11
Memang
gila!
“Tak!”
“Ya!”
“Jangan
cakap yang awak setuju Ben?”
Benjamin
menekup mukanya. Air matanya mengalir juga. Bukan sahaja bibirnya menggeletar
malah seluruh tubuhnya. Hanya kerana dia tidak mahu dihantar ke hospital...
hanya kerana orang berbudi... dia diamanahkan untuk memegang watak antagonis.
“Saya
tak sangka yang awak bodoh Ben...”
“Awak
tak perlu cakap, saya dah memang tahu...” kata Benjamin. Dia meraup wajahnya.
“Jadi awak tahu fasal sumpahan keluarga ni? Beritahu saya Julie? Saya perlu
tahu...”
Julie
duduk semula. Dia terkejut bukan kepalang. Hendak kata terkejut sangat,
tidaklah. Mary sudah sebutkan padanya tempoh hari tetapi bila dia dengar
sendiri dari mulut Benjamin, dia jadi panik. Benjamin ialah Allisa. Tiada siapa
untuk Allisa melainkan abangnya. Sudah tu, putuskan pertunangan? Allisa takkan
tergamak. Walaupun Daniel juga satu cerita lain tetapi Allisa... ha...
“Ni
semua sebab janji!” Julie mengalah. Dia mengeluarkan sapu tangannya lalu dia
hulurkan pada Benjamin. Gadis itu menyambutnya tetapi tidak menyapu air mata
yang mengalir. Merenung ke arah sapu tangan kosong membiarkan air matanya jatuh
menitis di atasnya.
“Sumpahan
Scot. Sumpah untuk setia. Ia bermula lama dulu... masa zaman pemerintahan Raja
Philip. Masa itu, perkahwinan tiada makna cinta. Ia antara paksa dan rela.
Semuanya demi maruah. Politik. Ketika itu moyang kepada moyang Daniel, Tuan
Jervis, dia seorang yang berpegang kepada janji tetapi benci kepada perkahwinan
politik dimana suatu hari dia terikat juga dengan seorang gadis bernama Cecille
Reed. Dia anak gadis Raja Philip. Raja Philip sangat berkenankan dengan Tuan
Jervis kerana Tuan Jervis punya karisma yang tersendiri lebih-lebih lagi dalam
dunia politik. Tuan Jervis tiada pilihan lain selain dari bersetuju untuk
menjadi menantu Raja Philip memandangkan ayahnya yang membuat janji dahulu.
Suatu malam Puteri Cecille meminta Tuan Jervis supaya sentiasa setia dan
mencintainya dan Tuan Jervis berpegang pada janji itu walaupun dalam hatinya
dia tiada makna untuk terus berpegang. Tuan Jervis jatuh cinta dengan gadis
lain. Hari pertabalan permaisuri baharu pun tiba dan Puteri Cecille ditabalkan
untuk menjadi pemerintah yang baharu menggantikan bapanya manakala Tuan Jervis
dianggkat menjadi raja. Beberapa tempoh kemudian, berita kecurangan Tuan Jervis
tersebar. Permaisuri Cecille murka lalu dia menjatuhkan sumpahan ke atas
Keluarga Scot yang mereka tidak boleh lari dari sumpah setia sehingga ke akhir
zaman...” cerita Julie. Dia berpaling memandang Benjamin.
Mata
Benjamin lansung tidak berkelip. Segar dan bugar. Apa yang Julie ceritakan tadi
membuatkan dia terfikir banyak perkara. Dia hanya seorang gadis yang kehilangan
identiti yang mana asal usul pun tidak diketahui. Sumpahan yang dikenakan ke
atas keluarga ini tidak mungkin bagi dia.
“Apa
guna saya tolong, Julie... kalau Daniel memang dah tak boleh lari dari
sumpahan? Nak suruh Anita buat sumpah baru? Macam tu?” soal Benjamin tiada
perasaan. Matanya tepat merenung ke pendiang api.
“Kalau
macam tu pergi jumpa semula dengan puan dan cakap pada dia yang semua ni tak
guna. Daniel tu degil dan saya tak nak awak terlibat dengan Anita.”
“Kenapa?”
“Sebab
awak dah bertunang dengan abang saya!” kata Julie laju tanpa dia sedar yang dia
sudah terlebih cakap.
Benjamin
terkedu.
Ah,
terlepas cakap pun terlepaslah. Benjamin patut tahu. Benjamin patut sedar!
“Tolonglah
Allisa. Kembali kepada kami. Abang saya tunggu awak lama. Dia rindu awak
separuh mati. Takkan awak sanggup buat abang saya macam ni? Hm?”
Benjamin
bangkit. Rayuan Julie tidak sedikit pun terkesan di hatinya malah rasa marah
yang amat-amat. Perlahan dia melangkah ke arah daun pintu.
“Allisa!”
“Sudahlah
Julie. Terimalah hakikat yang kawan awak, Allisa bukan saya. Saya tak boleh
jadi kawan awak tu. Kalau macam nilah caranya awak tolong saya... saya rasa ada
baiknya saya fikir sendiri. Selamat malam,” ucap Benjamin lalu dia tutup daun
pintu.
Julie
ketap bibirnya. Darahnya naik. Badannya menggeletar. Dia terlalu tamak.
Tergesa-gesa. Seperti selalu. Sikapnya ini dulu menyebabkan James pergi kepada
kakaknya dan sikapnya kini juga menyebabkan Allisa semakin pergi.
Mana-mana
bantal yang dekat dengan jarinya menjadi mangsa balingannya. Air matanya
mengalir. Jiwanya merintih. Yang dikejar tidak dapat. Yang dipikul tercicir. Sayang
bermakna untuk menyakiti dan disakiti.
LORONG asing lagi sunyi membuatkan langkahnya terbantut. Suasana kawasan kejiranan yang
tidak pernah dia lihat dengan pagar batu yang dibina rapat antara satu sama
lain. Dia cuba mencari tanda-tanda kehidupan di sekelilingnya. Tiada seekor
burung mahupun seerang manusia yang dia nampak berkeliaran di sekelilingnya.
Angin
bertiup lembut. Bunyi lambaian daun kelopak bunga sakura memanggil
perhatiannya. Tika itu baharu dia perasankan sebuah rumah antik gabungan barat
dan timur diperbuat daripada kayu yang berdiri megah antara dua bangunan
tinggi. Ralit dia melihat rumah yang tersegam indah itu, ekor matanya dapat
menangkap figura seorang lelaki keluar dari rumah itu ditemani seekor bun arnab
hitam?
“Sesat
lagi?” tanyanya.
Benjamin
keliru. Dia sesat lagi?
“Sebelum
ni kita...”
Belum
sempat Benjamin menghabiskan ayatnya lelaki itu pantas memotong.
“Bukankah
sebelum ini saya pernah beritahu awak yang buat masa ini, inilah jalan yang ada untuk awak
tiba ke destinasi takdir awak. Kalau setiap kali awak kurang yakin, awak fikir
semula... adakah ini sesuatu yang patut saya lepaskan sedangkan ia memang untuk
saya? Hati dan akal bergerak seiring tetapi hati lebih mengetahui apa yang awak
mahu lebih daripada akal awak.” kata lelaki itu sambil menghisap paipnya. Dia
kelihatan sangat sempoi dengan berdiri santai memeluk bun arnab hitam.
Ayat
yang lelaki itu katakan dan momen ini rasanya seperti pernah berlaku. Satu
flashback. Satu deja vu.
“Betul
tak...” suara lelaki itu antara dengar dan tidak. “... Cik...”
MATA
Allisa terbeliak tiba-tiba. Satu persatu memorinya kembali padanya. Tidak memberi
satu peluang sekalipun untuk dia bernafas. Semua hadir dalam sekelip mata.
Peluh yang mengalir di kedua belah wajahnya di sapu rakus. Dia melihat
sekelilingnya. Sebuah bilik asing. Sedikit pelik dengan suasana baru di hadapan
matanya. Memori terakhirnya ialah dia berada di biliknya, di istana.
Allisa
panik. Dia pantas menolak selimut tebal yang membalutinya. Tuala mandi yang
tersidai di panyangkut di capai. Lalu tanpa berfikir dua kali dia keluar.
Bungkam.
Dia betul-betul tidak tahu di mana dia berada. Bibirnya menggeletar. Kakinya
mula berlari mengikut kata hati.
“Juliane!”
panggilnya.
Dia
takut. Dia tidak pernah melangkah keluar dari Brynn. Paling jauh ialah Pulau
Sreopynn.
“Julie!”
Air matanya mengalir. Dia tidak tahu ke mana dia berlari. Ke manakah dia
melangkah?
“Allisa?”
Allisa
berpaling. Julie berdiri di ambang pintu dengan mata antara buka dan tidak. Dia
dalam pakaian tidur kegemarannya.
“Jul!”
Allisa terus berlari mendapatkan sahabatnya lantas dia memeluk erat tubuh . Dia
keliru tetapi pada masa yang sama dia lega. Lega sangat-sangat.
“Allisa?”
Julie tidak tahu hendak kata apa. Dia terkejut dan keliru. Dia yang selama ini
pasti Benjamin itu Allisa kini berasa salah. Dia ternampak Daniel berdiri tidak
jauh dari mereka dengan wajah cemasnya.
“Kenapa
Julie?” soalnya.
Allisa
berdiri tegak. Dia berpaling melihat Daniel. Automatik dia meraih tangan Julie
lalu menyorok di sebalik tubuh Julie. “Jul, siapa tu?” soalnya takut-takut
membuatkan Daniel berhenti merapati mereka. Sedikit tergamam dengan soalan
Allisa. Dia memandang Julie minta penjelasan. Gadis itu pula mati kata.
Tersekat di tengah-tengahnya.
“Jul!”
“Julie?”
Dua-dua
mendesak Julie memaksa gadis itu antara mahu dan tidak untuk menjadi sedikit
panik.
“Pengawal!
Pengawal!” jerit Allisa tiba-tiba. Kepalanya berdenyut, nafasnya tidak menentu.
Dia bertindak menjauhi Julie. Selagi dia tidak mengetahui status kedudukannya,
selagi itu dia panik!
“Allisa!”
jerit Julie bila sahabatnya itu tiba-tiba rebah.
BERAT
rasanya untuk dia membuka kelopak matanya. Berat lagi beban di kepala. Bila dia
cuba bangun sedikit, rasa seperti melayang seakan-akan tarikan graviti bumi
terlalu kuat sehingga dia tidak mampu untuk bangkit. Dia lihat sisi katilnya.
Julie tertidur dengan bertongkat tangan. Tersengguk-sengguk seperti burung
belatuk. Dahinya berkerut. Perasan yang dia berada di dalam sebuah bilik yang
asing. Dia cuba mengingati insiden yang berlaku sehingga dia berada di sini.
Perlahan memori dia yang berada dalam keadaan panik dan terjerit-jerit timbul. Satu
keluhan berat terbit di bibirnya. Dia intai jam loceng yang berada bersebelahan
dengan katil.
Enam
pagi.
Perut
berkeroncong minta diisi. Tekak yang kering semakin terasa. Tetapi nak bangun,
beratnya badan tuhan sahaja yang tahu.
Sekali
lagi perutnya berbunyi. Kepala Julie jatuh beralaskan tilam empuknya. Melompat
jantungnya saat itu. Mata Julie bergerak-gerak. Pantas dia merebahkan semula
badannya dan buat-buat tidur. Dia dapat rasakan yang Julie bergerak-gerak
seperti merangkak ke atas katil dan bam! Gadis itu mengambil tempat yang selesa
untuk tidur yang enak.
Allisa
menghembus nafas lega. Berhati-hati dia bangun dan menyelimuti tubuh
sahabatnya. Tuala di ampaian dia capai. Terdengket-dengket dia ke daun pintu
dan tiba-tiba dia berhenti. Matanya terperasankan sesusuk tubuh seorang lelaki
baya-baya Juliane, tidur di sofa. Dengan mimik muka yang tidak senang, lelaki
itu seperti mencuba untuk tidur di situ juga. Allisa was-was. Dia lambai-lambai
tangannya di hadapan wajah lelaki itu namun lelaki itu tidak memberi sebarang
riaksi.
Dia
tertanya-tanya siapakah lelaki ini. Seperti dia mengenali lelaki ini tetapi dia
tidak capai siapa.
Kali
ini perutnya berbunyi. Seperti tidak sabar-sabar untuk diisi. Lantas, dia pergi
mencari dapur.
Kakinya
laju sahaja mengatur langkah dari satu ruang ke satu ruang yang lain seperti
dia sudah biasa dengan reka dalaman rumah ini dan akhirnya dia jumpa juga
dapur.
“AWAL
kamu bangun Ben,” tegur seorang wanita tua yang lengkap berpakaian pembantu
rumah bewarna hitam dengan apron putih.
“Hah?”
Allisa bingung. Terkejut pun ada. Siapa Ben? Kenapa pembantu rumah itu seperti
bertanya kepada dia?
“Nak
macam biasa?” soal pembantu rumah itu lagi.
Entah
kenapa Allisa anggukkan sahaja kemudian dia pandang belakangnya. Tengok-tengok
jika betul ada lelaki yang bernama Ben. Tetapi tiada siapa.
“Nasib
baik makcik dah buatkan awal-awal untuk kamu sebab tahu dah kamu ni jenis
bangun awal. Tuan muda tak bangun lagi ke? Malam tadi dia berjaga tengokkan kamu.
Dah sihat ke?” Pembantu rumah itu memandang Allisa yang kelihatan
terpinga-pinga itu. “Ben? Kamu okey tak?” Dia menghulurkan semug coklat panas.
Allisa
teragak-agak menyambutnya. Mug yang dipegangnya berasa suam-suam kuku seperti
yang dia sukakan. Dia pandang wajah makcik itu. “Erm... terima kasih,” ucapnya
kemudian dia pergi. Takut jika pembantu rumah itu bertanya banyak lagi.
Sampai
sahaja di hadapan tangga dia berhenti berjalan. Hendak balik ke bilik, hatinya
tidak mahu. Duduk di dapur, takut dengan pelbagai persoalan dari bibir wanita itu.
Dia mendongak memandang tangga. Dia seakan-akan ternampak jejak bayang seorang
lelaki menaiki tangga ini menuju ke satu arah dan dia seperti terikat kaki dan
tangan mengikut bayang itu.
Setiap
lorong yang di lalui dia berasa yang dia patut berpatah balik tetapi hatinya
kuat menyuruhnya melalui jejak bayang itu dan sehinggalah dia tiba di hujung
lorong T. Sepanjang lorong berhadapan dengannya itu, dibaris cermin tingkap
yang tinggi yang menghadap ufuk timur di mana cahaya matahari perlahan-lahan
naik. Kemudian dia sedar, dia pernah lalui kawasan ini, dia pernah berdiri di
sini. Melihat matahari terbit. Ianya satu deja vu.
Kemudian
dalam deja vu itu, ‘dia’ sedang mencari pintu ke satu tempat. Dia pantas
melangkah menuju ke tempat itu.
“BENJAMIN?”
Allisa
berhenti berjalan. Matanya tertumpu kepada wajah Daniel yang merah dan penuh
keriasauan. Hatinya gugup.
“Itu
awakkan Ben?” soal lelaki itu.
Allisa
berpaling ke belakang. Rasanya sepanjang hari ini orang-orang sekelilingnya
asyik memanggil dia Benjamin tanpa sebab!
Tiba-tiba
lelaki itu berlari memanjat anak tangga dan terus memeluk tubuhnya erat.
Mug
di tangan Allisa terjatuh. Badannya kaku bila dia dipeluki oleh seorang lelaki
yang dia tidak kenali.
“Kemana
aja awak pergi? Tahu tak betapa risaunya kami mencari awak sepanjang hari ni?!”
marah Daniel.
“Saya...”
Mata Allisa dapat menangkap kelibat Julie di hujung tangga memandangnya dengan
pandangan yang sukar dia mengerti. Allisa serba salah. Bukan dia yang mahu
memeluk lelaki ini tetapi dia dipeluk secara tiba-tiba! Allisa menolak Daniel
lalu mengutip mug yang sudah kosong it menuju ke arah Julie.
“Jul
tolong jangan salah faham. Saya tak...”
‘Pang!’
“Julie!”
Allisa
memegang pipinya. Berasa yang dunianya berhenti berputar. Sahabatnya sendiri
menampar dia di hadapan penonton. Dia tahu dia bersalah tetapi tidak perlulah
sampai begini.
“Bodoh...
Perempuan bodoh.”
Allisa
memandang Julie. Air matanya bergenang.
“Tahu
tak betapa risaunya kami? Awak tak fikir ke yang tindakan awak ni boleh
menyusahkan semua orang? Awak tak fikir hati saya? Abang saya? Lari bila ada
masalah...” leter Julie. Gadis itu sudah menangis.
Allisa
tergamam. Dia tidak sengaja. Tidak berniat pun. Dia tertidur. Dia sendiri pun
tidak tahu kenapa ketika itu dia boleh berasa begitu penat sangat selepas
menjumpai bilik rahsia itu.
“Beritahu
saya. Apa nama awak?” soal Julie tiba-tiba.
Sekali
lagi Allisa tercengang.
“Julie
apa yang awak buat ni. Ramai orang tengok...” bisik Daniel yang entah bila
boleh berada di sebelah mereka.
“Awak
senyap. Saya tak tanya awak!”
Allisa
telan liurnya. Dia keliru. “Saya... Allisa Reed.”
Julie
tarik nafasnya. “Umur?”
“15.”
Senyap.
“15?”
Allisa
mengangguk. Salah ke?
Perlahan
Julie hembus nafas berat. Betullah tu. Allisa tidur sewaktu umurnya 15 tahun.
Tiga tahun koma dan kini, Allisa telah kembali. Tepat pada waktunya. Dengan
segala kudarat yang ada, dia menyapu air matanya. “Mari sini...”
Mereka
berpelukan. Mereka menangis sehingga terduduk, tidak menghiraukan pandangan
mata yang memandang. Tidak mengendahkan kekeliruan Daniel. Mereka ialah dua
sahabat baik yang terpisah dek waktu dan keadaan, bersatu.
No comments:
Post a Comment