6
Pagi
itu, Benjamin bangun sedikit lewat dari biasa. Badannya rasa tidak berapa
sedap. Belakangnya sakit dan bahagian bawah perutnya memulas-mulas. Perasaan
malas tidak terkatalah.
“Ben!”
Suara
Daniel kedengaran di balik pintu sambil mengetuk-ngetuk papan tebal itu.
Benjamin menarik selimutnya lebih tinggi.
“Ben!”
“Nak
apa Daniel?” soal Benjamin malas. Antara dengar dan tidak sahaja suaranya.
“Ben!
Bukak pintu ni. Awak okey tak kat dalam tu?” Daniel memulas-mulas tombol pintu
yang terkunci dari dalam. Dia resah. Matahari sudah tegak di atas kepala dan
Benjamin masih lagi tidak bangun-bangun. Kebiasaanya, lelaki itu yang bangun
awal dan bersiap terlebih dahulu sebelum matahari menjelmakan diri.
“Benjamin!”
“Nak
apa! Ergh!” jerkah Benjamin yang membuka pintu seluas-luasnya.
Mata
Daniel membulat. Dia merempuh masuk ke dalam bilik Benjamin yang gelap itu.
“Ben... dari tadi awak tidur aja ke? Tak ada siapa yang datang kejut awak?
Kenapa diaorang (pembantu rumah) tak bukak langsir awak?” soal Daniel seraya
menarik langsir bilik.
Belum
sempat Daniel menariknya sehingga habis, Benjamin sudah menutupnya kembali.
Wajahnya berkerut.
“Awak
nak apa Daniel? Saya penat ni...” kata Benjamin. Dia mengurut-ngurut belakang
badannya.
“Penat?
Awak tak sihat ke? Nak saya panggil Doktor Harper? Awak pening kepala tak? Nak
ubat? Saya panggil Makcik Mary kalau awak...”
“Daniel!”
Daniel
senyap. Terkejut melihat Benjamin tiba-tiba menjerit macam orang gila.
“Awak
keluar sekarang,” arah Benjamin. Dengan jari telunjuk sekali diunjuk ke arah
daun pintu.
“Tapi...”
“Sekarang!!!”
Dengan
langkah berat Daniel menuju ke arah pintu. Benjamin dengan suka hatinya membuka
pintu buat Daniel. Apabila lelaki itu betul-betul berada di luar biliknya,
dengan kekuatan yang tiba-tiba ada di tangannya dan rasa marah yang
membuak-buak, tanpa sedar, daun pintu itu dihempas kuat. Bergegar dinding bilik
dibuatnya. Daniel sendiri pun terkejut. Dia berpaling.
“Yang
awak nak marah-marah tu kenapa? Saya risaukan awak tahu tak!” jerit Daniel.
“Bisinglah!
Berambus dari depan tu sekarang gak! Semaklah!”
Bertubi-tubi
Daniel rasa hatinya direntap kuat. Betapa sakitnya hati apabila mendengar
bahasa Benjamin lontarkan. Dengan hati yang membara dia membalas.
“Ma...
macam saya kisah!” dan dia menendang daun pintu itu kuat.
“Aouch!”
“Haha!”
Suara
dua orang wanita mentertawakannya menambahkan lagi panas di hati. Dia memandang
Julie dan Mary yang berdiri tidak jauh dari mereka. Mereka
menggeleng-geleng sambil menekup dahi mereka.
“Apa?”
soal Daniel tidak faham.
“Nasib
awaklah Daniel... awak dah salah pilih hari nak bermanja-manja dengan Ben,”
kata Julie, lebih kepada memerli.
“Bila
masa saya nak bermanja-manja dengan dia?” Sungguh tidak boleh dipercayai. Boleh
mereka kata dia nak bermanja dengan Benjamin yang panas baran tu? Huh! Dia
buakan silap hari tapi silap orang!
“AMBIL
ni. Pakai elok-elok. Nanti Daniel perasan pulak yang awak tu bendera merah,”
pesan Mary.
Benjamin
menyambut huluran Mary lalu dengan malas dia melangkah memasuki bilik air. Dia
perlu mandi dan menukar pakaian. Tidak lupa juga cadar yang perlu ditukar.
Banyaknya kerja.
Julie
hanya melihat Benjamin memasuki bilik air. Dia berpaling memandang Mary pelik.
“Kenapa
cik muda?” soal Mary sambil dia berusaha mencabut cadar saiz queen dari tilam
berat itu. Harapnya tidak tinggal kesanlah di tilam. Jika tidak, payah nanti.
“Boleh
saya tahu kenapa Daniel masih tak tahu tentang jantina Ben? Daniel tu bukannya
bodoh macam makcik sangkakan,” kata Julie. Dia takut sebenarnya. Dia seperti
dapat menghidu agenda sebenar Mary menyembunyi hakikat sebenar.
Mary
melepaskan lelah. Penat. Wajah Julie dipandang. “Cik muda tak tahu?”
Julie
mengecilkan matanya. Dahinya berkerut. Jantungnya berdegup laju. “Fasal Anita?”
“Jadi
tak perlulah saya jelaskan panjang lebar. Benjamin sendiri pun setuju untuk
membantu,” jelas Mary ringkas.
“Makcik
gunakan Ben untuk bebaskan Daniel? Makcik macam mana kalau benda ni jadi lebih
parah? Kalau diaorang saling jatuh cinta? Tak... Kalau Daniel jatuh cinta pada
Benjamin? Bukankah itu akan menyakitkan dia?” Julie panik. Dia tahu Benjamin
tidak mungkin akan jatuh cinta dengan Daniel. Dia tahu. Kerana Benjamin ialah
Allisa. Yang dia lebih risaukan sekarang ialah Daniel. Kasihan lelaki itu.
“Itu
lebih bagus dan makcik harap juga Benjamin akan rasa benda yang sama. Dia
perempuan. Tak salahkan. Lagi pun makcik tak nampak perkara yang boleh
mengahalang hubungan mereka jika ianya benar-benar terjadi,” jawab Mary.
Bibir
Julie mengering. Hakikatnya hanya dia seorang sahaja yang memikirkan Benjamin
itu Allisa. Hanya dia seorang sahaja tahu siapa Allisa yang sebenarnya di sini.
Identiti Allisa sebagai pewaris taktha selepas ayahnya tiada siapa yang tahu
melainkan keluarga dan sahabat terdekat. Pengetahuan mengenainya dirahsiakan.
Walaupunbegitu, masih ada yang dapat menghidu dan cuba untuk menjatuhkan
Allisa.
Kali
ini Julie betul-betul panik. Dia berlari mendekati tingkap bilik. Kelibat
kereta kuda dari pagar hadapan membuatkan jantungnya terhenti seketika. Mereka
dah pulang!
“MAMA...
Papa... apa khabar?” Daniel memeluk erat tubuh wanita yang dipanggil mama itu.
Puan Scot tersenyum senang. Apabila mereka meleraikan pelukan, Puan Scot pantas
meneliti setiap inci wajah anak terunanya satu ini.
“Rindunya
mama dekat kamu. Macam mana hari kamu tanpa kami? Mama dengar kamu ada tetamu.
Mana dia?”
“Shie,
nanti-natilah tanya tu. Kita masuk dulu. Kenapa mesti nak borak dengan tangga
rumah?” tegur suaminya. Suaranya dalam dan tegas.
Puan
Scot membuat muka. Kemudian dia tersenyum semula apabila wajah Daniel ditatapi
olehnya. Sejuk hatinya dapat melihat anaknya ini sihat dan kacak. “Jom.”
“BUKAN
ke mama kata mama nak tinggal kat villa untuk dua bulan. Kenapa mama balik awal
tiga minggu?” soal Daniel apabila mereka sudah duduk selesa di ruang tamu
keluarga di aras satu berdekatan dengan bilik tidur utama.
“Danny
tak suka mama balik?”
“Bukan...
Danny pelik aja.”
“Kalau
macam tu jangan persoalkan kepulangan kami. Papa risau kamu tak dapat kendali
perniagaan dengan baik di sini,” tegur Tuan Scot.
Wajah
Daniel bertukar redup. Dia tidak suka apabila papanya menimbulkan hal itu.
Puan
Scot yang perasankan perubahan suasana itu pantas mencelah. “Awak ni sayang...
kitakan baru sampai. Nanti-natilah bisnes awak tu. Ni, saya nak jumpa tetamu
kita. Mana mereka?” teruja Puan Scot menyanyakan soalan itu. Beberapa hari
lepas Mary ada menelefonnya, memberitahu tentang berita gembira yang dia
nanti-nantikan sejak 10 tahun dahulu. Dia bukan tidak suka dengan tunang Daniel
cuma... dia berasa gandingan Anita dan Daniel tidak sepadan. Lagi pula kata
Mary, perempuan yang daniel jumpa ini, sangat Daniel jaga. Bagai menatang
minyak yang penuh. Sayangnya, anaknya ini sedikit kurang arif tentang hal
sosial dengan perempuan. Itu yang dia kesali sangat-sangat. Perjanjian anatara
Daniel dengan Anita adalah di luar kawalan mereka. Ianya berlaku secara
tiba-tiba. Dia demam seminggu bila dapat tahu tentang hal itu. Ketika itu
baharu dia berangan ingin menjodohkan Daniel dengan anak kawan baiknya, si
Qyra, anak gadis yang sebaya Daniel. Tetapi bila dia dapat tahu tentang hal itu
dan lebih-lebih lagi dengan perangai Daniel yang pegang pada janji ini, dia
harus akui, tidur malamnya sedikit resah.
“Dia
ada mama. Cuma dia tak berapa sihat. Harap mama faham,” beritahu Daniel. Di
wajahnya terlukis riak runsing. Dia diberitahu oleh Mary tadi bahawa, Benjamin
perlukan rehat dan tidak boleh diganggu untuk sehari dua ini. Jika tidak,
perkara seperti tadi akan berulang lagi dan dia tidak mahu bergaduh dengan
Benjamin walau apapun terjadi. Rasa terseksa!
“Ohh!”
Puan Scot pandang Daniel tidak percaya. “Kenapa tak bawa dia ke hospital?”
Daniel
menggeleng. Tidak guna memaksa orang yang tidak mahu.
“Doktor
Harper?”
Kali
ini dia menjungkit. “Saya tak tahu ma. Mary kata makan paracetamol je pun
okey...”
Puan
dan Tuan Scot saling berpandangan. Ada tanda soal besar di kepala mereka.
“Biarlah
kalau Mary dah cakap macam tu. Pening kepala mungkin,” putus Tuan Scot.
Puan
Scot mengiakan. “Ha... yelah. Mary mana? Mama nak cakap dengan dia sekejap. Nak
bincang fasal makan malam malam ni. Nak suruh dia buat lebih.”
“Lebih?”
“Abang
kamu balik malam ni. Nak makan malam sekali dengan kita. Rasanya tadi Patrick
dah pergi tunggu mereka kat pelabuhan tu.”
TERIK
panas matahari melahirkan senyuman lega di wajah wanita itu. Sekurangnya cepatlah
proses pengeringan tilam si Benjamin ini. Sedikit susah juga tadi dia mengarah
pembantu rumah yang lebih muda dan bertenaga menyental kotoran yang melekat di
permukaan tilam itu. Nasib baik hilang.
“Mary?”
Mary
berpaling. Wajah Puan Scot di ambang pintu dapur dapat dilihatnya.
“Kenapa
basuh tilam?”
“Bocor
puan!”
“Siapa?!”
Dalam
keadaan terpaksa, Mary melangkah mendekati Puan Scot. Takut pula nanti
didengari oleh orang yang tidak patut. Contohnya, Daniel.
“Patutlah...”
cakap Puan Scot selesai Mary membisikkan nama Benjamin di telinganya. “Habis
tu, mujarab ke guna paracetamol kat dia? Kenapa tak guna ubat tahan sakit?”
“Saya
guna yang itulah. Tapi saya tipu Daniel yang saya bagi ubat lain. Nanti dia
syak pulak. Takut saya tadi. Dia bergaduh besar dengan Ben sebab angin budak tu
tengah tak betul!” umpat Mary.
Puan
Scot ketawa geli hati. “Kesian dia. Patutlah sedih je tadi saya tengok. Rupanya
bergaduh. Habis tu dia ada sengugut tak? Kalau ada saya bagi tungku saya...”
“Tak
perlulah puan. Cik muda Graham dah bagi dia punya,” potong Mary.
“Julie
ada kat sini ke?”
“Tuan
muda tak bagi tahu ke?”
Puan
Scot menggeleng kemudian dia mengeluh. Sabar ajalah. “Bila dia sampai?”
“Nak
dekat seminggu jugalah.”
“Kali
ni apa sebabnya pulak?” soal Puan Scot ingin tahu. Biasalah dia kalau dah
berjumpa dengan Mary dan berdiri di ambang pintu dapur ini, mengumpatlah
jadinya.
“Saya
dengar yang kawan dia hilang...” jawab Mary. Dia melangkah masuk ke dapur.
Panas. Lantas dia mengambil temapat di meja dapur yang bersepah dengan barang
mentah masakan untuk malam nanti. Puan Scot membontotinya dan tidak kekok duduk
di meja dapur.
“Kawan?
Yang mana?”
Mary
menjungkit bahu. “Saya sendiri pun tak tahu. Tapi rasanya yang koma tiga tahun
tu.”
Puan
Scot berfikir. Rasanya dia pernah dengar Julie menyebut nama kawan baiknya itu.
Ali? Lisa? “Allisa? Hilang? Dia dah sedar ke? Ke dibawak lari orang?”
“Saya
tak tahulah puan. Yang pasti ni dia tengah bersedih fasal hal tu. Kesian budak
tu. Malang jatuh bertimpa,” simpati Mary.
“Hm...
harapnya cepatlah orang jumpa tuannya...” Puan Scot memandang Mary. Wajahnya
terlukis perasaan sedih. Mary mengusap belakang tangan Puan Scot. Dia tahu apa
yang Puan Scot fikirkan sekarang ini. Pastinya memori pahit 20 tahun lalu.
“SEMASA
papa tiada di sini, kamu tak pergi jumpa tunang kamu?” soal Tuan Scot memandang
anaknya terus ke pusat wajah itu.
Daniel
mengeluh dan menutup matanya. Setiap kali Tuan Scot menimbulkan persoalan ini,
dia jadi jengkel dengan diri sendiri. Disebabkan kebodohannya di masa lampau,
menjadi bahana di masa depannya. Papanya bukanlah orang yang suka mungkir janji
dan sikap itu juga mengalir dalam darahnya.
“Tak...”
jawab Daniel perlahan. “Saya dah cuba tapi saya tetap tak rela nak berjumpa dia
semata-mata dia tunang saya. Dia... dia budak lagi...”
“Jadi?”
soal Tuan Scot tegas. “Danny fikir Danny tu dah cukup umur? Matang?”
Daniel
terkejut. “Itu bukan maksud Danny.”
Tuan
Scot bangun. “Habis kenapa tak pergi jumpa dia? Kenapa Danny suka buat muka
papa tebal dek perangai kamu?”
“Apa
yang Danny dah buat sampai papa malu sangat dengan Danny?”
“Itu
tugasan Danny untuk fikir apa dia. Selagi Danny tak sedar apa kesalahan Danny,
benda ini takkan habis dan Danny hendak atau tidak... Danny kena juga kahwin
dengan Anita!” marah Tuan Scot. Dia betul-betul malu bila mengenangkan kembali
beberapa hari lepas, teman baiknya, Gabriel Wheatherspoon datang ke villanya.
“Tapi
Danny taknak kahwin dengan dia! Papa pun tahukan!” bantah Daniel. Dia pun turut
sama bangun. Panas. Panas.
“Habis
kenapa Danny pergi berjanji dengan Anita? Salah siapa sekarang ni? Papa ke?”
Daniel
terdiam.
“Danny
kena ingat eh. Walaupun kita bukan bangsawan di atas (pulau Brynn) tapi kita
bangsawan di bawah (Darmadin). Sekali kita berjanji... badan dan roh kita dah
terikat dengan janji tu dan sekali kita mungkir janji tu... jatuhnya martabat
kita lebih teruk dari peminta sedekah kat lorong-lorong tu! Danny lupa?” leter
Tuan Scot. Marahnya kali ini betul-betul tidak terhingga. “Dulu bukan papa tak
ajar Danny... dah berkali-kali papa pesan, jangan berani berjanji kalau tahu
diri tak boleh tunai janji! Tapi tengoklah apa dah jadi, Danny dah lukakan hati
Anita... Danny mungkir janji!”
Semakin
panjang Tuan Scot berleter, semakin Daniel menunduk. Dia sedar semua itu tetapi
tika dia berjanji 10 tahun lalu. Dia baharu berumur 10, mentah dalam permainan
hidup. Adat resam keluarga pun dia tidak pernah ambil serius. Malah dia tidak
juga ambil serius akan peruk api yang dia pijak waktu itu.
“Dan
papa nak ingatkan Danny sekali lagi. Anita tu bukan calang-calang orang.
Walaupun dia setaraf dengan kita tetapi keluarga dia duta dari atas. Nama baik
Darmadin terletak pada bahu Danny! Ingat tu.”
No comments:
Post a Comment