25
Dia
bercekak pinggang. Sakit hatinya melihat susuk tubuh lelaki itu yang enak
menikmati pemandangan luar dari dalam kafe Au Leit-nya ini. Tahap kesabarannya
semakin memuncak. Jika dahulu dia boleh bersabar kerana lelaki itu masih dia
anggap sebagai pelanggannya tetapi bila setiap hari, sepanjang masa, setiap
kali dia datang menjaga kedai, muka lelaki itu pasti akan terjengul di muka
pintu kafe. Hari ini kesabarannya memuncak bila Clara memberitahu yang Willson
ambil alih kerja pelayan dan melayan tetamu di kedainya ini. Dia yang sekarang
ini tengah serabut dengan masalah Allisa semakin berasa terbeban dengan sikap
lelaki itu yang tidak pernah dengar kata.
“Julie
nak buat apa?” soal Clara yang kemas berpakaian dengan apron yang sedikit comot
akibat terkena krim toping dan aising.
Julie
mendengus. Perlahan dia mendekati Willson dan dengan riak kosong, dia duduk
berhadapan lelaki itu.
“Dah
habis kerja awak?” soalnya.
Willson
pamer wajah bersahaja. “Tak ada orang nak dilayan,” jawabnya lalu melemparkan
pandangan ke seluruh isi kafe. Tiada seorang pelanggan pun yang berada di dalam
kedai ini pada waktu ini.
Julie
turut sama berbuat demikian. Sememangnya waktu ini kebanyakkan penduduk di sini
lebih selesa meluangkan waktu di taman. Petang-petang begini, terasa amat rugi
jika dihabiskan masa dengan secawan kopi dan sekeping crossant. Julie lihat
Willson menghirup kopinya perlahan. Rugi.
“Apa
kata awak balik je?” cadang gadis itu lebih kepada menghalau. Dia pun sudah
hendak tutup kedai.
Willson
letak cawan putih itu di atas piring. “Tak apa.” Dia menggeleng. “Saya tunggu
awak mengemas dan kemudian kita boleh pulang sama-sama. Atau awak nak singgah
mana-mana?”
Julie
dapat rasa saat itu, dia seperti dapat mendengar bunyi ranting patah. Perlahan
tetapi kuat bunyinya. Bergema dalam fikirannya. Sakit. Semua perlakuan baik
Willson tidak pernah menyentuh hatinya. Kenapa?
“Awak
nak suruh saya buat apa lagi Will?” soal Julie dengan nada rendah. “Saya tahu
awak bukannya ikhlas dengan semua ini. Jadi tolonglah berhenti. Tak guna awak
bazir masa awak macam ni.”
“Macam
mana kalau saya kata saya ikhlas?”
“Macam
mana kalau saya kata saya dah tak ada perasaan pada James?” tingkah Julie.
Sesaat
Julie nampak perubahan di wajah Willson sebelum lelaki itu ketawa.
“Jadi
itu perkara bagus! Sekarang, awak jatuh cinta pula dengan saya.”
Sekali
lagi Julie mendengus. “Untuk apa Will? Awak sebenarnya takut yang saya mungkin
akan rampas James dari Janice, kan? Awak silap. Tak cukup ke selama ini awak
ikut saya ke hulu ke hilir? Awak tak nampak betapa saya cuba untuk elak
berjumpa James?”
“Sebab
itu awak kata awak dah tak ada perasaan pada James? Sebab awak mampu elak dia?”
soal Willson sinis.
Dengan
sepenuh keyakinan yang dia ada, Julie mengiakan persoalan Willson. Cukup dapat
membuang rasa ragu-ragu yang ada pada Willson. Dia tidak mahu adik kepada
lelalki yang pernah dia cintai itu mengetahui yang sebenarnya dia tidak pernah
dapat membuang perasaannya terhadap James. Cinta itu adalah pengalaman pertama
buatnya. Sesuatu yang sangat berharga buatnya sungguhpun menyakitkan. Hubungan
dia berakhir dengan James bukan atas keralaan mereka tetapi dia terpaksa
melepaskan demi kebahagiaan Janice. Biarlah dia yang menderita dari dia melihat
seluruh keluarganya sakit kerana tindakannya. Patah tumbuh hilang berganti. Dia
perlukan masa untuk bangkit semula.
Willson
tersenyum sinis. “Sebanyak itukah cinta awak pada James sehingga begitu mudah
awak melupakan dia? Cinta pertama bukannya mudah dilupa. Mata saya ni nampak
yang sebaliknya Julie. Jangan menipu dengan saya.”
“Kalau
begitu, beritahu saya. Beritahu saya apa yang awak nampak?” cabar Julie. Dia
tidak akan mengalah. Dia tidak akan menunjukkan kelemahannya. Dia tahu, Willson
menunggu masa untuk menggunakannya. Untuk apa? Dia tidak tahu. Tetapi dia tidak
akan terima sebarang alasan yang lelaki itu berikan.
ALLISA
mengintai kiri dan kanannya. Setiap ceruk bilik di cari. Sepatutnya waktu-waktu
begini, Julie sudah pulang ke rumah. Susah hatinya bila dia tidak mampu
bercakap dengan sahabatnya itu untuk berhari-hari. Masa-masa seperti ini dia
perlukan lawak jenaka Julie yang tidak pernah habis. Bercerita tentang apa
sahaja yang terlintas di fikiran mereka dan dia harus akui, dia sudah mula
rindukan kehadiran Juliane juga. Lelaki itulah yang menjadi pendamai antara
mereka jika dia dan Julie bertengkar. Walaupun tidak selalu, tetapi bila mereka
sudah bertengkar, masing-masing terlalu ego untuk meminta maaf. Bila difikir
semula, yang memohon maaf dulu pasti Julie. Gadis itu dengan muka separuh
enggan, menghulur salam mohon persahabatan mereka baik semula seperti sediakala.
Juliane pula akan berdiri tidak jauh dari mereka, mengangkat ibu jari sambil
tersenyum, menyuruhnya menerima huluran tangan Julie.
Sekarang
ini bila Juliane tiada, dia jadi buntu. Bagaimana hendak dia mendekati Julie
yang anginnya tidak boleh diduga? Malah dia lansung tidak tahu kebederaan
sahabatnya sekarang ini. Berasa menyesal pula mengikut Daniel keluar tadi.
Tidak fasal-fasal dia tersepit antara dua lelaki.
“Dengar
cerita tak?”
Dari
jauh Allisa terdengar suara seorang perempuan. Dia mencari-cari punca suara
tersebut.
“Fasal
apa?” balas pula satu suara perempuan yang lain.
“Fasal
Tuan Muda Daniel!” bisik perempuan yang mula-mula tadi walaupun suaranya masih
lagi Allisa dengari.
Allisa
mengintai di balik dinding di lorong simpang T. Tidak jauh dari situ ada dua
orang pembantu rumah dalam lingkungan 30-an sedang berjalan perlahan menuju ke
bilik di sebelah sana. Dia yang membelakangi mereka tiba-tiba berasa tertarik
ingin dengar perbualan mereka. Lebih-lebih lagi topik mereka mengenai Daniel.
“Kenapa?”
Pembantu
rumah itu tertoleh-toleh kiri dan kanan, takut jika ada telinga yang mendengar.
“Cerita ni aku dengar dari kandang tadi. Diaorang kata yang perkahwinan tuan
muda dipercepatkan ke bulan depan!”
Mata
Allisa terbuka luas.
“Kalau
macam tu, lagi dua minggulah,” kawannya mengira.
“Dengarnya
macam tulah. Tadi sepatutnya tuan muda pergi jumpa bakal bapa mertua dia untuk
bincangkan hal tu tapi dia cepat-cepat lari buat alasan yang dia dah janji
keluar dengan orang lain,” sambung pembantu rumah yang mulutnya seperti bertih
goreng itu.
“Eh,
bukan tadi dia keluar dengan Cik Allisa?”
“Itulah!
Kau macam tak tahu yang tuan muda kita tu ada hati dengan tunang orang tu. Cik
Allisa je yang jual mahal. Yang fasal dia kena simbah air dengan Cik Muda
Whaetherspoon, rasanya sebab dia dah tahu yang tuan muda suka kat Cik Allisa.
Kesian dia. Agaknya itu yang diaorang cepatkan perkahwinan tu!”
Saat
itu Allisa dapat rasa yang jantungnya hendak luruh saat itu juga. Mulutnya
sudah terbuka tidak boleh ditutup lagi. Dari mana mereka semua boleh tahu
cerita-cerita macam ini? Malah, dia lansung tidak menyangka yang Daniel
gunakannya untuk lari dari berjumpa dengan Tuan Whaetherspoon. Tiba-tiba dia
rasa seperti dipermainkan.
“Lepas
tu tadi, dengarnya tuan muda bergaduh dengan Tuan Muda Vincent. Teruk jugalah
mereka kata,” tambah pembantu rumah itu.
“Sampai
macam itu sekali?”
Pembantu
rumah itu mengangguk. “Katanya sebelum Tuan Muda Vincent bergaduh dengan Tuan
Muda Daniel, dia bergaduh dengan tuan besar sebabnya tak setuju dengan perangai
tuan besar yang ikut sahaja kehendak Tuan Wheatherspoon sampai Tuan Muda
Vincent putus nak balik Prace secepat mungkin!”
“Patutlah
sekarang ini dia sibuk suruh kita kemas barang dia...”
“Khabarnya
kapal bertolak dalam tiga hari. Sibuklah kita untuk tiga hari ini...” keluhnya
dan seterusnya Allisa tidak dapat tangkap bila suara mereka semakin
sayup-sayup.
Dia
melepaskan nafas berat. Air matanya yang
mengalir dibiarkan. Dia sudah tidak tahu hendak buat apa. Yang mana satu dia
patut percaya? Daniel mahupun kata-kata pembantu rumah itu? Dia tidak
sepatutnya berada di tempat ini dari awal. Hanya rasa sakit dan kecewa menjadi
peneman sepanjang jalan menuju ke kebenaran. Dia perlu cepat peroleh memorinya
agar dia boleh cepat pulang ke Brynn dan menjalani hidupnya yang asal.
Allisa
menoleh. Bahunya terjongket. Matanya yang redup tadi bertukar bulat – terkejut.
“Lama
abang tunggu Allisa datang jumpa abang,” tegur Vincent yang sudah bersandar
sambil bersilang tangannya.
Kelat
Allisa menelan liurnya. Kali ini Vincent mahu bergaduh dengannya pula ke?
“SAYA
tanya awak, apa yang awak nampak?” soal Julie sedikit kurang sabar dengan ulah
Willson yang tidak pernah putus asa menganggunya. Sekalipun Willson lafazkan
kata cinta padanya, dia tidaka akan pernah percaya pada lelaki itu. Sekalipun niat Willson ingin menghilangkan
rasa sunyi di hatinya ini, dia tidak akan pandang. Dia tidak perlukan sesiapa
untuk dia terus berpaut seperti orang bodoh yang hanya mengharapkan kehadiran
lelaki dalam hidup semata-mata. Sungguhpun dia tahu sebenar-benarnya yang
Willson cuba tarik perhatiannya dari terus menyimpan perasaan terhadap James,
dia tahu bagaimana untuk mengawalnya sendiri. Dia seorang gadis yang kuat dan
tabah. Dia tahu itu.
Senyuman
sinis yang tadi menghiasi di bibir Willson pudar perlahan-lahan berganti dengan
satu pandangan simpati bersama senyuman memujuk. Berhati-hati Willson menghulur
jemari kanannya, menyapu pipi Julie. Lembut dan tenang. “Saya nampak air mata
awak mengalir,” ujarnya kemudian menyapu pipi kiri pula yang dibarisi curahan
air mata yang jatuh setitis demi setitis.
“Saya
nampak seorang gadis rapuh yang cuba bertahan pada dahan yang hampir tumbang.
Sekuat mana dia cuba mempertahankannya, lama kelamaan pokok itu tumbang.
Menyembah bumi. Kembali pada penciptanya dan tinggalkan awak terkapai-kapai
dalam usaha melawan arus deras dengan tabah sekali. Seberapa banyak kali saya
hulur jari saya, awak tak pernah menerima atau meminta sekalipun. Pendirian
awak buat saya tak sanggup biarkan awak lemas sendiri. Apakata untuk sekali ini
awak menyerah dan terima saya?”
Julie
ketap bibirnya. Dia tepis jemari Willson ketepi. Dia mengaku yang setiap patah
kata yang Willson katakan itu betul. Tetapi dia tetap tidak boleh terima
Willson dalam hatinya. Dia takut. Itu yang sebenarnya.
“Baliklah.
Hari ini buka separuh hari saja,” baritahunya lemah. “Terima kasih sebab tolong
tadi...”
Willson
ukir senyum puas.
Julie
tarik nafasnya. Dia pandang wajah Willson, tepat. “... dan saya harap lepas ni
hubungan kita tak lebih dari apa pernah berlaku hari ini. Saya minta maaf,”
ucap Julie lalu dia bingkas bangun.
“Nanti,”
tahan Willson. Senyumannya serta merta pudar. “Adakah awak menolak saya?”
Julie
tutup dua belah matanya kemudian dia tarik nafas lalu hembus. Dia berpaling,
wajahnya tidak segarang seperti sebelum ini tetapi cukup menzahirkan apa yang
ingin dia ucap. “Ya Willson. Saya menolak lamaran awak. Mencintai seseorang
bukan semudah yang awak fikirkan.”
Dia
bukannya sombong dan dia bukannya berlagak kuat. Tetapi buat masa ini, biarlah
dia sembuhkan parut yang masih lagi jelas di hatinya.
PERTAMA
kali Allisa menjejakkan kakinya ke dalam rumah kaca yang terletak di hujung
sebelah utara bangunan, berdekatan dengan anak sungai yang mengalir dari bukit
berdekatan menuju ke saluruan longkang bawah tanah. Selama ini dia tidak pernah
perasankan rumah kaca dengan siling tinggi ini walaupun kedudukannya
betul-betul dekat dengan pagar utama rumah agam ini.
Kebanyakan
tumbuhan yang dijaga rapi di dalam ini ialah bunga-bunga herba juga bunga
hiasan. Namun tiada satu pun bunga petunia kegemarannya yang tumbuh di dalam
ini. Dia tertanya-tanya, bagaimana bilik rahsia itu boleh dipenuhi dengan bauan
bunga tersebut sedangkan tiada siapa pun di dalam rumah ini yang menanam bunga
itu. Mustahil Daniel. Lelaki itu tidak seperti seorang penggemar bunga.
“Teh
bunga?”
Allisa
tersentak. Mindanya kembali pada rialiti. Dia pantas mengangguk lalu menerima
huluran cawan dan piring dari Vincent. Berhati-hati dia menghirup sedikit teh
bunga itu. Manis.
“Dah
fikir masak-masak tentang apa yang abang katakan hari tu?” soal Vincent
berterus terang.
Allisa
pandang Vincent tanpa riak. Mindanya menerewang jauh ke malam mereka berbual
tentang masalah Daniel. Tentang masalah keluarga ini. Walaupun Vincent tidak
jelaskan dengan begitu jelas padanya, namun dia faham maksud lelaki itu. Dia
tidak perlu masuk campur dalam hal ini lebih dalam.
“Atau
Daniel ada buat sesuatu pada awak sehingga awak berubah fikiran pada saat
akhir?”
Tiba-tiba
Allisa terbatuk. Air tehnya masih lagi di rongganya, tidak bergerak-gerak dek
akalnya yang asyik terbang sana sini. Sudahnya dia tersedak dek terkejut dengan
soalan cepumas dari Vincent. Agaknya lelaki ini boleh membaca fikiran orang.
Tahu-tahu sahaja yang adiknya itu telah membuat sesuatu yang tidak patut
padanya tadi. Allisa ketap bibirnya.
“Saya
minta maaf,” ucapnya tiba-tiba rasa bersalah. Mendengar cerita-cerita tidak
enak tadi, dia rasa sebahagiaan kesalahan jatuh di atas bahunya juga.
Vincent
mengukir senyum. “Kenapa nak minta maaf? Awak tak buat salah pun. Abang cuma
tanya,” jelasnya. Dia duduk santai menghadap Allisa.
Allisa
letak cawan dan pasangannya di atas meja kopi. “Saya patut minta maaf.” Dia
berkeras. “Kalau saya tahu keadaan tadi, saya takkan ikut Daniel pergi,”
beritahu gadis itu. Mata memandang lantai. Sekarang bukannya masa untuk dia
termenung jauh kalau dia tidak mahu ditangkap Vincent buat kali kedua.
Bunyi
kipas siling yang berputar ligat jauh di siling sana, kedengaran sayup-sayup.
Suasana yang senyap itu membuatkan Allisa semakin berdebar. Rasa bersalah
apatah lagi. Tiada siapa dapat menduga di sebalik topeng ceria yang Vincent
sering tunjukkan, membawa makna serius pada kulit sebenarnya. Aura Vincent
tunjuk ini sama resonannya dengan aura Tuan Scoot. Meremang bulu romanya.
Ketawa
Vincent pecah.
Allisa
terkial-kial.
“Maaf,”
ucap lelaki itu. “Abang tak maksud nak takutkan awak tapi awak serius sangat,
takut abang rasa tadi,” ujarnya. Nadanya seperti berhati-hati.
Mata
Allisa terbuntang. Dia yang ketakutan denga singa jantan rupanya singa jantan takutkan
dia? Tanpa sedar Allisa ketawa paksa.
“Betul.
Abang tak salahkan Allisa dalam hal ni. Semua ni Daniel yang putuskan sendiri,”
cakap Vincent bila ketawanya reda. “Abang hanya kesal dengan pilihan yang
Daniel pilih,” sambungnya. Anak mata lelaki itu seperti hilang sinarnya.
Semangatnya hilang bila mengenangkan dia sebenarnya tidak mampu membetulkan
perkara yang salah. Meletakkan kedudukan ke posisi yang asal bukanlah perkara
yang mudah bila kita sudah mula menyayanginya sepenuh hati, pelbagai perkara
timbul di benak bila kita nekad untuk mengubah. Masa itu, dia jadi was-was
pula. Takut akan penerimaan orang lain.
Dahi
Allisa berkerut. Dia tidak faham dengan maksud kata-kata Vincent. Lelaki ini
selalu cakap beralas dengan dia sehinggakan kadang-kadang dia pening memikirkan
maksudnya. Dia cuba memberanikan diri. Dia perlu jelas dengan masalah ini.
Hendak atau tidak, dia sememangnya sudah terlibat dalam masalah ini. “Apa maksud
abang tadi? Kenapa abang cakap macam tu?”
Vincent
menghela nafas berat. “Abang minta maaf sebab tak jelaskan hal ini betul-betul
dengan Allisa, tetapi abang nak awak janji satu perkara dengan abang,” pinta
Vincent.
“Janji
apa bang?”
“Janji
yang tak kira apa yang berlaku selepas ini, Allisa kena tolong abang tanpa
menimbulkan curiga Daniel. Janji?” Vincent menghulurkan jari kelingkingnya.
Bersungguh wajah itu mahu gadis di sebelahnya berjanji.
Allisa
menyambut jari kelingking itu dengan jari kelingkingnya juga. Dia akan bantu
Vincent selesaikan masalah ini. Selagi boleh, dia akan buat yang terdaya. Dia
tidak mahu perkara seprti tadi terjadi lagi. Dia mahu Daniel tunaikan janjinya
pada Anita.
Vincent
pandang Allisa. Patah kata disusun laju agar tidak mengejutkan gadis itu. “Ini
mungkin sesuatu yang mengejutkan tetapi benarnya, Daniel hanya anak angkat
dalam keluarga ni.”
Anak
angkat? Belakang badan Allisa menjadi tegak, pendengarannya tiba-tiba menjadi
begitu jelas.
“Mama
ambil dia selepas ibu Daniel sendiri meninggal ketika melahirkan dia dan budak
tu sepanjang hayatnya tidak pernah tahu tentang kebenaran ini. Malah dia
lansung tiada darah Scot yang mengalir dalam badannya dan secara automatik...”
“...
dia tak ada kaitan lansung dengan sumpahan tu?” sambung Allisa perlahan.
Kontrak yang termetrai antara Anita dan Daniel tidak pernah termaktub kemas.
Itu hanya janji kanak-kanak yang dengan mudah boleh dilupkan. Tetapi kerana
Daniel fikir dia hanya seorang Scot ditambah pula orang sekeliling meyakin dirinya
sedemikian, dia berfikir yang dia perlu tunaikan janjinya. Hanya kerana takut
dimakan sumpah. “Jadi kenapa abang kesal dengan pilihan Daniel?”
“Itu
sebab dia tidak pandai mengawal keadaan dengan baik. Terlalu tergesa-gesa
tetapi lambat. Dia mengambil masa untuk bertindak tetapi bila dia dah tekad,
dia tak fikir panjang. Tindakan dia melukakan hati ramai pihak. Sebab itu abang
nak awak tolong abang,” pinta Vincent dengan mata lelaki itu antara mahu dan
tidak memandang wajahnya. Nada lelaki itu semakin berhati-hati menutur kata.
“Abang
nak suruh saya buat apa?” Allisa mula berasa curiga. Hatinya dijentik sesuatu.
Bukan kerana permintaan yang bakal Vincent kemukan tetapi satu rasa inferior
yang kuat.
Vincet
tekup jari jemarinya ke wajah. Disapu sehingga ke belakang kepala jatuh ke
belekang tengkuknya. Jangtungnya berdebar bagai hendak gila saat ini. Mahukah
tuan puteri ini menerima cadangannya ini? “Abang nak awak terima cinta dia.”
No comments:
Post a Comment