19
Daniel
campakkan tubuhnya ke atas katil. Setelah sehari suntuk berada di dalam
pejabat, tenggelam sepenuhnya dalam kerjanya sehingga dia tidak sedar, yang
matahari bertukar bulan dan siang bertukar malam. Dia membenarkan dirinya untuk
bekerja lebih masa daripada terus memikirkan kata-kata Allisa yang menakutkan
seluruh urat sendinya. Kata-kata sumpah Allisa dua hari lepas ibarat satu
hukaman gantung tanpa tali yang nyata. Jerutnya terasa hungga ke ulu hatinya.
Rasanya berbeza dengan kata-kata yang Anita lemparkan tempoh hari dan jauh
berbeza dari sumpahan Scot yang membentuk darah daging keturunan ini.
“Lelaki
macam awak... selamanya... takkan dapat pegang makna cinta sejati... walaupun
suatu hari awak jumpanya, cinta yang awak fikir yang dapat bawa awak lari, akan
lari dari awak... saya sumpah!”
Pelik.
Kenapa dengan gadis itu dia rasa sungguh tertekan setiap kali dia berada dekat?
Dia menjadi tertanya-tanya akan keberangkalian yang sumpahan Scot itu
sebenarnya satu helah supaya setiap keturunan yang akan datang pegang pada
janji tetapi dia lihat papa dan abangnya, mereka pegang pada janji mereka dan
sumpahan itu... bila dia lihat kembali ahli yang lain melakukan kesilapan,
mereka terima hukumannya. Ah! Kepalanya serabut!
‘Tok,
tok!’
Malas
sekali dia bangun dari pembaringannya. Matanya terarah ke arah pintu bilik.
‘Tok,
tok!’
Daniel
mengeluh lemah. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu biliknya itu. Gaya ketukan
yang tidak pernah berubah semenjak mereka kecil lagi yang lebih merupa kepada
bahasa isyarat yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Dua
kali ketuk untuk bila main. Tiga
kali untuk papa panggil. Empat
kali untuk lari,” beritahu abangnya semasa dia berumur lapan tahun. Dia
memandang wajah Vincent pelik.
“Kenapa
main dua kali, lari empat kali?”
Vincent
ketawa. Abangnya seorang yang ceria dan sentiasa positif. Tiada erti kalah juga
dalam kamus lelaki itu. “Itu sebab...” Dia lihat kiri dan kanannya sebelum dia
lihat wajah comel adiknya yang penuh dengan tanda tanya.
“Kalau
nak tahu, cium pipi abang dulu,” usiknya dengan sengihan lebar. Keningnya terangkat-angkat.
Seronok mengenakan Daniel, yang kini bila dia teringat kembali insiden itu
kembali pasti akan rasa seperti hendak meletup.
“Cukup-cukuplah!”
Daniel membuka pintunya dengan wajah separa tenang separa jengkel. Mahu
cepat-cepat buang memori yang buat dia jadi si adik gembeng. Dia lihat abangnya
itu atas bawah. Berpakaian tuksedo dengan tali leher hitam, cukup kemas dan
bergaya. Malam ini ada majliskah?
“Maaf
ganggu. Kisah kalau abang kacau sekejap?” Vincent melangkah masuk dan melihat
sekeliling isi bilik Daniel yang sudah lama dia tidak jejaki. Tiada banyak
perkara yang berubah di sini melainkan ada beberapa tambahan pada koleksi kapal
layar dan kereta yang semakin memenuhi ruang almari kaca.
Daniel
menutup pintu biliknya. Dia mengikuti abangnya ke sofa. “Bukan ke abang
awal-awal dah umum yang abang nak kacau saya?”
“Yeke?”
“Daa?”
Tawa
Vincent meletus. “Tak sangka Danny ingat lagi. Dah berapa lama eh kita tak
main-main macam tu. Seronok dapat kenakan Danny yang kuat menangis ni dulu.”
Vincent mencubit pipi Daniel dan terkejutnya, budak itu lansung tak mengelak.
“Abang
pula kuat bocor malam. Kesian makcik kena selalu bersihkan tilam setiap hari,”
balas Daniel sama pedas dengan abangnya. Jangan ingat dia ini senang dibuli.
Sekali
lagi Vincent ketawa. Namun dia tiba-tiba berhenti. Wajahnya bertukar lembut.
“Tahu tak Allisa demam dekat dua hari?”
Allisa
demam? “Perlu ke saya kisah fasal dia?”
Mulut
Vincent terbentuk menjadi ‘O’. Kemudian dia mengangguk dengan mulutnya
terbentuk ‘A’. “Awak berdua bergaduh, eh?”
Daniel
mendengus. Baguslah kalau tahu, bisik hatinya.
“Tapikan
abang dengar, petang tu dia kena serang dengan tunang-yang-tak-diingini awak
tu. Hm! Betul tu. Disebabkan awak tak pandai jaga hati wanitalah, orang yang
sumpah awak tu jadi mangsa. Awak tak rasa bersalah ke? Cakap fasal sumpah,
berapa banyak awak nak kumpul sumpahan dalam keluarga kita ni sampaikan abang
rasa keluarga kita ni boleh buat kamus koleksi sumpahan-sumpahan sepanjang masa...”
Vincent terus membebel seorang diri tanpa Daniel ambil kisah akan butir
bicaranya. Fikirannya melayang pada Allisa. Gadis itu kena serang? Wanita
sedasyat lelaki. Tak, wanita lebih seram dari lelaki. Bagaimana Anita boleh
terfikir untuk... Dia mula terfikirkan sesuatu.
Petang
tempoh hari... sebelum Anita menegur Allisa, gadis itu asyik memandangnya yang
melihat Allisa dari ekor mata. Setiap perilaku gadis itu dia ekori dan dia
membiarkan hatinya terbakar dengan rasa cemburu. Dia perasan yang Anita
merenungnya tetapi dia tak sangka yang gadis itu menangkap makna disebaliknya.
Bodohnya dia. Keluhan berat terbit di hujung bibirnya.
Vincent
tepuk belakangnya. “Dahlah abang nak balik bilik. Penat layan orang-orang
tadi...” rungutnya. Di minda sudah terbayang-bayang wajah sang isteri yang
menanti di bilik. Adella sayangku~
“Ada
majlis tadi ke bang?” Soalan yang tadi bermain-main di mindanya kini terluah.
Wajah Daniel kelihatan tertanya-tanya dengan pemakaian formal yang dipakai oleh
Vincent.
Juliane
hanya senyum. Dia tidak mahu menjawab tetapi dia tidak mahu adikya dibiarkan
dengan persoalan. Ada baiknya Daniel tidak mengetahui tentang majlis seperti
ini. Ia hanya akan mengundang luka di hati. Belum lagi masanya untuk Daniel
tahu kebenaran pahit yang payah untuk dia ataupun mama dan papanya untuk
luahkan. “Majlis derma biasa je. Papa taknak awak pergi memandangkan awak asyik
dengan kerja. Katanya tak pernah dia tengok awak macam tu, jadi dia biarkan. Jangan
fikir sangatlah.”
Sebelum
dia keluar dari bilik adiknya, dia menoleh, memandang wajah Daniel yang kini
mengelamun dalam dunianya sendiri. Pasti tentang Allisa. “Kalau risau sangat,
apakata pergi je jenguk dia?”
“Hah?”
Vincent
mencebik. “Selamat malam. Mimpikan abang tau.” Sempat lagi dia mengusik.
“Kalau
macam tu saya taknak tidur!” Balasnya sebelum pintu sempat tertutup. Daniel
menghembus nafas berat. Fikirannya kembali menerawang memikirkan kata-kata
Vincent. Bibirnya diketap kuat. Dia bukannya budak kecil yang tak tahu apa-apa.
Dia sudah mampu berfikir. Kalau dulu, dia mudah dipujuk dengan kata-kata begitu
tetapi sekarang, dengan apa yang berlaku antaranya dengan Allisa, dia semakin
curiga.
WALAUPUNBEGITU
dia ikut juga cakap Vincent. Waktu baharu sahaja menganjak ke pukul 12.30
malam. Rasanya tidaklah lewat sangat untuk dia menjenguk. Kan? Dia yakinkan
diri yang kehadirannya menjenguk Allisa pada waktu ini masih lagi munasabah.
Nafasnya ditarik dalam. Perasaan debar tidak dapat disorok. Dua hari tidak
berjumpa walaupun serumah, membuatkan hatinya pedih dengan hakikat yang dia
rindu gadis itu walaumacammana teruk mereka bergaduh.
Dekat
tapi jauh.
Belum
sempat dia mengetuk pintu bilik Allisa, dia dengar suara Allisa
memanggil-manggil. Hati Daniel berdetak. Siapa lagi yang ada bersama dengan
Allisa waktu ini? Dia pasti yang Julie berada di bilik gadis itu sendiri. Dia
nampak dengan mata kepalanya sendiri sebelum dia memberanikan diri untuk
berdiri depan pintu Allisa. Perlahan dia pulas tombol pintu dan menjengukkan
kepalanya sedikit. Dia lihat Allisa terbaring di atas katil, badan berselimut
penuh dan mata terkatup. Dia lihat sekeliling bilik gadis itu yang luas. Pada
kedudukannya itu, dia tidak nampak satu bayang manusia pun. Malah tingkap pintu
balkoni pun tertutup. Habis, Allisa bercakap dengan siapa?
“Jangan...”
Kepalanya
pantas menoleh ke arah Allisa. Dia mengesot masuk ke bilik gadis itu.
“...
nanti...”
Dia
berdiri di sebelah gadis itu. Wajah Allisa berkerut-kerut. Peluh merinik di
dahinya. Kain tuala yang sepatutnya berada di atas dahinya telah jatuh ke atas
karpet.
“Jangan
pergi...”
Wajah
Daniel menegang. Gadis ini mengigau mimpikan Juliane ke? Sakit demam sebab
kejadian tempoh hari? Suhu badannya tiba-tiba naik, membakar hati yang dipalit
rasa cemburu. Punyalah dia risaukan sakit demam yang melanda Allisa rupanya
kedatangan dia tidak bermakna apa-apa buat gadis ini. Hanya menambahkan minyak
pada api yang marak adalah. Dia mengutip tuala yang jatuh itu.
“...
ibu, jangan...”
Dia
silap dengar ke? Matanya tertancap pada wajah Allisa. Sebaris air mata sudah mengalir
di sisi pipi.
“
Jangan tinggalkan Suri. Ibu!”
Daniel
tersentak. Mata Allisa terbuka luas. Memandang tepat ke arahnya. Lansung tiada
sinar seperti dia sentiasa lihat di wajah manis itu. Air mata masih lagi
mengalir deras. Dia kaku di tempat diriannya. Tidak tahu hendak buat apa.
Dia sudah tertangkap. Tetapi kenapa mata gadis itu dari tidak berkelip?
Dia
melambaikan tangannya ke hadapan wajah Allisa. Bebola mata gadis itu tetap
tidak berganjak. Malah tidak berkelip lansung. Namun bagaimanakah manusia yang
menangis mampu untuk tidak mengerdipkan mata kecuali ianya tidur dan kelopaknya
yang menutup bebola mata!
Tiba-tiba
bibir gadis itu bergerak-gerak. Namun tiada satu patah perkataan capai ke
cuping telinga Daniel. Teragak-agak dia mendekatkan telinganya pada bibir gadis
itu.
ALLISA
bangkit. Demamnya sudah kebah dan badannya berasa sedikit ringan dari dua hari
sebelumnya. Jam dinding dikerlingnya. Dua pagi. Waktu kebiasaan dia terjaga
dari lena jika dia mimpikan perkara aneh namun kali ini lenanya terganggu bukan
kerana mimpi. Jauh sekali kerana memorinya yang kembali seperti apa yang
berlaku dua hari lepas. Dia terjaga kerana dia sendiri yang membenarkannya.
Rohnya kembali tanpa mengira waktu. Itu mengikut apa yang dikatakan di dalam
buku yang badan manusia bila berada dalam keadaan semi-sedar, roh kita terpung
keluar dari badan dan berkeliaran di mana-mana sahaja. Tetapi teori itu tidak
menjelaskan bagaimana roh yang terapung dengan memori yang datang dalam bentuk
mimpi ketika dia tidur. Sekejap. Kenapa perlu dia menyukarkan pemikirannya
dengan perkara-perkara sebegini?
“Memori
yang ingin dilupakan dan memori yang dilupakan, kedua-duanya kerana dia...”
Allisa tekup wajahnya. Memori yang dia ingin lupakan ialah waktu dia dengan
berani sekali meninggikan suara pada Mary, berkata sesuatu yang tidak patut dia
katakan dan memori yang dia lupakan ialah memori yang dia pilih untuk menjadi
siapa dirinya sepatutnya jadi. Sepanjang dua hari, setiap kali dia lihat wajah
Julie yang tidak pernah penat menjaganya, dia akan menangis di sisi gadis itu
sambil mengucap kata maaf. Gadis itu tidak pernah menyimpan perasaan marah
padanya.
“Saya
tahu All, suatu hari nanti awak akan kembali pada kami juga. Sebabnya saya
percayakan awak.”
Kata
pujuk Julie sentiasa membebankan hatinya disamping membawa kelegaan yang dia
sentiasa ada seseorang yang menyayanginya. Julie umpama adiknya, kakaknya,
ibunya dan sahabatnya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimanakah rupa wajahnya
ketika dia menolak mentah-mentah kenyataan Julie saat itu.
Tetapi
bila satu persatu drama hidupnya sebagai Benjamin menjelma di permukaan, drama
mimpinya timbul bersama-sama dengan rasa kelirunya.
Siapa
Miza? Yuri? Watak-watak lain yang kerap muncul dalam mimpinya itu?
Sekali
lagi dia memberatkan kepalanya dengan perkara-perkara remeh seperti ini. Jelas
sekali itu hanya mainan tidur. Dia tak perlu fikirkan itu siapa dan ini siapa.
Dia sudah ada kehidupan sendiri. Lalu dia rebahkan badannya, mencuba untuk
tidur semula awalaupun dia tahu tidak mungkin dia akan dapat sambung tidur. Dia
perlu juga untuk tidur, esok dia akan hantar kepulangan Juliane ke Brynn di
stesen.
Dia
menghela nafas berat. Tiada guna jika dia mencuba di sini. Dia bangkit,
mengambil shawlnya di tempat biasa dan membalut tubuhnya. Rambutnya yang sudah
memanjang sedikit diikat ekor kuda. Setelah puas, dia keluar dari biliknya dan
menuju ke bilik rahsia yang dia jumpa beberapa minggu lepas di sebelah timur
rumah agam ini. Terletak sedikit jauh dari pandangan orang, jauh ke dalam isi
rumah yang sebenarnya berada di hujung rumah yang tersorok di balik rimbunan
dahan-dahan pokok sena.
Allisa
menolak dinding rumah itu dengan sepenuh kudratnya lalu dinding itu berpusing
membenarkan dia memasuki ruang kecil yang cukup memuatkan sebuah katil bersaiz
king, sebuah set kerusi baldu dan meja kopi yang berukir indah dan satu pendiang
api yang lama tidak digunakan. Siling bilik pula dibiarkan tidak bercat. Kosong
tanpa sebarang hiasan dan hanya ada lampu candeliar biasa. Dindingnya pula
dilapisi kertas dinding pastel bercorak fluer-de-lis yang sudah pudar. Tiada
sebarang gambar yang tergantung waima yang terletak di atas para pendiang api.
Bilik ini tampak suram dan terbiar tetapi ia tetap bersih dari sebarang habuk.
Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga jika ada sesiapa dari dirinya yang
mengetahui tempat ini namun setiap kali dia terfikir akan hal itu, sesaat
kemudian dia akan lupa apa yang ingin dia soalkan pada Mary.
Badannya
terus rebah bila dia pasti yang badannya mampu untuk mendarat dengan selamat di
atas tilam lembut (walaupun tak selembut tilamnya yang baru ditukar akibat dia
bocor tempoh hari). Dia mengesot agar kakinya betul-betul berada di atas katil
dan kemudian dia berguling kiri dan kanan. Menghidu bau tilam yang secara
kebetulannya buatkan dia teringat akan bahu tilamnya di Brynn. Petunia.
“Sedapnya...”
luah Allisa sambil mata terpejam rapat. Berada jauh dari kelompok orang, jauh
ke dalam isi rumah, berada di bilik terbiar dan bersendiri... dia rasa selesa. Hakikatnya
dia dari permulaannya sememangnya seorang yang jauh dari perhatian orang ramai.
Terkurung dalam istana. Dia yang dahulunya membenci hakikat itu kini mula
menerima yang dia sebenarnya suka akan situasinya dahulu.
Dia
peluk bantal erat dan wajahnya disembamkan ke permukaannya. Matanya
perlahan-lahan berasa kantuk. Deria baunya menangkap sesuatu. “Bantal ni... bau
macam... Daniel.”
8.30
pagi. Matahari sudah memancarkan sinar cahayanya dengan gah sekali. Burung sedang
beterbangan mencari sesuap rezeki untuk keluarga mereka.
“All?!”
Kebiasaannya
pada waktu ini, pembantu rumah sudah sibuk membanting tulang membersihkan
rumah, pekebun mengindahkan taman dan tukang masak menyediakan sarapan pagi.
“Mana
pulaklah dia ni?”
Kebiasaannya
pada waktu ini, dia akan bangun lewat berbanding sahabatnya Allisa yang
habitnya seperti orang tua, bangun pagi sebelum pukul 7.
Julie
bercekak pinggang. Bibirnya cemberut dengan dahi berkerut. Mata bak helang.
Mangsa bahamannya pagi ini...
“Daniel,
nampak All?” tegurnya bila dia terserempak dengan lelaki itu di tangga yang
menuju ke aras tiga. Wajah Daniel tampak suram membalas soalan Julie yang hanya
dengan mendongak ke atas, mata terarah ke satu pelosok tempat di aras tiga.
Julie bergegas ke arah Daniel, mahu melihat tempat yang diunjuki oleh lelaki
itu.
Tetapi,
walaupun dengan petunjuk yang Daniel beri, Julie tetap tidak dapat memahami
arah lokasi sebenar yang Allisa berada. Di mana? Kebanyakan bilik yang ada di
aras tiga ialah dewan tari, perpustakaan dan mungkin juga beberapa buah bilik
kosong yang dia tidak pernah tahu akan kewujudannya. Dia tidak pernah ambil
pusing untuk menjelajah rumah agam ini apatah lagi rumahnya sendiri yang jauh
lebih besar.
“Apa
yang dia buat kat atas sana pagi-pagi – ” Julie mencari-cari kelibat Daniel di
sisinya. Bila masa lelaki itu turun?! Dia bersandar pada pembahagi tangga,
mencari kelibat lelaki yang tingginya yang sederhana dengan bentuk badan yang
seimbang. Ha! Itu!
“Da.Ni.El!!!”
Orang
yang dipanggil berpaling.
“Macam
mana awak boleh tahu Allisa ada di atas? Apa aja yang awak buat kat atas tadi?”
Tidak segan silu dia menyoal dengan terjerit-jerit kerana jarak mereka yang
jauh itu. Matanya bulat memandang wajah sahabatnya yang dia baharu kini perasan
yang lelaki itu memakai pakaian malam semalam ketika mereka terserempak di
lorong hadapan biliknya. Sedikit pelik melihat Daniel berkelakuan aneh seperti
tadi malah sekarang juga, dengan rambuntnya yang jatuh menutupi dahi dan kumis
yang tidak bercukur. Jarang Daniel membiarkan orang sekelilingnya melihat
visualnya yang sebegitu. Adakah? Kerana apa yang berlaku baru-baru ini memberi
impak yang besar pada Daniel sehingga lelaki itu ingin meniru gaya Juliane yang
selekeh itu? Gaya lelaki ditinggalkan?
“Mengawal,”
jawab Daniel sepatah lalu dia angkat tangan kanannya dengan tangan kiri
terselok di poket. Senyuman tawar dihulur sebelum dia berlalu ke biliknya untuk
dia bersihkan diri.
Sah!
Mata Julie mengecil. Entah kenapa dia lihat belakang Daniel seperti
bersinar-sinar dengan kerdipan bintang yang bewarna-warni. Keadaan ini
mengingatkannya pada Juliane pada ketika seminggu selepas berita akan
ketidaksedaran Allisa tersebar. Resonans yang Daniel keluarkan serupa dengan
resonans abangnya. Julie mengeluh berat. ‘Itulah... jangan kata aku tak tegur
kau,’ desis hati Julie.
“Julie...”
Dia
berpaling. Allisa berdiri di hujung tangga, wajah sembap dengan air mata walau
sehabis mungkin Allisa cuba menyoroknya dengan shawlnya. Julie menoleh semula
ke arah tempat di mana dia menjerit-jerit memanggil Daniel kemudian dia pandang
wajah Allisa semula. Entah kenapa dia rasa tidak sedap.
“Julie...!”
Allisa berlari turun lalu memuluk tubuh Julie. Terkedu sahabatnya dengan aksi
tiba-tiba itu.
“Oi!”
“Julie...
saya sedih...” rungut Allisa.
“Ke...
kennappaaae?” Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin. Julie cuba menidakkan
segala persepsi yang timbul di benaknya. Sedaya upaya dia menangkis setiap ayat
yang cuba timbul di permukaan kepalanya. Seperti mengetuk-ngetuk tikus mondok
yang timbul di permukaan tanah yang cuba untuk mempermainkan perasaannya
setelah mencuri lobak putih yang susah payah dia tanam. Tak mungkin! TAK
BOLEH!!!
“Saya
mimpi yang Juliane tak nak kahwini saya sebab saya tak cantik, kurus keding dan
berambut pendek! Macam mana ni Julie!!! Dia dah nak balik ke Brynn...” rengek
Allisa dalam sekali lafaz tanpa noktoh cukup makhraj dan harakat. Allisa
menyembam wajahnya ke bahu Julie. Badannya meliang liuk seperti ulat bulu.
Seperti
separuh daripada rohnya terbang ke udara. Namun kemudian dia tersenyum lega.
Bagaiman dia boleh meragui perasaan Allisa terhadap Juliane. Terhadap Daniel.
Dia percaya yang Allisa tidak akan membelot abangnya. Dia sepenuhnya percaya
yang Allisa tidak akan mempermainkan perasaan mereka. Jika... jika suatu masa nanti
tiba di mana... segala kepercayaannya itu pudar kerana kata-kata nista yang
timbul di kepalanya menjadi benar, dia mungkin akan mengambil masa untuk
mengubah segala motor imej Allisa supaya dia dapat berdiri di samping gadis itu
tanpa sebarang rasa was-was lagi.
No comments:
Post a Comment