Sejak
apa yang berlaku semalam, Julie lansung tidak menyapanya. Cuma hanya muncul
pada waktu malam dan tidur di sampingnya. Memastikan dia tidak buat kerja bodoh
lagi. Malam itu juga, dengan ajaibnya, dia mampu tidur lena dan berasa cergas
pada esok paginya. Itu adalah pertama kali sejak dia berada di Darmadin. Malah,
dia lansung tidak mengingati sebab apa dia mengalami gangguan tidur pada waktu
malamnya. Namun persoalan itu dibiarkan sahaja bila selepas makan pagi itu,
Daniel mengajaknya keluar.
“Awak
lupa saya ada janji nak ajar awak memandu?”
Terkebil-kebil
matanya memandang wajah Daniel yang sedikit berseri dari biasa. Lelaki seorang
ini sudah kenapa? Buang tabiat ke? Bukankah pada hari itu, insiden di bilik
rahsia itu, Daniel menolak untuk menjadi kawannya? Sah! Hari ini Daniel sewel.
“Awak
tak makan ubat yang pelikkan Daniel?” soalnya sewaktu mereka di dalam kereta
menuju ke kawasan lapang.
Jelingan
tajam yang Allisa terima sebagai jawapan. “Mulut tu,” getusnya. “Saya bukannya macam awak. Jadi jangan salah faham,”
tegur Daniel lalu dia menakan padel berhenti, menukar gear dan menurunkan
break. “Tukar tempat.”
Akur,
Allisa keluar dari tempat duduk penumpang ke tempat duduk pemandu. Manakala
Daniel melompat dari tempat duduknya ke sebelah. Walaupun Allisa sedikit terasa
dengan riaksi Daniel, dia tidak boleh hendak ambil hati sangat. Dia harus ingat
itu memang salahnya dan dia harus berterima kasih kerana Daniel-lah dia masih
lagi bernafas. Untuk membalas budi Daniel yang sanggup mengajarnya membawa
pancuan empat roda yang setelah sekian lama dia idam untuk membawa, dia dengar
setaip ajaran Daniel dengan tekun.
“Okey,
senang je kan nak bawak?” soal Daniel sekadar mahu menaikkan motivasi Allisa.
Gadis
itu pula mengangguk sedikit. Nafas dihela. Tadi dia membawa tersengguk-sengguk
seperti siput, bila sudah yakin dia hampir melanggar pokok besar di sisi jalan,
hampir menyelam ke dalam tasik dan nasibnya kurang baik bila dia melanggar
pokok hiasan yang Puan Scot suka. Apapun, Daniel sabar mengajarnya (walaupun
ada juga lelaki itu tertinggikan suaranya).
“Jadi
sekarang awak dah pandai pandu. Tepuk tangan!”
Allisa
hanya menurut. Tepuk tangannya untuk kejayaannya yang sedikit.
“Okey
setakat tu jelah. Sekarang ini awak pandu sampai depan rumah. Bolehkah?” pinta
Daniel sebagai ujian terakhir.
“Hah?”
“Tak
boleh ke?”
“Boleh
je. Cuma tak sedia je lagi.”
“Nak
sedia apanya? Awak dah duduk situ. Buat macam tadi aja. Jangan pecut pulak.
Saya takut laju-laju ni,” pesannya dengan nada bergurau. Tetapi Allisa percaya
setiap butir kata Daniel itu.
“Serius?”
“Tak
adalah. Saya main-mainlah. Awak ni tak dapat bezakan intonasi suara saya ke?
Macam mana belajar dulu? Mesti main-main je lebih,” perli Daniel.
Mata
Allisa terbeliak. “Minta maaflah kalau saya ni kurang cerdik! Tapi saya ni jenis
ambik serius setiap perkara,” umumnya pula lalu dia dengan ganasnya mengangkat
break, gear ditukar dan stereng berputar macam gila. Pedal minyak dan clutch
ditekan sekuat hati. Tidak jauh dia memandu seperti itu, dia berhenti. Sengaja
dia mengenakan Daniel. Sakit hati bila dikatakan dia belajar main-main
sedangkan dia belajar dengan bersungguh-sungguh. Sedar yang dia suatu hari
nanti akan menggalas tanggungjawab yang berat. Daniel tiada hak untuk katanya
begitu. “Sekarang minta maaf!”
Allisa
tergamam melihat Daniel hampir terpelosok jauh ke dalam dek ketakutan dengan
gaya ganas Allisa memandu.
“Awak
tak apa-apa?” Risau pula dia bila melihat Daniel begitu.
Daniel
berpaling memandang wajah Allisa. Tanpa riak, dia menyuruh Allisa menukar
tempat duduk dengannya dan dia sekali lagi hanya melompat dari tempat duduk
penumpang ke tempat duduk pemandu pula.
Hati
Allisa berasa serba salah melihatkan wajah masam Daniel. Marahkah lelaki itu?
Ah! Sepatutnya dia yang marah bukannya Daniel! Namun dia terpaksa tolaknya tepi
bila dia lihat Daniel ambil laluan yang lain menuju ke rumah agam. Jalan yang
dia tidak kenali. Dia lihat kiri dan kanannya yang kini rata-ratanya padang
rumput yang hijau lagi luas dan terdapat beberapa kelompok lembu dan kambing
yang meragut rumput.
“Daniel,
kita nak pergi mana?”
Senyap.
Hati
Allisa kecut. Dia berpaling ke belakang, melihat baris-baris bangunan bandar
yang semakin menjauhi. Malah dia dapat rasakan pemanduan Daniel semakin laju.
Allisa gelisah. Dia tidak pernah keluar dari kawasan bandar waima ini adalah
kali pertama dia merantau sejauh ini. Mengenangkan rekod perjalanannya selama
ini, tempat yang paling jauh yang dia pernah lawati hanyalah rumah peranginan
keluarga diraja di Sreopynn, tempat di mana Juliane lamarnya bersaksikan Julie.
Dia
mendongakkan kepalanya pula. Mencongak-congak kedudukan pulau itu dari Brynn.
Dari kedudukannya sekarang dan kedudukan matahari, dia dapat kenal pasti yang
Sreopynn berada di Barat. Dia mencari-cari jika dia ada ternampak sebuah pulau
terapung yang kecil dan sedikit rendah dari Brynn.
Tiba-tiba
Daniel memberhentikan kereta tersebut di bawah sebuah pohon yang menghadap
padang rumput. Di hujung ufuk sana, terdapat sebuah bangsal merah dan sebuah
rumah petani yang kecil dan kelihatan seperti sebuah rumah permainan di mata
Allisa. Kadang-kadang terdengar bunyi kuda dan lembu saling berselang seli.
Ayam dan anjing juga turut saling bersahutan. Selain daripada itu tiada apa
yang ada untuk menjamu kehadiran mereka di situ.
Allisa
memandang Daniel yang keluar dari kenderaan tersebut lalu menambil tempat di
atas hujung depan bonet kereta itu. Badannya ditolak ke hadapan bagi memudahkan
untuk dia mendongak, melihat di sebalik teduhan dedaun yang melindungi mereka
dari cahaya matahari.
Allisa
yang tertarik dengan apa yang dilihati oleh Daniel, juga turut keluar dari
tempat penumpampang dan berbuat demikan. Namun dia tidak mampu melihat satu
apapun kerana lindungan awan yang melata ketika itu. “Awak tengok apa aja?”
Daniel
mengalihkan pandangannya ke muka Allisa. Wajah lelaki itu masih masam mencuka, Mata pula tajam merenungnya seperti hendak tembus. Allisa pantas mengalihkan
wajahnya ke arah lain. Rasa tidak kena pula bila direnung sebegitu lama.
“Hah!”
keluh lelaki itu sambil merebahkan badannya ke atas bonet.
Gadis
itu menjauhi bonet kereta tersebut bila dia rasakan yang punggungnya seperti
terbakar. “Daniel...” panggilnya.
“Apa?”
“Belakang
awak tak panas ke?”
Bila
mendengar persoalan Allisa itu baharu Daniel sedar yang badannya terasa hangat
tiba-tiba. Pantas dia melompat ke bawah. Mulutnya berdecit sakit. Tangan kiri
dan kanan meraba-raba belakang badannya yang panas. Allisa ketawa melihat
riaksi spontan Daniel. Buat seketika mereka seperti terlupa yang mereka pernah
bargaduh.
“Terima
kasih,” ucap Allisa bila dia rasa waktu ini adalah sesuai untuk dia berbuat
demikian. Mary yang beritahunya semalam bahawa Daniel-lah yang telah membantunya
sewaktu kecemasan dan Daniel-lah lelaki yang menghempas pintu biliknya pada
waktu dia peroleh kesedarannya.
Sekali
lagi, Daniel merenungnya tajam. Kemesraan yang Allisa rasakan tadi umpama
keenakan manisan gula-gula. Dia rimas. Dia lansung tidak dapat membaca apa yang
ada di fikiran Daniel waktu ini ataupun sebelum ini. Daniel terlalu sukar
buatnya. Marahkah dia? Sedih? Gembira? Dia tidak tahu itu. Awal pengenalan
mereka, pesona Daniel hanyalah sifatnya yang baik hati dan menagmbil berat. Itu
sahaja. Namun bila mana semakin lama dia mengenali Daniel, lelaki itu semakin
sukar difahami. Dekat tapi jauh. Serumah tapi rasanya seperti dia di Kutub
Utara dan Daniel di Kutub Selatan.
“Lemaskan?”
Allisa
tercengang.
“Itulah
yang saya rasa bila saya setiap kali berhadapan dengan awak. Saya lemas dengan
sikap awak,” jelas Daniel. Dia mengubah kedudukannya di sebelah Allisa. Sedikit
berjarak tetapi dekat.
“Kenapa
awak cakap macam tu?” soal Allisa tidak faham.
Daniel
ketawa kecil. “Salah ke saya cakap? Pernah ke awak fikir perasaan orang lain
bila awak bercakap? Perasaan saya? Kenapa awak suka pendam segala sakit awak?
Kenapa awak tak beritahu Julie yang awak sakit? Awak, nak suruh saya mati?”
Mata
Allisa terbeliak besar. “Saya tak maksudkan macam tu! Awak jangan salah faham.
Okey, saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Tapi tolong jangan cakap macam
tu boleh tak?” Allisa dapat rasa yang darahnya tiba-tiba mendidih. Pada masa
yang sama dia jadi takut. Dia takut apa akan Daniel zahirkan selepas ini.
“Kenapa
saya tak boleh cakap macam tu?”
“Sebab
awak tak boleh!”
“Merepeklah!
Saya ada hak saya untuk cakap apa yang saya nak dan awak tak boleh halang saya
Allisa. Saya – ”
Secara
drastik, Allisa pantas menutup mulut Daniel. Dia patut dapat hidu agenda Daniel
dari awal. Namun disebabkan dia terlalu takjub dengan tawaran yang Daniel
hulurkan, dia boleh tidak terfikirkan kemungkinan itu?
Tangan Allisa direntap. Mata Daniel
menunjuk sinar azam yang berkobar. “Saya – ”
“Tak
dengar. Tak dengar. Tak dengar!” Allisa menutup matanya. Telinganya ditekap
dengan kedua belah tangan. Kepala tergeleng-geleng tanda protes. Tolonglah
Daniel, fahamilah situasinya.
“Saya
cintakan awak, Allisa.”
Gadis
itu terdiam. Tidak guna dia jerit sekuat mana sekalipun bila dia melawan dengan
kalimah yang keluar dari bibir Daniel walau sehalus suara kanak-kanak
perempuan, dia tetap akan dengar itu. Air mata Allisa tidak semena bergenang.
“Awak
dengarkan?” soal Daniel dengan wajah lembutnya itu.
Semakin
hati Allisa bercampur baur. Kenapa dia begitu tertarik dengan lelaki di hadapannya
ini? Matanya... hidungnya... bibirnya... tiada. Tiada apa yang begitu menarik
di hatinya. Tetapi kenapa, hatinya sangat bahagia bila lelaki itu ucapkan
kata-kata itu? Dalam dia enggan untuk menerima kenapa dia begitu meraikan
penantian itu? Seperti apa yang Mary pernah katakan pada dia dahulu, dia
sememangnya sudah jatuh cinta pada Daniel. Dia sememangnya sejak dahulu, tanpa
dia menyedari, hatinya sudah terpaut pada lelaki yang bernama Daniel.
Allisa
bangkit. “Tak. Sekuat mana pun awak cakap, saya takkan dengar. Saya tak mahu
dengar!” bicaranya sekaligus merobek hatinya sendiri. Dia pergi dari situ,
menuju ke tengah padang, menuju ke rumah petani yang jauh nun di sana. Dia
tidak mahu bersama Daniel untuk seminit lama lagi. Dia takut jika dia berubah
fikiran. Dia takut dengan hatinya yang bila-bila masa boleh runtuh dek panahan
mata Daniel yang mengharapkan sesuatu darinya. Dia menyapu air mata yang
mengalir. Dia perlu kuat. Dia perlu kuat!
Serentak
tangannya direntap dari belakang.
“Aouch!”
“Awak
nak pergi mana?!” marah Daniel.
“Lepaskan
tangan saya. Sakit tahu tak!” Allisa cuba melepaskan cengkaman tangan Daniel.
“Awak
tak jawab soalan saya!”
Allisa
menjeling lelaki di hadapannya. “Itu hak saya nak pergi mana pun yang saya suka
dan awak tak ada hak untuk halang saya!” bentaknya sekaligus memulangkan paku
buah keras. Dan bila dia dapat rasakan cengkaman di pergelangannya longgar, dia
merentap kembali tangannya dan kembali bergerak menuju ke rumah petani di
hujung sana.
Kali
ini bahunya dipulas ke belakang dan tanpa sempat Allisa mengelak, Daniel dengan
pantas menarik tubuhnya ke dalam dakapan lelaki itu. Erat. Seerat mungkin
supaya gadis itu tidak mampu untuk lari lagi dari dia.
“Daniel!
Awak dah gila ke?!” jerit Allisa dalam usahanya untuk meloloskan diri.
“Ya...”
“Apa?!”
Daniel
usap belakang kepala Allisa lalu dahi gadis itu dikucup sebelum dia kembali
memeluk erat tubuh gadis yang dia cintai itu. Kini dia tidak mampu lagi untuk
memendam perasaan yang dia miliki ini. Sepanjang malam dia berfikir akan
bagaimana dia hendak luahkannya dan penerimaan Allisa terhadap perasaannya. Dia
tidak harapkan sesuatu yang positif waima sebaliknya. Riaksi yang diberi tadi
seperti yang dia jangkakan namun dia tetap rasa sakit, kecewa, dan satu
penolakan yang melunturkan motivasinya. Akan tetapi, dia tidak mahu menyerah
kalah. Selagi dia mampu untuk berusaha, selagi itu dia akan cuba sehingga gadis
ini tahu yang dia menyayanginya sepenuh hati.
“Awak
dengarkan?” soalnya buat kesekian kalinya. “Saya menggeletar sekarang ini,”
bisiknya.
Allisa
ketap bibirnya. Dia kaku saat dahinya dikucup syahdu, saat dia mendengar jelas
setiap pukulan jantung Daniel, hatinya rapuh. Dia tidak mampu untuk melawan
perasaan yang senyap-senyap mekar di hatinya itu. Perasaan ingin dikasihi oleh
lelaki ini dan perasaan bersalah kerana terhadap lelaki ini saling bertingkah.
Dia tiada daya untuk menerima namun dia kalah bila perasaanya asyik didesak
begini.
“Cuba
awak dongak ke atas.”
Perlahan
Allisa angkat mukanya. Matanya bertemu pandang dengan sinar mata Daniel. Namun
dia pantas menoleh, melihat ke arah langit biru. Samar-samar dia nampak, tapak
tanah yang terapung bersama awanan putih. Terdapat beberapa juntaian tangkai
daun-daun liar yang jatuh dari tepian pulau dan bila ditiup angin, tangkai itu
akan teruling sama. Bila sebahagian besar awanan yang meliputi pulau tersebut,
dia nampak beberapa buah binaan bangunan dimana belakangnya dilatari dedaun
yang melajari dindingnya dan dia nampak beberapa tangkai bunga daisy putih yang
beraninya hidup di tepian pulau.
Sreopynn.
Allisa
pandang wajah Daniel. Cuba mencerna satu persatu perkara yang berlaku sekarang
ini.
“Cantikkan?”
Suara
Daniel menerjah kotak pemikirannya. Matanya masih kekal memandang wajah lelaki
itu. Angguk tidak, geleng pun tidak.
Riaksi
kaku Allisa membuatkan Daniel tertanya-tanya adakah perbuatannya ini telah
dapat menangkap perhatian gadis itu? Dia hela nafasnya. Dia perlu cari ikhtiar.
“Suatu
hari nanti saya akan beli pulau itu...”
Beli?
Buat apa nak beli tanah pusaka keluarganya? Allisa gelabah. “Aw... awak nak
buat apa?”
Daniel
tersenyum senang.
“Awak
tahukan itu tanah keluarga diraja. Awak ingat mereka nak jual ke? Awak ada
banyak duit? Keluarga awak tahu tak? Sa... saya bukannya apa, tapi...” Allisa
tidak tahu sekaya mana keluarga Scoot ini, dia tidak pernah tahu apakah sumber
rezeki mereka tetapi apa yang dia fahami, nama Scoot agak terkenal dalam
kalangan orang yang berpengaruh mahupun di mahkhamah diraja. Lagipula tanah itu
sebenarnya hak persendirian. Bapanya beli tanah itu dengan duitnya sendiri dan
bukannya duit dari poket kerajaan. Jadi walau apa cara sekalipun Daniel guna
untuk beli pulau itu, dia tidak akan benarkan. Pulau itu kini miliknya. Kalau
Daniel mahukannya sangat-sangat, langkah mayatnya dahulu.
“Isy
awak ni,” ujar Daniel sambil mengusap ubun-ubun Allisa. “Pulau tu untuk
awaklah. Tanda cinta saya untuk awak bila kita kahwin nanti.”
Mata
awak Allisa membuntang. Rasa terkejutnya semakin bertambah. Kalau boleh
pengsan, memang dia mahu. Sehingga begitu sekali Daniel menyintainya. Oh tuhan.
No comments:
Post a Comment