10
Berhati-hati
Daniel memegang kepala Benjamin yang dari tadi tersengguk-sengguk menahan
kantuk. Kemudian dia mendekatkan badannya pada Benjamin, meletakkan kepala
lelaki itu bersandar pada bahunya. Bila dia sudah berasa selamat, dia tersenyum
tanpa sedar.
“Tengok
tu ma,” bisik Adella pada Puan Scot yang duduk di meja yang satu lagi.
“Comelnya mereka...”
Puan
Scot meletak cawan tehnya. Perhatiannya kini tertumpu pada anak bujangnya. Dia
tersenyum nipis. Jarang dia lihat Daniel yang begitu mengambil berat terhadap
kawannya. Dengan Willson pun tidak begitu. Benjamin seperti orang yang sesuai
untuk Daniel tetapi suaminya...
“Mama!”
jerit Tommy yang berlari dari dikejar oleh bapanya yang berlagak seperti seekor
raksasa. Ketawa mengekek kanak-kanak lelaki itu.
“Hati-hati
sayang...!” jerit Adella bila melihatkan betapa dekatnya Tommy bermain dengan
gelanggang badminton. Takut dipukul dengan reket.
“Daniel!”
panggil Willson yang bermain badminton bersama Julie di gelanggang. Mereka
mendekati meja Daniel. Julie termengah-mengah, tangannya mengibas-ngibas kain
lace skirtnya yang pendek paras bawah lutut. Matanya tajam melihat posisi
Benjamin di bahu Daniel. Dia rasa tidak senang.
“Jom
main. Satu pusingan,” ajak Willson selepas meneguk hampir separuh isi botol
mineral.
Daniel
menolak. Dia mngunjuk ke arah Benjamin yang terlena tidak sedar diri walaupun
duduk di bawah matahari petang.
Julie
mengejut Benjamin bangun. Namun pantas ditegah oleh Daniel. Julie menjengilkan
matanya kemudian dia kembali mengejut Benjamin.
“Bangun
Ben... jom masuk dalam. Panas ni,” ajak Julie.
Benjamin
dalam keadaan mamai-mamai, hanya mengikut apabila tangannya ditariki oleh
Julie.
“Kenapa
dia?” tanya Willson dengan nada cemburu. “Petang-petang macam ni pun nak
tidur...” sambungnya lagi antara dengar dan tidak. Dia campak reket di
tangannya pada Daniel. Nasib baik Daniel pandai menangkap reket jika tidak, boleh
senak juga perut dia. Lelaki bila marah kerana cemburu, akal yang waras pun
boleh jadi tidak betul juga. Selama ini Willson tidak pernah bertemu pencabar.
Sangkanya, Julie akan sentiasa menutup pintu hati dari mana-mana lelaki tetapi
Willson salah. Benjamin seperti sudah mencuri hati gadis itu dan Benjamin juga
seperti sudah mencuri perhatiannya.
“KENAPA
Ben sejak kebelakangan ni, awak asyik tidur? Malam awak tak tidur?” soal Julie
bila mereka masuk ke dalam rumah. Dia memandang Benjamin tepat. Gadis itu
menguap sehingga mata berair.
“Julie...
boleh kita sembang nanti? Saya rasa macam nak tidur dekat sini sekarang
jugak...” balas Benjamin. Sekali lagi dia menguap. Dia sedar sejak kebelakangan
ini dia ada habit yang berat. Malam dia berjaga, siang dia dijaga. Entah apa
yang tidak kena dengan badannya.
Mendengarkan
alasan Benjamin, Julie rasa tidak sedap. “Awak tak sihat? Nak jumpa Dok
Harper?”
“Tak...
tak perlu. Saya okey.” Seboleh mungkin dia tidak mahu susahkan Julie. Setelah
hampir dua minggu dia mengenali gadis ini, dia mudah sekali menerima kehadiran
Julie dalam hidupnya. Mungkin kerana Julie seperti Miza. Sahabat dalam
memorinya. Benar, Julie ialah Julie dan Miza ialah Miza tetapi bila dia rasa
hidupnya bergerak dalam keadaan yang dia sendiri tidak faham, dia perlu cepat
sesuaikan diri. Jika tidak, dia akan berada dalam kesusahan. Juga menambahkan
beban Daniel yang sudah banyak menjaganya.
Julie
tidak puas hati. Dia tahu Benjamin sorok sesuatu dari dirinya. Semenjak malam
dia meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Willson, dia seperti dapat menghidu
yang Benjamin sorok sesuatu darinya. Tidak seperti Allisa, yang kuat merengek,
Benjamin benar-benar berbeza dari gadis dalam ingatannya.
“Dah
berhenti main?”
Mereka
berhenti melangkah. Masing-masing automatik berpaling ke arah tangga, melihat
Tuan Scot. Lelaki itu berada di tengah-tengah laluan anak tangga, berpakaian
kasual, bersedia untuk menikmati suasana petang yang rileks.
“Ya
tuan. Puan dia tunggu tuan, dekat bawah pokok. Tommy pun tadi cari tuan. Tuan
dari mana?” ramah Julie bertanya. Dengan senyum yang tidak lokek.
Tuan
Scot ketawa. “Tadi dari kelab. Jumpa kawan. Nasib baik saya sempat pulang dan
bermain dengan cucu saya,” jawabnya. Matanya dapat menangkap perlakuan Benjamin
yang cuba menutup sengapnya sambil itu dia menuruni anak tangga. “Pergilah
mandi, rehat-rehat dulu sebelum makan malam. Jangan tertidur pula. Nanti makan
malam dekat bilik je,” kata orang tua itu lagi. Sindirannya tepat mengenai
hidung Benjamin.
Automatik
Benjamin menjatuhkan tangannya, cuba menyembunyikan matanya yang berair.
Jantungnya berdegup laju. Sedikit gementar bila lelaki itu semakin mendekati
mereka. Dia mencuri pandang Julie berharap yang mereka cepat-cepat beredar dari
sini. Sebagaimana Julie tidak menyenangi Willson, dia tidak menyenangi
kehadiran Tuan Scot. Teguran lelaki itu tadi membuatkan dia teringat semula
akan pertemuan pertama dia bersama ahli keluarga Scot yang lain empat hari yang
lepas.
Julie
senyum. “Terima kasih tuan atas keprihatinan tuan. Selamat bermain dan selamat
petang,” balas gadis itu.
Sebaik
sahaja bayang lelaki itu hilang, Julie pusing tubuhnya menghadap Benjamin.
Gadis itu dari tadi senyap tidak berkata satu apa pun. Hanya menguap dan
menahan kantuk yang amat tetapi sekarang, gadis itu seperti tenggelam dalam
lamunan yang panjang.
“Ben?”
Gadis
itu berpaling.
“Kenapa?”
Benjamin
menggeleng. “Jom?”
“BENJAMIN!”
Gadis
itu berpeling ke arah suara yang memanggil namanya. Di hadapan pintu dewan
makan, Puan Scot berdiri sambil tersenyum penuh keibuan ke arahnya. Senyuman
yang memberi rasa nostalgik setiap kali dia melihat wanita itu.
“Boleh
kita bercakap sekejap? Di laman belakang kalau Ben tak kisah?” cadang Puan
Scot.
Benjamin
teragak-agak. Dia sebenarnya agak keberatan hendak berjumpa sesiapa pun malam
ini. Makan malam malam ini pun dia lakukan kerana dia tidak mahu menjadi
biadap. Dia bukannya sakit lagi dan dia bukannya anak kerabat yang
mengada-ngada hendak itu ini yang setiap arahannya HARUS dipatuhi. Lagipula dia
sekarang ini pemegang status penumpang sementara. Hendak ke dia dengar lagi
mulut pedas Tuan Scot itu menyindirnya. Tahan lagi ke dia?
“Puan
nak cakap fasal apa?” soal Benjamin sebaik sahaja dia dan Puan Scot,
masing-masing selesa mengambil tempat di kerusi taman bawah cahaya lampu neon.
Puan
Scot menarik nafas panjang. Malam ini akan menjadi malam yang panjang jika
ianya tidak dikendali dengan baik dan jika ia sebaliknya, hasilnya pun
sebaliknya jugalah.
“Pertama
sekali saya nak minta maaf kalau saya dan keluarga saya ada singgung perasaan
Ben,” beritahu wanita itu.
Benjamin
tersentak. Dia pantas menidakkan kata-kata Puan Scot. Kenapa perlu wanita
sebaik ini perlu memohon maaf sedangkan mereka tidak buat apa-apa salah
padanya? Kenapa perlu sampai begitu sekali?
“Ada
Mary cakap sesuatu pada awak,Ben? Fasal Daniel...”
Benjamin
dilanda rasa was-was dan keliru. Pada masa yang sama dia tertanya-tanya. Kenapa
isi rumah Scot ini keliahtan kelam kabut dan sangat berahsia bila ianya
berkaitan dengan Daniel?
“Mary
suruh saya bersosial dengan Daniel...”
“Tu
aja?” soal Puan Scot tidak percaya. Hampir menjerit jugalah dia bila
mendengarkan hal itu. Nasib baik juga dia dapat kawal nada suaranya. Melihatkan
Benjamin dengan wajah tidak bersalah mengangguk-angguk, menjawab pertanyaanya,
dia berasa sungguh tidak percaya. Punyalah makcik itu bercakap berdegar-degar
dengannya yang Benjamin sudi membantu mereka dan bermacam-macamlah tetapi gadis
di hadapannya ini tidak tahu menahu lansung akan rancangan gila Mary ini.
Memang nak kena Mary itu! Pening-pening. Patutlah suaminya macam tidak setuju.
Rupanya... Ah!
Benjamin
tiba-tiba rasa bersalah. Yelah, dia tinggal di situ kerana janjinya terhadap
Mary. Tetapi dia tidak bersosial mana pun dengan Daniel. Apa yang dia tahu, dia
mahu sihat dan cepat-cepat ingat kembali siapa diri dia. Dia dah lari dari
tujuan dia tinggal di situ.
Dua-dua
perempuan itu tanpa sedar, mengeluh. Semuanya gara-gara Daniel.
Tiba-tiba
Benjamin terfikirkan sesuatu. Mungkin dengan cara ini dia boleh berbual dengan
Daniel dengan lebih senang. Boleh bersosial seperti yang Mary minta sebagai
balas dia tinggal di situ tanpa perlu dihantar ke hospital.
“Puan...”
“Ya?”
“Boleh
saya tahu kenapa hubungan Daniel dengan Tuan Scot tidak baik?”
Puan
Scot pandang wajah Benjamin tidak berkelip.
“Saya
bukannya nak menyibuk atau apa tetapi saya rasa saya pun berhak untuk tahu
jugakkan memandangkan saya akan menumpang dekat sini untuk seketika. Tak
salahkan?” Takut-takut Benjamin bercakap. Berdebar juga hatinya. Macam tengah
cakap dengan bakal mak mertua? Ish!
“Kalau
macam tu... apa kata Ben tanya sahaja Daniel sendiri? Saya sendiri pun tak tahu
nak cakap yang mana satu punca masalah mereka...”
“Macam
gitu sekali masalah diaorang? Banyak sekali?” celah benjamin tanpa sedar.
Puan
Scot ketawa kecil. “Banyak pun... tak adalah sampai berpecah keluarga. Cuma,
mereka tu keras kepala sedikit... tu yang jadi macam ni,” beritahu Puan Scot.
‘Sikit
ke kalau sampai macam ni?’ soal Benjamin dalam hati.
“Dan
sebab tu jugalah saya nak cakap dengan awak malam ni,” tambah Puan Scot
membuatkan jantung Benjamin yang berlari laju tadi berhenti berdegup. Apa kena
mengena dia dengan masalah anak beranak tu?
“Masa
Daniel kecil dulu, dia dan seorang gadis ini, mereka bertunang.”
Kali
ini Benjamin betul-betul rasa macam tidap sedap. Bila semua perasaan bercampur
baur, badannya jadi kaku.
“Pertunangan
tu satu kesilapan bagi Daniel, bagi saya, bagi keluarga kedua belah pihak
tetapi disebabkan kedegilan Daniel dengan janjinya, saya tak tahu macam mana
caranya untuk ubah pendirian dia. Tambah pula dengan sumpahan dalam keluarga
ini, perkara ini sentiasa buat saya runsing...”
Sumpahan?
“Bila
Mary khabarkan pada saya yang Daniel selamatkan seorang budak lelaki yang jatuh
dari menara jam, saya tidak ambil kisah sangat tetapi bila Mary kata yang budak
lelaki itu seorang gadis... saya tahu, saya dah jumpa jalan kepada masalah
Daniel,” kata Puan Scot dan matanya memandang terus ke anak mata Benjamin.
Gadis itu terkebil-kebil. Tiba-tiba dia sedar.
“Saya?”
Puan
Scot meraih jemari Benjamin. Besar harapannya jika Daniel dapat lari dari
janjinya tetapi dia tahu, bukan senang untuk Daniel lari dari rintangan itu
juga. Lebih-lebih lagi jika ianya dipandu oleh Benjamin. Walaupunbegitu suaminya
tidak berapa berkenan dengan gadis di hadapannya.
“MACAM
mana kesihatan kamu? Sihat sepenuhnya?” soal dia pada hari pertama dia bertemu
Benjamin empat hari lepas. Gadis yang kelihatan selesa dengan kemeja, kashmier
kardigan, berseluar slack dan berkasut potong itu dia lihat atas bawah. Bukan
dia sahaja yang melihat gadis itu begitu, suaminya, anak menantu dan cucunya
juga begitu.
“Disebabkan
saya terima rawatan yang rapi dan sepenuh perhatian dari Daniel... saya rasa
sihat dan bertenaga. Terima kasih atas layanan dan hospitaliti yang baik,” ucap
Benjamin penuh sopan walaupun dalam hatinya gugup tidak menentu. Dia berharap
sangat Julie ada bersamanya tika ini. Tidaklah dia rasa macam nak lari tidak
cukup tanah.
Puan
Scot dan keluarganya ketawa kecil. Benjamin senyum. Walaupun badannya tidak
berisi... rupa seperti mayat hidup yang berjalan tanpa roh, bila gadis itu
senyum, Puan Scot dapat kesan yang Benjamin punya senyuman yang menawan. Dia
mahu tahu lebih banyak tentang gadis ini, nama, tempat asal, keluarga, umur...
“Memang
nama Benjamin ke?” soal Vincent, terus dan tiada belok-belok.
“Itu...”
Benjamin berfikir. “Nama Benjamin tu, ikut cerita Daniel, nama yang ada pada
baju yang saya pakai pada tempoh hari. Jadi saya tak tahu nama tu benar atau
tidak. Maaf sebab saya memang tidak ingat apa-apa lagi tentang diri saya,”
jujur dia menjawab.
“Susahlah
kalau macam tu...” keluh Tuan Scot pula.
“Abang
ni kenapa pula?” marah Puan Scot. Dia memang betul-betul berkenankan Si
Benjamin ini. Dia dapat bayangkan rupa gadis itu yang berwajah sihat, dalam
pakaian yang betul...
“Susahlah
kalau nama sendiri dia tak tahu. Siapa mak bapak dia? Mana asal usul dia? Awak
ingat orang tak tanya ke nanti kalau awak nak jadikan dia sebahagian dari
kita?” bisik Tuan Scot. Nadanya seperti tidak berapa suka. Baginya apa yang
penting ialah maruah keluarga. Dia tidak kisah jika Benjamin itu seorang fakir
miskin sekalipun, yang penting tahu asal usul. Kerana, jika perkara seperti itu
pun tidak tahu, bukankah dia sebagai ketua keluarga, membuat keputusan dengan
membabi buta, kahwinkan anak dengan siapa-siapa sahaja asal rela?
Puan
Scot mengetap bibirnya. Kata suaminya ada benar. Kehadiran Benjamin terlalu
misteri. Dia tahu Daniel tidak ceritakan sepenuhnya kapada dia bagaimana dia
boleh betul-betul berjumpa dengan Benjamin. Anak lelakinya itu walaupun nampak
sahaja begitu, tetapi bukanlah kaki penyibuk. Dia mengambil berat terhadap
orang sekeliling. Jika ianya tidak terlalu membabitkan dengan dirinya, Daniel
pandai untuk menjauhkan diri dari melibatkan halnya ke dalam sesuatu perkara.
Kalau
anak orang jatuh menara jam, Daniel boleh sahaja serahkan hal ini pada pihak
polis, hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ini tidak. Sukarela jaga
entah siapa-siapa. Dia butakan mata tentang hal itupun kerana Mary beritahunya
yang budak Benjamin ini bersetuju untuk ikut rancangan mereka.
Tuan
Scot berdeham kuat. Puan Scot tersentak. Dia lihat anak lelakinya, Vincent kini
mengambil alih perbualan mereka yang tadi kelihatan tergantung.
BENJAMIN
berjalan lemah menuju ke biliknya. Untuk ke berapa kali dia mengeluh lemah.
Mengenangkan yang selama ini dia bersetuju atas perkara yang bukannya mudah.
Bila dia fikir bersosial... sosiallah. Berbual, bermain dan apa sahaja. Tetapi
dia tidak pernah fikir sampai begitu sekali. Gila apa?
Tiba-tiba
tangannya ditarik dari arah kanan. Terus ke bilik Julie.
“Julie!?”
“Shh...”
Julie menutup pintu biliknya. Kemudian dia kunci lalu dia berpaling dan
bersandar pada daun pintu. Tidak mahu rakannya keluar dari biliknya selagi hal
ini tidak di selesaikan.
“Apa
ni?” bisik Benjamin.
“Keluhan
awak tadi tu boleh dengar sampai dalam bilik saya tahu? Apa yang awak
keluhkan?” soal Julie prihatin. Pasti ada kena mengena dengan Puan Scot
memandangkan tadi gadis itu pergi berjumpa dengan wanita itu.
“Puan
Scot marah awak?” duga Julie melihatkan Benjamin diam seribu bahasa.
Benjamin
pandang wajah Julie. Lama. Dia tidak tahu macam mana caranya untuk dia beritahu
pada Julie akan masalah ini. Jika dia beritahu, mungkin Julie boleh bantunya
mana yang patut. Julie dah lama berkenalan dengan keluarga Scot. Entah dia
tidak tahu. Serabut rasanya.
“Ben...
ceritalah dekat saya... Mana tahu saya boleh bantu awak? Apa gunanya saya baik
dengan awak kalau awak tak baik dengan saya?” pujuk Julie. Dia menarik Benjamin
supaya duduk di sofa.
Gadis
itu hanya menurut tanpa banyak cakap.
“Sekarang
cerita dekat saya, apa masalah yang maha berat tu? Apa yang puan cakap dekat
awak sampai macam gini sekali jadinya?”
Benjamin
hela nafas berat. Dia pandang wajah Julie. “Dah berapa lama awak kenal Daniel,
Julie?”
“Jadi
ini fasal Daniel?”
Benjamin
angguk perlahan.
“Lama
jugak. Sejak kami kecil lagi.”
“Sebelum
dia bertunang?”
Julie
tersentak kemudian dalam was-was dia mengangguk. Menjawab pertanyaan Benjamin.
“Apa
nama dia? Tunang Daniel tu...”
“Anita.”
“Dia
baik? Cantik? Kaya? Mesti...”
Cukup!
Julie tarik nafasnya dalam. Rasa seperti ada nanh sahaja yang baharu keluar
dari telingnya mendengarkan Benjamin memuji-muji perempuan bermuka dua talam itu.
“Awak kenapa Benjamin? Cuba cerita
betul-betul dengan saya. Apa kaitannya Anita dan Daniel dengan awak? Apa yang
puan suruh awak buat?!”
Air
mata Benjamin bergenang. Kepalanya berdenyut. Bibirnya menggeletar. “Oh
Julie... dia suruh saya putuskan pertunangan anak dia!”
No comments:
Post a Comment