7
Jarinya
yang runcing tidak henti-henti mengusap permukaan potret kecil yang dilekatkan
di cermin mukanya. Momen yang paling bahagia buatnya tika itu dan batu
harapannya saat ini yang mungkin kedinginan Daniel adalah sementara.
“Cik
muda masih mahu bersedih? Dia mungkin sibuk...”
Anita
cuba mengukir senyum. Dia masih cuba berpegang pada batu itu. Dia masih lagi
berharap akan hubungan yang tidak pasti ini.
“Mungkin...
Saya dengar dia ada tetamu di rumah. Awak tahu tentang hal itu?” Anita
berpaling membuatkan kerja Fyna merias rambut Anita terbantut.
“Cik
muda maksudkan lelaki yang jatuh menara jam tu?”
Gadis
itu mengangguk. Lelaki yang jatuh daripada menara jam. Danielnya terlalu baik
untuk menjaga lelaki itu. Ah, itu memang sikap Daniel. Sangat baik hati,
peramah, dan lembut. Sikapnya itulah yang membuatkan Anita lebih tertarik pada
Daniel. Dia bertuah kerana mendapat lelaki itu tetapi rasanya dia tidak cukup
bertuah untuk memperoleh hati lelaki itu. Dia belum cukup bagus lagi.
“Cik
muda tak melawat lelaki yang Tuan Muda Scot bantu? Dengan itu, cik muda akan
ada peluang nak bersua muka dengan dia,” cadang Fyna yang menyambung kembali
menyisir rambut ikal mayang Anita yang perang keemasan.
Anita
menundukkan wajahnya. Pada hari Daniel menolak pelawaannya untuk berjumpa dia
dapat rasakan Daniel tidak mahu berjumpanya buat seketika. Entah sejak bila,
lelaki itu bertukar dingin yang sukar didekati. Selama ini dia percaya Daniel
berperasaan yang sama dengannya, tetapi kini dia agak ragu-ragu.
“Saya
sayang dia Fyna tetapi saya tak tahu...” Anita pandang potret kecil yang
bertentangan dengan iris biru mudanya itu. “... samaada sayang yang saya ada
untuk dia ini cukup buat dia untuk sayang saya semula. Saya bukanlah secantik
Julie mahupun terkenal sepertinya. Malah saya bawah umur lagi...”
“Itu
cik muda jangan risau. Lagi dua minggu, semua tu akan jadi milik cik muda.
Bukankah cik muda akan debut masa itu... di majlis ulangtahun tuan dan puan?
Jadi cik muda harus senyum dan percaya pada diri cik muda sendiri. Cik muda
kena ingat, cik muda yang ikat Tuan Muda Scot dengan usaha cik muda sendiri... pada
usia yang cukup muda. Bagi saya umur 16 tahun adalah tahun yang paling manis
untuk seorang perempuan,” panjang lebar Fyna bercakap cuba menaikkan
semangatnya yang sedia merundum dek seorang lelaki.
Terkebil-kebil
mata Anita memandang Fyna. Dia tersenyum. “Fyna awak tu bukannya tua sangat
setahu saya. Awak 20 kan tahun ni?”
“Ya
saya.”
“Jadi
kenapa awak cakap macam tu? Sepanjang dalam ingatan saya, semasa awak 16 tahun,
awak melekat sahaja dengan saya. Bila masa awak bercinta?” soal Anita terus
terang.
Fyna
gelabah. “Ap... apa... yang cik muda katakan?”
“Ha...
saya tahu... awak bercinta dengan Roland bukan? Saya nampak hari tu kat kandang
kuda...” Anita tersengih-sengih.
“Cik
muda nampak apa?”
“Kenapa
awak tanya? Takut ke saya nampak awak berci...”
“Cik
muda!”
Anita
ketawa besar. Terhibur sidikit hatinya dengan kehadiran Fyna di sisinya. Dah
macam kakak dia sendiri.
‘Tok,
tok, tok.’
“Masuk.”
Seorang
pembantu rumah masuk dan mendekati tepi telinganya. Membisik sesuatu. Mata
Anita terbuka besar.
“Dia
datang?”
Pembantu
rumah itu mengangguk.
Anita
mengeluh berat. “Perlukah saya turun?”
“Ini
perintah tuan besar.”
Gadis
itu memandang bias Fyna di cermin. Hatinya agak berat untuk turun menemui
tetamu bapanya.
“Baiklah...
beritahu bapa saya yang saya akan turun. Tetapi lambat sedikit. Mungkin di
taman terus. Saya nak bersiap dahulu,” putus Anita.
Pembantu
rumah itu menunduk akur lalu mengundur dan keluar dari bilik tidur Anita yang
serba serbi merah jambu itu.
“Boleh
saya tahu siapa nak datang cik muda?”
Sekali
lagi Anita mengeluh. Kali ini agak panjang. “Abang Julie.”
PUAN
Scot berlari mendapatkan anaknya. Sungguh dia rindukan anak yang satu ini.
Setelah dua tahun di negara orang, baharu hari ini dia dapat bersua muka
dengannya. Air matanya mengalir.
“Oh
tuhan, anakku. Vince, kamu pulang juga akhirnya. Mama rindu sangat pada kamu,”
tangis Puan Scot.
Vincent
ketawa senang. “Saya rindu mama juga.” Dia memeluk erat tubuh tua mamanya.
Isterinya,
Adella, berdiri di sampingnya tersenyum sambil menyapu air matanya yang
mengalir di tubir matanya. Berada di perantauan, banyak dugaan yang menduga
hubungan mereka sekaligus membuatkan mereka, masing-masing merindui saat di
dalam pelukan sebuah keluarga.
“Ma,
Vince nak perkenalkan anak Vince yang mama dah lama tak jumpa.” Vince
meleraikan pelukan mereka.
Puan
Scot terkejut. Gembira juga. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun.
Seperti Vince versi kanak-kanak. Sungguh comel dengan mata hijau tua, rambut
perang kemerahan dan pipi putih kemerahan.
“Oh
cucu nenek. Dulu kecil sekarang dah besar. Nenek gembira jumpa kamu sayang...”
Puan Scot menangis lagi dan mencium-cium pipi mongel cucunya.
Vince
tersenyum bahagia. Dia pandang papanya yang berdiri tidak jauh. Dia mendekati
lelaki tua itu lalu memeluknya erat.
“Selamat
pulang anakku.”
“Saya
dah pulang pa. Danny.” Vince kalih pandang wajah adiknya yang berdiri
bersebelahan dengan papanya.
“MACAM
mana Prace? Selesa seperti selalu?” soal Tuan Scot ketika mereka sekeluarga
juga Julie yang duduk berhadapan Daniel, berada di meja makan untuk makan
malam.
“Selesa
seperti biasa juga tempat yang hebat untuk pelancongan. Menara Prace dah siap
dan kita dapat satu tapak untuk berniaga di sana. Mungkin ada bonus hujung
tahun ni,” lawak Vincent dan diikuti oleh tawa yang lain. Hanya Daniel yang
tersenyum.
Abangnya
pandai kenadalikan perniagaan keluarga sehingga mampu menyewa satu tapak di
Menara Prace yang merupakan mercu tanda negara tersebut. Dia patut berbangga
tetapi dia tahu bila perkara seperti ini berbangkit, tidak lama pasti dia pula
akan menjadi sasaran papanya.
“Baguslah
tu. Menara Prace adalah terikan utama pelancong dan papa dengar bukan senang
nak menang tapak sewa tu. Papa bangga dengan kamu.”
“Terima
kasih pa.”
“Nasib
baik kamu ada, kalau harapkan adik kamu...” Tuan Scot mengeluh sedikit.
“Sayang!”
bisik Puan Scot. Dia tidak suka bila hal ini diungkit di meja makan. Jangan
sentuh isu Daniel dalam hal kerjaya! Dia tidak mahu anak-beranak ini bergaduh
di meja makan.
Tuan
Scot perasankan perubahan air muka Daniel. Dia berdeham sedikit.
Vincent
juga yang perasankan hal itu, cuba memikirkan isu lain yang mahu bicara.
“Daniel, mana tetamu yang abang dengar kamu selamatkan dari menara jam tu?”
Daniel
angkat wajahnya. Dia pandang Julie kemudian tempat kosong di sebelahnya.
Kemudian dia pandang semula wajah Vincent. “Dia tak berapa sihat. Sehari dua
nanti sihatlah dia dan abang boleh jumpa dia.”
“Doktor
Harper kata dia sakit apa? Konkusi?”
“Pos
trauma.”
“Agaknya
bila dia akan pulih?” soal Adella prihatin sambil dia cuba menyuap anaknya,
Tommy.
“Bergantung
pada keadaan pesakit. Kita tak dapat pasti bila dia akan dapat semula
memori-memori dia.”
Vincent
mengangguk. “Abang ada dengar cerita fasal kes macam ni tapi dia pelik
sedikit.”
“Penyakit
baru?” soal Tuan Scot.
Vincent
jungkit bahunya. “Dia bukan penyakit pa. Ia kes yang sama berlaku pada pesakit
pada kawan Vince dan pesakit ni dia kemalangan yang teruk di kepala. Nasib baik
dia selamat cuma dia jadi orang lain bila dia sedar.”
“Maksudnya?”
Puan Scot berminat.
“Pesakit
ni dulu dia seorang yang pendiam dan anti-sosial tetapi lepas dia sedar hari
itu, dia jadi peramah dan sedikit liar. Keluarga pesakit macam tak kenal dia.
Kemudian beberapa hari pesakit ni mohon untuk keluar dari hospital dan jauh
dari keluarganya. Itu apa yang kawan Vince bagitahulah.”
Sudu
yang Julie pegang tiba-tiba jatuh. Matanya membundar. Tiba-tiba dia tersedar,
semua mata memandangnya. Matanya mendarat pada wajah Daniel. Dadanya tidak
henti-ehnti berdebar.
“Awak
okey, Julie?”
Julie
memandang bawah mencari sudunya yang jatuh tadi.
“Julie...!”
Daniel separa bangkit apabila gadis itu terperasankan yang sudunya sudah
diganti dengan sudu yang lain. Entah bilanya pun dia tidak perasan. Dia ketawa
kecil sambil menyapu dahinya.
“Sa...
saya minta maaf tapi saya perlu ke ruang rehat sekejap.” Julie bangun. Sekelip
mata bayangnya hilang dari dewan makan itu.
“BEN?”
Julie menolak daun pintu bilik gadis itu perlahan. Suasana di dalamnya kelam
dengan hanya lampu meja sisi katil sahaja yang terpasang.
“Julie?”
“Boleh
saya masuk?”
Ben
membetulkan posisinya bila Julie melangkah perlahan mendekati katilnya lalu
gadis itu duduk di birai katil. Memandang wajahnya tidak henti-henti.
“Kenapa
Julie? Ada sesuatu menganggu awak?”
Julie
pantas menggeleng. Kata-kata Vincent berulang tayang dalam mindanya. Menipulah
dia tidak terganggu. Cuma entah kenapa di hadapan Benjamin, takutnya hilang.
Perlahan dia menggapai tangan Benjamin lalu diulus lembut. Dia perasan kuku
gadis itu terpotong cantik.
“Allisa...
dia ada tangan yang lembut sama seperti awak. Kuku merah jambu yang cantik.
Runcing. Macam awak. Setiap hujung bulan, saya dan dia akan pergi ke salun dan
buat rawatan kuku. Tapi kuku awak... awak baru potong?”
Benjamin
mengangguk. Sedikit rimas dengan kuku yang panjang.
“Cantik
dan kemas. Allisa tak pandai potong kuku. Dia pasti akan merungut setiap kali
dia potong kuku dia sendiri. Cepat-cepat dia akan cari salun,” beritahu Julie.
Tangannya tidak henti-henti mengusap kuku Benjamin.
“Terima
kasih,” ucap Benjamin.
“Senggugut
awak macam mana?”
Dia
tersenyum. “Tak pernah sebaik ni. Macam mana makan malam? Pasti sedap.”
Julie
bangun dan duduk di sebelah Benjamin. “Saya tinggalkannya separuh jalan.”
“Sayang.”
“Betul
tu.”
Mereka
ketawa. Entah apa yang kelakar, mereka tidak tahu.
“Haa...
akhirnya abang saya turun juga.”
Gadis
di sebelahnya berpaling. Tidak percaya. “Abang awak turun? Tuan kedai turun?”
Ketawanya
pecah lagi. “Berminat nampak?”
Benjamin
jungkit bahu. “Saya rasa tertarik aja. Saya perempuan... kan?”
Julie
mengukir senyum. Benjamin ialah seorang perempuan. Seorang gadis. Seorang yang
bernama Allisa.
SENJA
petang yang indah. Kakinya berada di gigi air laut. Cetek. Angin laut berselang
seli dengan bunyi camar menampar-nampar kepalanya. Dia mengangkat jemari
kirinya tinggi. Ada sebentuk cincin emas putih yang cantik, berkilau dibias
cahaya jingga. Dia tersenyum bahagia melihat lelaki di sisinya.
“Bila
akan jadi hari bahagia kita?” soalnya.
Lelaki
itu menjungkit bahu. “Saya rasa macam hari-hari hari bahagia kita. Awak tak
rasa bahagia dengan saya?”
Dia
ketawa senang. “Yuri!”
Kelopak
matanya terbuka tiba-tiba. Dia berkalih memandang sebelahnya. Julie tidur
nyenyak dengan pakaian makan malamnya. Katanya malas mahu tukar baju. Tak sesak
nafas ke? Namun sekali lagi, dia menikmati satu malam yang seronok dengan
Julie. Rasa seperti dia benar-benar seorang gadis dengan sahabat baiknya.
Bercerita tentang lelaki, cinta... dan perkahwinan.
“Saya
rasa saya betul-betul bercakap dengan Allisa saya namun awak berbeza sedikit,”
beritahu Julie.
“Berbeza
yang macam mana?”
“Allisa
yang saya tahu bila dia bercakap tentang lelaki... dia orang yang paling malu
tetapi dia akan ketawa setiap kali kami bercerita tentang lelaki. Siapa-siapa
sahaja. Awak... awak banyak mendiamkan diri. Macam berfikir. Mungkin saya dah
tersilap menilai yang awak ni sahabat saya Allisa.”
Teragak-agak
Benjamin cuba membuka langsir biliknya. Pantas bila cahaya mentari mencium
kulit wajahnya dia menutupi matanya dengan kedua belah tangannya. Pening...
tetapi dia cuba buat seperti yang Doktor Harper sarankan beberapa hari lepas.
Katanya dia banyak menghabiskan masa di tempat gelap jadi bila dia didedahkan
kepada cahaya matahari dengan mendadak, dia akan jadi pening kepala. Juga, ia
salah satu kesan amnesianya ini.
Perlahan
dia menjatuhkan tangannya. Kelopak matanya tertutup. Warna yang dia lihat kini bukanlah
sepenuh gelap tetapi jingga. Di dalam fikirannya penuh warna itu. Seperti dalam
mimpinya.
“Bila
akan jadi hari bahagia kita?”
“Saya
rasa macam hari-hari hari bahagia kita. Awak tak rasa bahagia dengan saya?”
“Yuri!”
Benjamin
hela nafasnya. Siapa Yuri? Terlalu sukar untuk dia mengaku bahawa mimpi yang
dialaminya itu adalah mimpi dan terlalu sukar juga buatnya mengaku yang itu
ialah cebisan memorinya. Mengakui ianya mimpi, rasa seperti dia tidak sanggup
menganggap sesuatu yang sebegitu benar sebagai mimpi. Mengakuinya memori berasa
seperti terlalu indah buatnya. Cincin emas putih... terlalu mahal buatnya yang
miskin.
“Ben,
selamat pagi!” Julie menguap luas.
“Hei,
buruk perangai!”
Julie
menjuling matanya ke atas. “Terima kasih sebab bagi saya tidur bilik awak
semalam. Tiada siapa cari saya semalam kan?”
Benjamin
menggeleng.
Julie
senyum puas. “Ergh, saya nak kena siap. Lepas ni saya nak jumpa abang saya
dekat Fredrick.” Julie bangkit dan membetul-betulkan kainnya berkedut itu.
“Okey.
Hati-hati,” pesan Benjamin. Dia menghulur segaris senyuman nipis.
No comments:
Post a Comment