8
Dari
jauh mata Julie dapat melihat bayang badan seorang gadis yang duduk berhadapan
dengan abangnya itu. Tidak lain dan tidak bukan, Anita Freaser Wheatherspoon.
Juliane
menghulur senyuman gembira apabila dapat melihatnya dan Anita berpaling
memandangnya. Julie mengukir senyum paksa. Dia tidak senang dengan gadis itu.
“Saya
rindu abang sangat-sangat,” tegur Julie. Dia memeluk badan abangnya. Melepaskan
rindu yang sudah beberapa minggu mereka tidak bersua muka.
“Rindu
adik juga. Abang dah pesan teh untuk adik. Duduklah,” pelawa Juliane. Dia
menarik kerusi untuk Julie, bersebelahan dengannya. Julie duduk dan Juliane
melambai supaya pelayan membawa air yang mereka pesan untuk Julie.
“Tak
sangka abang nak bawa teman hari ni,” kata Julie merujuk kepada kewujudan Anita
di pertemuan mereka.
“Anita
dengan baik hati sekali tawarkan perkhidmatan untuk bawa abang pusing-pusing
kota Darmadin. Kalau bukan kerana dia, abang takkan sampai Fredrick lagi tau,”
balas Julieane. “Julie patut terima kasih pada Anita.”
Julie
mengetap giginya. “Terima kasih bawa abang pusing kota hari ini,” ucap Julie
antara dengar dan tidak.
Anita
ketawa. “Perkara kecil aja ni. Lagipun saya dah lama tak jumpa kawan saya.
Macam mana rasanya menetap di rumah Daniel? Dia tak dingin dengan awak bukan?”
soal Anita dengan mimik muka tak bersalah dan ala-ala ‘saya budak bawah umur
yang naif’ itu.
“Dingin?
Oh tak. Dia seperti biasa. Kaki sibuk dalam banyak perkara. Sebab tu
kebelakangan ni dia sibuk sampai tak sempat nak lawat awak hari tu. Harap awak
faham,” balas Julie semula dengan mimik muka yang sama. Apa? Dia 18 eh!
Sekejap!
“Abang,
kita ada tunggu siapa-siapa ke?” soal Julie yang terperasankan tempat di
sebelah Anita yang sedia menunggu tuannya.
“Maaf
abang...”
“Saya
yang jemput dia datang. Lagipun dia sepupu saya,” celah Anita.
Saat
itu sebuah kereta kuda berhenti di luar tingkap kedai Fredrick, betul-betul di
sebelah mereka. Seorang joki kuda tergesa-gesa berlari membuka pintu untuk
penumpangnya. Melihatkan penumpang yang turun dari kerata kuda itu, Julie
menutup mata tidak percaya.
Anita
melambai pada Willson apabila mata mereka bertentangan.
Julie
semakin resah. Dia sudah cuba untuk mengelak berjumpa dengan Willson. Sejak
hari mereka berjumpa pertama kali di rumah agam Scot tetapi si Anita ini telah
buat dia rasa macam nak satu beg pasir untuk menumbuk!
“Saya
ke tandas sekejap,” minta Julie tanpa menegur Willson yang baharu sahaja tiba
di meja mereka. Kakinya pantas mengatur langkah menuju ke tandas. Tangannya
dikepal-kepal cuba menahan marah yang amat terhadap Anita.
DIA
menggenggam jemarinya erat. Kecut di perutnya tidak tertahan. Wajah Daniel
dipandang.
“Daniel
saya rasa tak sedap badanlah. Macam ada benda je kat dalam perut ni...” bisik
Benjamin.
Daniel
ketawa sadis. “Awak gemuruhlah.”
“Serius!
Macam ada bergerak-gerak. Saya pergi bilik air eh?” Benjamin baru sahaja hendak
lari apabila tangan Daniel pantas menariknya.
“Tak
payah mengada. Yang awak nak takut tu kenapa? Macam nak jumpa bakal mak mentua
je,” kutuk Daniel.
Benjamin
menjeling Daniel. Tiba-tiba hati jadi panas. Kenapalah Daniel semenjak dua ini
asyik menjengkelkan hati perutnya? Mary kata kerana hormon yang tidak stabil,
sebab itu dia rasa macam tidak senang sahaja dengan lelaki ini. Hm, sabar
ajalah.
“Dah
sedia?”
“Kalau
nak tunggu saya sedia memang sampai kucing bertanduklah jawabnya,” perli
Benjamin.
Daniel
mengetap bibirnya. Sabar. Sabar. Dia mendeham beberapa kali lalu dia mengetuk
pintu ruang tamu. Dia menjengah sedikit.
Benjamin
lihat dengan ekor matanya. Daniel masuk sedikit demi sedikit ke dalam ruang
bilik itu dan daun pintu itu tertutp sendiri. Dia masih lagi berdiri di luar
berasa gementar. Tiba-tiba Daniel membuka semula daun pintu itu, dengan wajah
yang tertahan-tahan.
“Cepatlah!”
marahnya.
Benjamin
merengus. Nafasnya ditarik lalu dihembus perlahan. Dia melangkah perlahan
memasuki ruang itu.
Matanya
merenung setiap sudut yang ada dalam bilik itu. Sofa, lampu meja, almari,
langsir, renda, kusyen, karpet, siling dan akhir sekali ke arah lima orang
manusia yang duduk menantinya di sofa. Tampak sebuah keluarga yang sempurna.
Benjamin gugup.
“Hai...”
sapanya.
Mereka
tersenyum. Ada yang mengangkat tangan. Abang Daniel rasanya.
Vincent
bangun dan merapati Benjamin. “Hai. Saya Vincent. Panggil saya Vince. Abang
Daniel. Mari,” sapa Vincent ramah dengan bahasa yang lembut dan begitu
mengalukan kedatangannya. Dia menjeling Daniel sekejap sebelum dia mengikuti
langkah Vincent ke tengah ruang tamu yang serba luas dan penuh dengan barangan
serba mewah.
“LAMA
pergi tandas. Sakit perut ke?” tegur Juliane sekadar bergurau namun Julie sudah
mahu main jeling-jeling.
“Maaf
lama,” ucapnya. Dia duduk di tempatnya berhadapan dengan Willson.
“Tidak
mengapa. Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak. Kami dah pesan makanan
untuk awak. Pasta okey dengan awak?” soal Willson. Lembut sahaja. Itu yang
buatkan Julie rasa tidak menentu. Rasa bersalah.
Julie
mengangguk ala kadar. Dia berpaling memandang Juliane. “Kakak macam mana?”
“Dia
okey. Cuma dia tak puas sebab Julie tak balik tengok dia dan Chris,” maklum
abangnya.
“Ada
gambar Chris? Saya teringin sangat nak tengok si kecil tu...” sampuk Willson.
“Ada.”
Juliane mengeluarkan dompetnya lalu mengunjukkan gambar si kecil Christopher R.
Schoonmaker.
“Wah
ada rupa pakcik dialah,” kata Anita lalu memandang Willson. Lelaki itu sudah
tersengih-sengih.
“Mana
ada. Ni rupa abang sayalah. Kan Julie?”
Julie
tersentak. Dia memandang tiga pasang mata yang menanti riaksinya. Dia memaksa
senyum. “Haha. Entahlah. Macam rupa Jannice pun ada,” katanya cuba menutup
gugup.
“Yeke?”
kali abangnya pula cuba melihat semula gambar anak buahnya itu.
Julie menggenggam kuat kain renda bajunya.
Kenapalah dia tidak kuat menumpuh perasaan yang seperti ini. Dia yang mencintai
lelaki yang berkahwin dengan kakaknya dan kebenaran itu bukan sahaja Allisa
yang tahu tetapi Willson, adik kepada lelaki yang dia cinta.
“NANTI!”
Julie menarik lengan James. “Nanti James. Saya nak dengar sendiri dari mulut
awak. Awak juga cintakan saya bukan?”
James
memandang wajah Julie kasihan. Lidahnya kelu. Dia tidak sangka yang dia akan
berkahwin dengan kakak Julie dan bukannya dengan gadis yang dia cuba sunting
ini dahulu.
“Cakap
James! Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak cintakan saya?” tangis Julie.
Dia memeluk badan James. Erat.
Lelaki
itu mengusap rambut gadis itu lalu mencium ubun-ubunnya. “Saya juga cintakan
awak, Julie.”
“Jadi...
jadi kenapa dengan kakak saya? Kenapa?” soal Julie tidak faham. “Sebab saya ni
tak cukup umur? Kalau itu, awak silap James. Saya dah 16. Saya dah boleh
kahwin. Kita boleh kahwin.”
James
mengeluh berat. Dia memandang wajah Julie. Wajah yang dia tatap sejak gadis itu
berusia 12 tahun. Pertemuan pertama mereka di rumah agam Scot, menyuntik
perasaan cinta. Dia yang pada waktu itu tidak mengenali Julie cuba menafikan
perasaan itu kerana dia baharu sahaja mendapat tahu berita pertunangannya
dengan salah seorang anak gadis Tuan Graham. Pertemuan demi pertemuan, dia
menjadi percaya yang Julie merupakan anak Tuan Graham yang ditunangkan
kepadanya. Rupanya, takdir bermain dengan mereka.
“Julie...”
“Tak.
Apa kata kita kahwin lari? Sekarang ni juga pun boleh. Saya tak kisah hidup
susah. Saya dah biasa. Hm, James?”
“Julie!”
James menggegar tubuh gadis itu. Terkejut Julie dibuatnya. Matanya memandang
tepat ke arah James.
“James?”
Lelaki
itu menghela nafas berat. Wajah keruhnya tidak dapat disorok walaupun dalam kelam
malam itu.
“James...”
Air mata Julie mengalir. Dia tahu apa yang lelaki itu cuba sampaikan tetapi
seboleh mungkin dia cuba menyorok apa yang dia fikirkan selama ini.
“Tak
guna Julie. Awak masih muda. Terlalu mentah untuk tempuh kesusahan dan caci
hina dunia. Saya tak nak awak hadapi semua tu. Saya sayang awak.”
“Jadi
kenapa mesti dengan kakak saya?! Kalau awak tak nak lihat saya menderita, tak
nak lihat saya dipandang hina, putuskan pertunangan ni sekarang juga!” desak
Julie.
“Tak
boleh Julie! Saya dah cuba! Tapi tak boleh! Awak sendiri tahukan. Tolong jangan
desak saya Julie,” rayu James. Lelaki itu melutut di hadapannya.
Air
mata Julie semakin deras. Dia rasa seperti seorang yang tidak memahami.
Pendesak. Terdesak! Dengan tunang kakak sendiri pun mahu berebut. Mana perginya
etika seorang perempuan sopan? Tatasusila? Hah. Julie Tasnynn Graham tidak
pernah ambil kisah tentang semua itu. Tetapi sekarang, lihatlah betapa
rendahnya martabat dia sehingga seroang lelaki melutut di hadapannya kerana
perangainya yang teruk!
“Pergi.”
James
mendongak.
“Awak
pergi pada kakak saya. Kahwini dia. Bahagia dengan dia. Cita-cita Jennice nak
dapat anak sulung lelaki. Jadi... dapatkan anak dengan dia. Jangan pedulikan
saya lagi. Mulai malam ini, saya tak pernah kenal James Schoonmaker dan awak
tak pernah kenal Julie Graham. Kita orang asing. Pergi!”
Teragak-agak
lelaki itu bangun. Dia cuba meraih tubuh Julie.
“Saya
kata pergi, awak pergilah! Saya tak mahu awak. Saya tak pernah cintakan awak.
Pergi!” jerit Julie.
Hujan
turun lebat malam itu dan dia menangis seperti langit menangisinya. Cinta pertama yang menyakitkan dan pernah ada bahagia untuk sekejap cuma. Jatuh
cinta dengan tunang kakak sendiri. Sedih, cliche.
“Nak
tisu?”
Julie
mendongak.
“Atau
awak lebih kepada sapu tangan renda?”
Gadis
itu memandangnya tidak berkelip.
“Apa?”
“James?”
Lelaki
itu ketawa. “Awak suka sangat kat dia sampai awak nampak saya ni macam dia ke?”
Julie
tidak faham.
“Sudahlah
Julie. Tak guna awak menangis untuk lelaki seperti abang saya,” pujuk lelaki
itu lagi.
“Macam
mana awak tahu?”
“Saya
tengok dari awal. Kerusi hadapan pementasan teater,” candanya.
Julie
cuba mencerna wajah lelaki di sampingnya ini. Wajah seakan-akan James tetapi
ada perbezaan dari intonasi suara dan seusatu yang tidak dia kenalpasti.
Keadaan malam menyukarkan dia untuk mengenalpasti siapakah gerangannya yang
bercakap dengannya kini. “Siapa?”
Kecewa
rasanya bila dirinya yang selalu berada di samping abangnya tidak pernah
menjadi tumpuan gadis itu. “Saya Willson. Willson Schoonmaker.”
DARI
ruang tamu, mereka berpindah ke dewan makan untuk makan tengah hari. Pai
Sheperds dengan daging Wllington bersama krim yogurt perahan lemon. Perlahan
Benjamin menyuap cebisan potongan daging pai itu. Sedap memang sedap tetapi dia
tetap tidak berselera untuk makan. Nak kata dia tidak sihat, tidak juga.
Biasa-biasa sahaja.
“Kenapa
Ben? Tak sedap ke?” tegur Puan Scot.
Benjamin
senyum nipis. “Tak adalah. Dagingnya sedap, lembut je. Saya suka.”
Tiba-tiba
Daniel menukar pinggan mereka. Masing-masing tergamam apalagi Benjamin.
“Dia
memang macam ni ma. Susah nak makan. Tu yang kurus kering,” komen Daniel yang
masih lagi berlagak selamba, memotong-motong daging pai Benjamin. Lelaki itu
berpaling memandangnya.
“Makan
saya punya. Dah nak habis. Biar saya habiskan untuk awak,” bisik Daniel.
Benjamin
rasa segan. Adella sudah pandangnya semacam. Puan Scot lagilah.
Tersenyum-senyum.
“Nasib
baik ada Danny, dia tu kuat makan. Badan je keremping tapi perut ada lima,”
usik Vincent.
Yang
lain sudah ketawa. Tommy yang tidak faham apa-apa pun ketawa.
“Makanlah
banyak mana pun... kalau badan tak kuat macam mana nak pergi berlayar? Nak
menjelajah dunia?” perli Tuan Scot tiba-tiba. Masing-masing terdiam.
“Abang...”
tegur Puan Scot.
“Apa?”
Tuan Scot buat-buat tidak faham.
Puan
Scot buat muka tidak puas lalu dia menarik senyum dan dihadiahkan pada
Benjamin. Gadis itu membalas tidak faham. Dia mengintai Daniel. Riak wajah
lelaki itu berubah 180°.
“Daniel?”
Lelaki
itu berpaling. Dia memberi senyum tawar. “Makan,” arahnya kemudian menghadap
makanannya semula.
Benjamin
ketap bibirnya. Daging pai dipandang. Nafas dihela perlahan. Hatinya diijentik
sesuatu.
No comments:
Post a Comment