa apabila
mulut Benjamin itu tidak berhenti-henti menanyakan soalan tentang Juliane.
Benjamin
terkejut. Bukan kerana dek jerkahan kecil Daniel, tetapi akan sikapnya yang
tiba-tiba sangat tertarik dengan ‘abang’ Julie yang dia tidak kenal itu. Entah
kenapa, dia rasa teringin sangat untuk berjumpa dengan abang kepada Julie.
No comments:
Post a Comment