Saturday, May 16, 2015

Mimpi 18

18

Allisa melepaskan tangan Julie. Kepalanya terasa berat dan dia benar-benar ingin berada di atas katil dan diulit selimut yang lembut tetapi bila lidah dan tekaknya kering, dan hatinya masih membara dengan kata-kata lancang Daniel.

“... drama petang percuma ni memang membosankan. Penuh air mata. Membazir masa aja!”

Allisa ketap giginya. Badannya menggeletar penuh amarah. Apa masalah lelaki itu sampai perlu cakap sebegitu? Apa salah dia sampai Danial layan dia macam ini? Lebih lagi kalau sekalipun bosan, tak perlulah nak komen apa-apa! Apa hak Daniel nak cakap seperti itu?

“Dah-dahlah All. Tak guna nak berdendam dengan orang macam dia.” Julie tepuk bahu Allisa. Terkejut juga dia bila mendengarkan kata-kata berbisa Daniel. Hah! Jangan kata yang dia tak pesan awal-awal pada Daniel. Sekarang rasalah sakitnya cinta bila tak berbalas. Dan Allisa... Julie tersenyum bangga. Dasyat! Apapun Daniel memang layak untuk disimbah dengan seteko air teh. Kalau Allisa tak buat, dia memang akan lakukan. Tapi tanpa sapu tangan tu... Allisa terlalu baik untuk beri sapu tangan supaya lap semula muka Daniel yang tak sememeh dengan air teh tu.

Allisa memandang pelik sahabatnya yang terangguk-angguk itu. Entah apa yang dia fikirkan, Allisa tidak tahu. Yang pasti dia nak segelas air masak.

“Awak pergilah dulu, saya nak minum,” beritahunya.

Kening Julie terangkat. Bukankah dalam bilik ada di sediakan air? Melihatakan wajah sembap Allisa, dia serta merta tersenyum. Gadis itu ingin bersendiri mungkin. Lalu Julie naik dulu ke biliknya dan Allisa melangkah ke dapur demi menghilang api yang marak di hatinya sehingga membakar ke ulu tekaknya. Dia berharap sangat yang dia mampu lupakan dendamnya pada Daniel sepeti yang Julie pinta namun, apakan daya bila ayat-ayat berbisa itu terus berkumandang dalam fikirannya. Bukannya dia mahu untuk buat sebabak drama petang depan orang ramai. Dia ada maruah dan dia juga manusia. Jika benar dia cintakan Juliane, dia akan cuba sedaya upaya untuk jernihkan kembali hubungan yang keruh? Sanggup ke dia berhadapan perpisahan yang sedih seperti ini dan bila dia kembali ke Brynn, mampukah dia berhadapan dengan lelaki itu tanpa rasa kekok? Sedangkan pergaduhan yang berlansung selama beberapa hari pun membuahkan rasa yang tidak selesa.

Sedang Allisa mengelamun jauh mengingati setiap satu peristiwa yang berlaku, ekor matanya menangkap cahaya jingga yang menerjah ke tingkap dapur. Berhati-hati dia letak gelasnya di atas meja lalu bergerak ke ambang pintu dapur, mata kekal ke hujung ufuk; melihat matahari terbenam. Tidak semena-mena air matanya kembali bertakung. Entah kenapa dia teringatkan mimpinya tempoh hari. Tentang seorang kanak-kanak perempuan yang cuba sedaya upaya untuk mengembalikan semangat ibunya yang semakin pudar dek di tinggal suami tercinta. Suasana mimpinya yang berada di sebuah pantai di waktu matahari terbenam, tidak ubah seperti cahaya yang terpancar sekarang.

Konsentrasinya terganggu apabila dia terdengar derap langkah seseorang memasuki ruang dapur kering itu lantas dia berpaling ingin melihat tuan derap kaki yang cermat dan teratur itu.

‘Splash!’

Dia memandang gadis di hadapannya itu dengan rasa tidak percaya. Seluruh wajahnya dan sebahagian baju kardigannya lencun akibat disimbah segelas air masak oleh gadis yang lansung dia tidak sangka akan berada di hadapannya.

Anita tersenyum sinis. Kemudian dia buat muka kesian dengan wajah naifnya itu. Dia pandang wajah Allisa atas bawah. Perempuan seperti inikah yang Daniel suka? Sungguh memalukan. Berambut pendek, biadap dan lansung tiada kesedaran fesyen semasa. Dia mendengus, rasa tercabar. Tangannya disilang.

“Maaf, tersadung. Awak tak apa-apa?”  Dia mendekati Allisa agar dia dapat melihat wajah itu lebih dekat. “Saya tak bermaksud nak biadap tetapi bila orang lain dah buat onar dulu, takkan nak tengok je?” Jemarinya membetulkan rambut depan gadis itu yang masih lagi menitik air masak yang dia simbah.

Allisa terkedu. Dia tidak faham tujuan Anita bertindak biadap dengan dia. Gadis ini nampak keseluruhan ceritanya, jadi kenapa perlu bermain kotor dengannya? Hanya kerana dia simbah air teh pada Daniel, Anita berdendam dengannya? Tak logik! Jika ya pun, hanya perlu mohon maaf sudahlah.

Dia tidak mahu memanjangkan perkara ini lalu memohon maaf atas ketelanjurannya tadi.

Gadis berambut kuning keemasan dengan mata biru awan itu menggeleng-gelengkan kepalanyaa sambil ketawa kecil. Kedengaran menakutkan di pendengaran Allisa.

“Kenapa minta maaf? Saya tak marah pun fasal hal tadi. Malah saya gembira bila awak buat macam tu. Sekurang-kurangnya saya dapat jawapan yang saya cari-cari. Tetapi tentulah...” Anita jeda. Dia berjalan menuju ke ruang hadapan semula kemudian dia berpaling memandang Allisa. “... sebagai tunang keluarga Scot, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tapi saya tak adalah sejahat tu... kiranya sekarang ini kita seri. Selepas ni, tak ada lagi diskaun.”

Allisa cuba mencerna apa yaang Anita cuba sampaikan. Dia mahu bertanya lebih lanjut tetapi dia biarkan sahaja Anita pergi dahulu. Suatu hari nanti dia akan tahu juga. Dia dapat rasakan yang jika dia tersilap langkah, gadis yang dia sangkakan baik dan naif itu akan buat sesuatu yang dia takkan jangka. Allisa mengeluh. Macam-macam ragam dalam satu hari. Tidak pernah dia rasa serabaut seperti ini di Brynn. Dia pun tak pernah bergaduh dengan Juliane selama ini. Sehingga menjerit-jerit.

“All...”

“Makcik?”

Mary takut-takut mengambil tempatnya bersebelahan Allisa. Wajahnya tidak senang.

“Makcik kenapa?” Allisa mula dihinggap tanda tanya. Dia bersandar pada meja, mendekatkan wajahnya pada Mary agar dia dapat dengar butir bicara wanita itu dengan lebih jelas. Dengan cara ini juga menunjukkan yang seseorang itu memberikan sepenuh perhatian dan mengambil seirus akan percakapan lawannya.

“Makcik nak minta maaf yang makcik curi dengar perbualan kamu dengan cik muda tadi. Makcik tak sangka dia macam tu.”

Allisa tersenyum sumbing. Dia taknak Mary ambil serius akan apa yang Anita perkatakan padanya tadi. Sememangnya keadaan sekarang ini boleh menimbulkan salah faham orang tetapi ia bukannya perkara besar. “Makcik jangan risaulah. Mungkin salah saya sebab dah salah pijak lubang tapi ianya bukan apapun,” jelasnya. Berharap sangat Mary termakan kata-katanya walaupun dia sendiri tak pasti.

Mary mengerutkan dahinya. Dia bertambah susah hati bila anak gadis di depannya mengambil mudah akan perkara macam ini. “Makcik rasa dia cemburu dengan kamu.”

Ketawa gadis itu meletus. Dia bukannya nak biadap atau apa tetapi tak masuk akal. Apalah si Anita yang punya segala kecantikan, kemewahan dan kebebasan itu hendakkan cemburu dengan dia yang segalanya berlawanan? “Maaf,” ucapnya bila dia berpeluang untuk bercakap. Dia tutup mulutnya agar dapat berhenti ketawa. “Tapi saya tak fahamlah, apa yang dia nak cemburukan dengan saya? Dia cemburukan hubungan saya dengan Juliane ke?” tekanya walaupun lansung tak masuk akal.

Wanita itu memandang Allisa dengan geram. Orang risaukan dia, boleh pula dia main-main. Dia bukannya buta lagilah pekak. Dia lihat semuanya dari mula sehinggalah tadi. Dia bukannya tua sangat tetapi cukup untuk mentafsir setiap renungan orang yang berada di situ.

Allisa berhenti ketawa bila mendengar keluhan Mary. Sekarang dia rasa tak senang.

“Makcik rasa dia cemburu sebab dia tahu yang Daniel cintakan kamu,” beritahu Mary terus terang. Dia ingin tahu pendapat Allisa terhadap Daniel juga. Personaliti Benjamin dan Allisa, melayan Daniel sangat berbeza tetapi pandangan yang terpancar setiap satu personaliti itu tidak dapat menipu mata tuanya. Hati lebih mengenali tuan dari akal.

“Apa yang makcik cakapkan ni?” Allisa gelisah. Kakinya rasa seperti hendak berlari laju. Asalkan dia tidak terlibat dalam perbualan yang dia anggap lebih gila dari apa yang Anita katakan lebih gila dari apa yang Mary baharu katakan tadi. Dia taknak bincangkan hal ini sekali lagi. Sekali lagi?
Wanita itu mengambil tangan Allisa. Sejuk. Rasa kasihan melimpah ruah di hatinya. “All, tolong jangan nafikannya. Makcik tahu yang kamu sedar akan hal ini. Malah kamu juga rasakan yang samakan? Kamu juga cintakan dia bukan?”

Allisa rentap tangannya. Dia terlalu terkejut. Juliane akan pulang ke Brynn dalam masa tiga hari dan orang-orang di sini dah mula buat anggapan yang bukan-bukan! Jika mereka tahu siapa dia, mahukah mereka fikir sehingga begitu sekali? “Saya harap makcik takkan timbulkan hal ini pada sesiapapun termasuk apa yang makcik dengar sebelum ni. Anggap semua benda sampah ni tak berlaku. Saya masih lagi berbaik dengan makcik sebab selama ni makcik baik dengan saya. Jangan buat saya hilang sabar sepertimana saya hilang sabar dengan Daniel.”

Dia bangkit. Kepalanya berdenyut lagi. Kali ini lebih menjadi-jadi. Dia cuba menstabilkan gravitinya yang mula hilang pusatnya. Dia harus cepat keluar dari sini walaupun dia dah bersikap kurang ajar dengan orang tua tetapi dia tak sanggup berhadapan dengan perasaan yang dia tidak sepatutnya tahu. Semua ini takkan berulang lagi!


“APA guna saya tolong, Julie... kalau Daniel memang dah tak boleh lari dari sumpahan? Nak suruh Anita buat sumpah baru? Macam tu?” soalnya tiada perasaan. Matanya tepat merenung ke pendiang api. 

“Kalau macam tu pergi jumpa semula dengan puan dan cakap pada dia yang semua ni tak guna. Daniel tu degil dan saya tak nak awak terlibat dengan Anita.”

“Kenapa?”

“Sebab awak dah bertunang dengan abang saya!” kata Julie laju tanpa dia sedar yang dia sudah terlebih cakap.

Benjamin terkedu. Bertunang?

“Tolonglah Allisa. Kembali kepada kami. Abang saya tunggu awak lama. Dia rindu awak separuh mati. Takkan awak sanggup buat abang saya macam ni? Hm?”

Benjamin bangkit. Perlahan dia melangkah ke arah daun pintu.

“Allisa!”

“Sudahlah Julie. Terimalah hakikat yang kawan awak, Allisa bukan saya. Saya tak boleh jadi kawan awak tu. Kalau macam nilah caranya awak tolong saya... saya rasa ada baiknya saya fikir sendiri. Selamat malam,” ucap Benjamin lalu dia tutup daun pintu.

Segalanya berputar pantas dalam mimpinya. Apa yang dia lakukan sepanjang dia menjadi Benjamin, mula menerjah satu persatu sehinggalah pada satu bahagian yang dia tidak mahu untuk ingati, yang paling dia takuti.

“Abang Vince!”

Terkejut dia bila dia lihat Vincent berdiri di sebelah pintu bilik Julie, tangan bersilang dengan wajah keliru. Agak payah untuk dia telan liurnya. Kelatnya sehingga dia rasa tekaknya seperti luka di hujung kerongkong. “A... abang dengar ke? Apa yang... kami...” Dia takut. Dia takut yang Vincent dengar akan perbualannya dengan Julie.

Vincent tersenyum nipis. “Maaf abang tak sengaja nak dengar. Tapi hari tu pun awak curi dengar jugakan perbualan abang dengan Danny? Jadi kalau taknak abang salah faham, kisah untuk ceritakan pada abang?”

Dia tak ada pilihan lain selain dari bersetuju dengan cadangan Vincent. Lagipun dia memang berhutang dengan Vincent. Padanlah dia mencuri perbualan orang. Jadi dia bawa Vincent masuk ke biliknya. Pendiang api sudah lama dipasang oleh pembantu rumah dia cuma perlu kekalkan kepanasan bilik ini sahaja.

“Abang... tak nak paksa awak mula dari mana tapi pastikan abang faham cerita awak. Tak susahkan?” cakap Vincent. Dia sudahpun duduk di sebuah kerusi individu yang terletak dekat dengan balkoni tetapi tidak jauh dari pendiang.

Benjamin tarik nafasnya. Permintaan Vincent tidak susah, lelaki itu mahu tahu semuanya dari mula sehingga akhir. Licik. Jadi dia ceritakan semua yang dia tahu. Dari A hingga Z. Dia tak tahu jika Vincent faham atau tidak ceritanya. Lelaki itu hanya mendengar, lansung tidak menyampuk dan dia menjadi terlalu selesa bercerita sehinggalah dia rasa Vincent terperasankan sesuatu dalam cakapnya.

“Jadi kenapa awak nak susah hati?”

Soalan Vincent membuatkan dia bingung.

“Awak tak perlu nak susah hati kerana awak rasa terhutang budi. Abang tak suka nak jadikan orang lain jadi kambing hitam untuk masalah kecil macam ni. Mama ni...” Vincent berasa kesal. Sebenarnya ada sahaja jalan mudah untuk selesai hal ini tetapi masing-masing tak mahu pegang tanggungjawab ini sedangkan dia juga sebenarnya tidak mahu memikul tanggungjawab ini. Sebabkan itu, orang seperti Benjamin ini menjadi galang ganti untuk Daniel sedar. “Abang minta maaf bagi pihak mama abang dan juga seluruh ahli keluarga Scot kerana dah membebankan awak dengan perkara macam ni. Salah kami sebab tak selesaikannya dari awal. Padahal awak pun ada masalah awak sendiri.”

Benjamin menggeleng. Dia sebenarnya panik. Jiwanya serabut dengan mimpi-mimpi pelik yang kerap kali dia alami kebelakangan ini.

“Awak tak perlu rasa bertanggungjawab untuk pikul amanah mama abang. Biar abang yang uruskannya, ini hal keluarga abang – ”

“Jadi saya bukan sebahagian keluarga ni?” Entah kenapa bila dia dengar Vincent kata begitu, hatinya sentap. Hampir dua minggu dia berada di rumah ini, walaupun dia jarang berada di luar dan hanya terperap dalam biliknya, dia gembira kerana lelaki itu sentiasa ada.

“Saya gembira bila semua orang di rumah ini layan saya macam saya ni sebahagian dari keluarga ni. Abang tahukan saya jatuh dari langit, tak ingat siapa saya, siapa waris saya tapi dia tak pernah layan saya macam orang asing. Sentiasa ambil berat tentang saya walaupun kadang-kadang saya terpaksa halau dia kerana dia terlalu... merunsingkan saya. Sebab itu saya perlu walau apapun yang saya terhutang dengan dia. Saya perlu...”

Vincent menongkat kedua belah pipinya dengan kedua belah tangannya. Pandangannya menjadi redup. Benjamin rasa tak menentu. Pipinya hangat.

“Jujurlah, awak sebenarnya suka adik sayakan?”

Suasana menjadi senyap. Dia sukakn Daniel? Ya, Daniel memang patut disukai oleh orang. Lelak itu baik. Tetapi kenapa bila Vincent menyoalnya begitu, dia rasa lain?

“Tapi... saya dah ada tunang...” Benjamin cuba mencipta alasan. Daniel yang sudah ada tunang. Dia? Adakah dia cuba menelan hakikat yang Julie cuba suapkan padanya?

Vincent ketawa. “Itu bermakna awak terima hakikat yang awak ni kawan Julie yang hilang dari hospital tu kan? Secara kasarnya, cerita dia dan cerita awak ada kaitan. Hari Allisa hilang ialah hari awak wujud di Darmadin. Tapi, abang nak awak pilih. Terima siapa diri awak atau awak ikut sahaja rancangan gila mama saya. Dua-dua pilihan ada baik buruknya tahu. Abang faham yang awak ni pandai untuk buat keputusankan? Jadi abang biar awak fikir dulu masak-masak dan bila dah bersedia, datang jumpa abang dan kita bincang lebih lagi. Okey?”


Saat itu, bila Vincent tinggalkan dia seorang diri, mungkin pada waktu itu segalanya kembali dirinya. Dan pada masa itulah rasanya dia buat pilihan untuk dirinya dan lupakan hakikat yang dia takuti.  

No comments:

Post a Comment