Thursday, May 14, 2015

Mimpi 16

16

“Tak apa Daniel kami boleh kawal Juliane dari sini. Awak tak payah risau. Selamat malam...” Suaranya terngiang-ngiang dalam kepalanya sepanjang dia sedar pagi itu. Dengan nada suara yang dingin dan pandangan yang tajam, dia halau Daniel dengan perasaan yang sebal. Terselit juga rasa kasihan tetapi yang selebihnya, rasa marah dan jengkel. Apa yang Daniel fikir dia perempuan jahat yang sanggup tinggalkan tunang sendiri?

“Awak betul-betul cintakan dia?” ajuk Allisa. Tangannya sibuk menyikat rambutnya yang sedikit panjang di bahagian hadapannya itu. “Mestilah! Kalau tak, kau ingat aku nak ke bertunang dengan dia? Psiko!” herdik Allisa dengan nada yang rendah takut mengejutkan Julie yang keletihan menjaga Juliane sepanjang malam. Lelaki itu dalam tidurnya, akan bergerak-gerak dan berjalan tanpa arah. Kemudian dia akan muntah tetapi sedikit dan kebanyakan muntah Juliane mereka terpaksa jolok kerena lelaki itu menahan muntahnya dari keluar. Kepenatan menjaga Juliane sepanjang malam, membuatkan dia dan Julie rebah di bilik Julie tanpa gadis itu sempat menukar pakaian dan tidur dengan bau muntah.

Allisa menjenguk Juliane bila dia perasan lelaki itu bergerak-gerak sedikit. “Awak dah sedar? Nak air? Saya pergi ambil,” katanya sambil cuba membantu Juliane bangun. Lelaki itu memegang lengan Allisa kejap. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum mendarat ke wajah Allisa yang sudah bersih dan segar itu.

“Mimpi sampai bila bangun pun nampak sayang saya...” katanya masih mamai lagi.

Allisa ketawa. Dia usap wajah Juliane. “Bukan mimpilah... Ini realiti.”

Lelaki itu memegang tangan Allisa. Dia menggengamnya kuat. Matanya jelas melihat wajah Allisa yang tersenyum manis di sisinya. Memori yang berlaku semalam menerjahnya. Dia tertawa sinis. Tindakannya semalam mengundang perasaan malu yang bertimpa-timpa. Lebih-lebih lagi bila dia separa melamar Allisa dalam keadaannya yang serba tidak kena. Rasa seperti teruk pun ada. Pasti malam tadi, Allisa terkejut. Kasihan dia. Juliane intai tunangnya. Terukir senyuman tanpa dia sedar.

“Hmm... patutlah. Allisa yang saya mimpikan malam tadi berbeza dengan Allisa yang saya sekarang. Sedihnya...” cendanya berniat mahu mengusik kekasih hati. Memek muka dikerut-kerutkan supaya lakonannya menjadi.

“Apa?” soal Allisa dengan nada jengkel.

“Yelah, Allisa saya macam bidadari. Yang ada depan saya ni orang lain...” Juliane mengusiknya lagi.

Allisa rentap tangannya dari terus dipegangi oleh Juliane. Terbakar hatinya bila dikatakan begitu. Dia tahulah dia tidak secantik dirinya dahulu. Janganlah nak banding-bandingkan! “Orang lain? Ooo... Awak bangun sekarang. Pergi mandi dan bersiap. Saya nak awak berambus dalam masa 5 minit! Cepattt!” jerit Allisa geram sehingga Julie terkejut dari lenanya sehingga terjatuh dari sofa.

“Apa bising pagi-pagi niii...!” tegur Julie sambil mengurut-urut pinggulnya yang terasa sengal. Dia mengintai jam dinding di belakang sofa. “Hisy! Baru pukul 6.30 lah. Tolonglah! Asal jumpa je bergaduh. Ada jugak yang tidur kat luar nanti!” bebel Julie tidak selesa sambil memanjat semula ke atas sofa. Habis kain muslin dan kain dalamnya berkerumut teruk sehingga kain satinnya juga lari dari posisi.

Allisa ketap bibirnya. Dia menjeling Juliane. Dia tidak terasa pun dengan teguran Julie lagipun dia sedar yang dia tadi terlampau marah sampaikan menjerit tak sedar diri.

“Meh, saya gurau jela. Janganlah marah sayang. Teman saya tidur eh?” pujuk Juliane selamba dengan nada yang meleret-leret. Dia fikir Allisa akan cair dengan pujuk rayunya?

“Taknak! Awak fikir-fikirlah apa salah awak kat saya. Selagi awak tak sedar, awak jangan nak panggil saya sayang. Saya nak pergi balik bilik saya,” umum Allisa dan menghentak kaki menuju ke biliknya meninggalkan Juliane yang sudah ketawa mengekek. Nasib baik dia dapat mengawal kemarahannya bila dia menutup pintu.

Lepas seorang-seorang buat masalah dengan dia, fikirnya. “Semua laki sama je!” bentak Allisa tanpa maksudkan kata-katanya. Sekadar melepaskan rasa geram yang terbuku kerana asyik dibuli dengan senang.


SARAPAN pagi itu, Allisa masih lagi tiada hati ingin melayan sesiapapun melainkan mereka; selain daripada Daniel mahupun Juliane. Matanya lansung tidak bertemu pandang dengan kedua orang lelaki itu yang jelas sekali cuba meraih perhatiannya dengan cubaan  untuk berbual. Bila dia kerap kali mengelak untuk menjawab, ahli yang lain mula timbul rasa syak bila perkara itu nampak ketara ketika Juliane yang tidak pernah bosan untuk cuba memujuk.

“Ada apa-apa yang berlaku ke antara Allisa dan Juliane? Awak berdua ada bergaduh ke pagi tadi?” soal Adella selepas cuba membetulkan tangan anaknya yang cuba memegang sudu. “Sebabnya pagi tadi akak rasa macam ada orang menjerit...” tambahnya lagi.

Allisa dan Juliane berpandangan. “Tak adalah,” jawab si lelaki. Gadis itu hanya menampal senyuman palsu.

“Uhuk!” Julie buat-buat batuk. Namun begitu dia cepat-cepat mencapai cawan berisi air suam untuk melegakan kerongkongnya yang kononnya yang tersekat. Ringan sahaja mulut ingin menceritakan hal yang sebenarnya tetapi bila ekor matanya dapat menangkap renungan tajam sahabatnya yang duduk di sebelah, dia matikan hasratnya itu. Mungkin ada lebih baik jika dia diamkan sahaja perkara itu. Untuk kebaikan semua orang.

“Kalau ada gaduh pun, biarlah. Gaduh manja je tu,” celah Puan Scot bersama tawa. “Macam dia dulu tak selalu gaduh dengan Vince,”ceritanya membuka kisah lama.

“Mama!” kata Adella dengan wajah yang merah. Vincent pula lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu, meja makan ini akan meriah dengan dengan celotehnya. Apa agaknya yang mengganggu minda suaminya sehingga malam tadi pun, berpewatakan pelik. Dia perasan juga yang Daniel juga cuba untuk buka perbualan dengan Allisa walaupun tidak seaktif Juliane, tetapi disebabkan dia ini seorang yang sensitif dengan perkara yang sekeliling, dia jadi kasihan pada budak itu. Tetapi jika dia berada dalam situasi Allisa sekalipun, dia akan pilih untuk setia walaupun pihak perempuan yang lebih sesuai untuk membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan. Pasti ada sebab kenapa Allisa bertindak untuk setia.

“Lepas ni nak pergi mana? Kamu bertiga pakai cantik-cantik ni,” tanya Puan Scot melihatkan adik beradik Graham itu kemas berpakaian juga Allisa; yang masih setia dengan pamekaian kasual untuk lelaki.

Julie menyapu mulutnya dengan napkin. Hidangan kacang merah bakar dengan sos tomato, telur hancur, dua keping roti bakar dan segelas jus oren cukup membuatkan perutnya kenyang. “Abang kata dia nak tengok kedai, jadi tengah hari ni kitaorang fikir nak makan di Fredrick sahaja,” beritahu gadis itu.

“Nama sahaja kedai tu saya punya tapi saya sendiri tak pernah tengok macam mana rupanya. Adik saya yang selalu jaga-jagakan,” tambah Juliane. “Lagipun, Allisa juga nak tengok macam mana rupa kedai Julie. Dia tak pernah turun ke Darmadin sebab selalu terkurung kat is – ”

“Acho!” bersin Julie pula kali ini. Walaupun kedengaran seperti dibuat-buat, dia tebalkan mukanya. Nampaknya dia kena tingkatkan kemahiran berlakonnya. Nasib baik dia sempat halang mulut tempayan abangnya itu jika tidak heboh pula rasanya rumah agam ini bila mereka semua dapat tahu si Allisa ini orang kerabat. Bukan main susah lagi dia cuba menutup lubang Allisa walaupun seringkali diasak pertanyaan dari Puan Scot semasa di majlis semalam.

Juliane ketap giginya. Boleh pula dia lupa akan amaran tunangnya agar menyimpan rahsia. Semua mata sudah memandang mereka berdua beradik. Allisa pula memandangnya seperti hendak melahapnya saat itu juga. Ini tak boleh jadi!

“Haha, maaflah sebab adik saya ni dia ada resdung sebab tu pagi-pagi dia batuk-batuk, selsema. Harap tak mengganggu selera semua,” kata Juliane selamba cuba mengalihkan perhatian mereka. Matanya mengisyaratkan pada Allisa untuk turut serta dengan helahnya. Kalau tak nak terbongkar rahsia, baik tolong! Kata Juliane seperti gadis itu dapat mendengar apa yang dia katakan di dalam hatinya.

“Ha’ah. Kesian Jul sebab dia tak tahan sejuk dan dia juga perlukan tidur yang cukup. Agaknya dia tak cukup tidur tu yang dia meradang tu. Agaknya salah siapalahkan?” Di hujung ayatnya Allisa selitkan sekali ketawa mengejek. Inilah peluangnya hendak kenakan Juliane. Biar puas hati dia!

“Oh yeke? Saya tak tahu pun. Kenapa tidur lambat semalam, Julie?” soal Vincent tampak prihatin. Terserlah ciri-ciri seorang abang walaupun dia semalam juga ada menyusahkan isterinya.

Julie tidak fikir dua kali terus sahaja menjawab. “Abang kalau dia mabuk, dia jadi pelik sikit. Dia akan berjalan dalam tidur sambil bercakap-cakap. Sebab tu saya kena jaga dia, kalau tak huru hara rumah ni malam tadi,” jelas Julie serba sedikit tentang kepelikan Juliane dan meninggalkan bahagian paling dia tidak mahu ingat saat ini agar dia juga tidak muntah seperti abangnya malam tadi. Juliane tunjuk muka selamba seolah-olah mereka tidak berbincang fasal dia.

Adella terkejut. “Samalah! Abang Vince pun buat perangai yang serupa macam Juliane. Berapa gelas dia minum semalam?”

“Dua.”

Keluarga Scot ketawa mengekek. Kecuali Daniel yang hanya tersenyum mengejek ke arah abangnya.

“Samalah dengan dia. Bukannya boleh minum banyak. Pengsan,” Tuan Scot membongkar cerita.

“Papa! Sayang!” Vincent memandang wajah bapanya dan Adella silih ganti. “Adoi, jatuh reputasi!” katanya lagi dalam nada yang kesal.

“Papa pengsan ke semalam?” soal si naif Tommy membuatkan seluruh ahli meja makan ketawa.

Allisa menghela nafas lega. Nampaknya masing-masing seperti sudah tidak ambil kisah tentang hal dirinya dan Juliane ataupun kisahnya terkurung di istana.


“WAH, lukisan ni, awak gantung sini?” Allisa berdiri di hadapan lukisan keluarganya yang dilukisi oleh Julie tiga tahun lepas.Di dalam lukisan tersebut adanya dia, berdiri di samping ayahnya sambil memeluk tubuh ibunya sambil tersenyum ceria. Rasa seperti semalam sahaja lukisan itu dilukis. Rasa seperti semalam juga ibu dan ayahnya pergi untuk selama-lamanya.

Julie berdiri di sebelah Allisa. Mindanya teringatkan peristiwa tempoh hari di mana gadis itu hilang ingatan dan bertanyakan siapa dan siapa yang berada di dalam lukisan itu. “Kalau awak nak, awak boleh ambil semula. Ia memang milik awak,” cakap Julie turut memandang ke arah yang sama. Lukisan yang dia ingin hadiahkan pada Allisa untuk harijadinya yang ke 16, terbantut lalu dia letakkannya di sini, kerana Raja Dominick pada waktu itu berhati walang setiap kali melihat lukisan itu di bilik Allisa.

“Awak nak tahu apa yang saya fikirkan masa awak lukis kami?” soal Allisa. Kening sahabatnya terangkat sedikit. Juliane juga sudah berdiri di sebelah Allisa, melihat potret keluarganya.

“Saya fikir, ini ialah yang terakhir. Kali terakhir saya peluk ibu saya, kali terakhir saya berdiri di sebelah ayah saya... ini adalah waktu saya yang paling gembira,” ucap Allisa. Dia membalas pegangan Juliane yang cuba memujuknya supaya tidak bersedih lagi akan kehilangan. Rajuknya pada lelaki itu telah lama dia tolak tepi. Tak guna dia nak panjang-panjangkan marahnya kerana dia tiada lagi tempat untuk meluahkan rasa sedih melainkan pada lelaki itu juga... dan pada Julie. Mereka sahaja dia dia ada sepanjang dia membesar. Ibu dan ayahnya tidak punya kemewahan dalam meluangkan masa bersamanya walaupun dia tahu mereka berusaha untuk berbuat begitu. Jadi dia cuba untuk memahami mereka, cuba untuk memahami posisinya sebagai seorang puteri mahkota walaupun dia enggan untuk mewarisi. “Saya rasa ada baiknya juga lukisan ni kekal di sini. Jika ia pulang ke rumah saya, pulang ke Brynn, segala memori bahagia yang saya ada bersama mereka, cukup banyak dengan segala memori duka yang saya ingat.” Dia tarik nafas sedalam mungkin. Bibirnya diketap. “Jadi saya fikir, saya nak tinggal di sini untuk sementara waktu sehingga memori saya pulih. Juliane tolong beritahu atuk saya boleh?”

Julie dan Juliane saling berpandangan. Mereka terpaku mendengar pengunguman tiba-tiba dari Allisa.

“Ta... tapi kenapa tiba-tiba?” soal Juliane yang terlebih dahulu sedar dari rasa terkejutnya. Tangannya memegang kedua belah bahu Allisa. “Awak nak tinggal sini sehingga memori awak pulih? Berapa lama masa yang saya perlu tunggu sehinnga awak pulih? Nanti awak nak tinggal mana? Jangan kata awak nak tinggal dengan Scot?” soalnya lagi kali seperti butir peluru yang dilepaskan tanpa henti.

Mata Allisa terkebil-kebil memandang lelaki itu. Malah dia dapat rasakan hampir kesemua pelanggan kedai ini memandang ke arah mereka; walaupun hanya empat orang. “Sa... saya tak tahu bila saya akan pulih. Doktor Harper sendiri juga cakap yang sama dan fa... fasal tempat tinggal, mestilah saya pindah tempat lain. Saya tak boleh menumpang selama-lamanya dekat situ,” balasnya sedikit menggeletar dek sergahan Juliane. “Lagipun, saya fikir perkara ni masak-masak. Untuk pulang ke Brynn tanpa mengetahui sebab kenapa saya lompat tingkap hospital, awak taknak tahu ke Juliane?”

Pada waktu itu keadaan menjadi senyap antara mereka. Terlalu senyap sehingga Allisa berasa bersalah sehinggalah Juliane buat keputusan drastik juga.


“Okey.” Sejurus itu Juliane pergi. Tak tahu kemana dia tuju membuatkan Allisa bertambah-tambah rasa terbeban. 


No comments:

Post a Comment