26
Allisa
bangkit. Kepalanya tergeleng-geleng. Tidak. Dia tidak boleh buat begitu. Hal
seperti ini di luar kemampuan dia. Terima cinta Daniel? Lepas itu buat apa?
Kahwin lari? Gila! Apa yang Vincent fikirkan sehingga dia perlu buat begini?
Dia ada status, dia ada tunang, dia perlu mencari serpihan memorinya yang
hilang dan bukannya bermain cinta dengan orang asing. Mungkin kerana terkena
bahang awal musim panas, kepala Vincent sudah tidak betul atau agaknya Adella
tidak layan dia untuk tiga hari ini, itu yang sewel sekejap. Apapun dia tidak
akan terima cadangan mengarut ini.
“Abang
tahu Allisa susah nak terima cadangan abang, apalagi abang ni cuma rakyat biasa
sahaja– ”
“Apa
maksud abang?” Mata Allisa mencerlung memandang wajah Vincent. Kata-kata Vincent
tadi mencuit hatinya. Telahannya tepat. Rasa tidak sedap itu berkunjung lagi.
Vincent tahu sesuatu yang tidak patutkah?
Vincent
teragak-agak untuk buka mulut pula. Dia terlepas kata sebenarnya. Juliane
awal-awal lagi sudah berpesan padanya supaya tutup mulut dan buat tidak tahu
sahaja tetapi sekrang ini bila dia terdesak dia terlupa sebentar akan pesan
kawan sebayanya itu.
“Beritahu
saya sekarang juga Vincent!” arah Allisa tegas.
“Maafkan
saya tuanku, kerana tidak berterus terang dari tadi. Hamba khuatir jika hamba
berterus terang, tuanku murka,” jawab Vincent laju. Setiap corak kata yang
meniti di hujung lidah lelaki itu membuatkan wajah Allisa berubah.
“Ma...
macam mana?” Allisa terduduk. Fokus matanya lari. “Siapa sahaja lagi yang
tahu?”
“Hanya
hamba seorang.”
Tidak
semena air mata Allisa bertakung. Terkejut dengan pengakuan tiba-tiba. Inilah
sebabnya dia tidak mahu rahsianya diketahui. Masyarakat terlalu berpura-pura
dengannya. Sedangkan dia hanya seorang puteri yang tidak tahu apa-apa melainkan
hanya tersenyum dan melambai. Tersilap langkah, bukan dirinya dihukum tetapi orang
yang mengikutnya menerima habuan. Itu kerana dia diasingkan supaya dia tidak
melakukan banyak kesilapan. Menjadi kerabat memerlukan banyak pengorbanan
termasuklah cinta yang mula mekar di hatinya ini. Cukuplah Juliane hampir
dipulau dahulu kerana mendadak melamarnya, jika bertindak semberono lagi, entah
apa akan jadi pada keluarga ini lagi. Lagipula atas sebab yang tidak dapat
dijelaskan, badannya mengigil. Seperti satu trauma yang telah dilupakan.
Allisa
menyapu air matanya. Wajah Vincent yang tertunduk itu dipandang. Rasa kesal
bertamu di hati. Sekali lagi dia bertindak di luar kawalan. Kata-katanya
menjadi bisa lagi. Dahulu pernah terjadi pada Daniel sekali dan sekarang ini
pisang berbuah dua kali. Lantas bahu Vincent disentuh. Lelaki itu mendongak memandangnya
takut-takut.
“Jangan
bezakan darjat antara kita, bang,” ucap Allisa. Ketar di badannya cuba dia
tahan. “Saya minta maaf sebab dah takutkan abang tadi. Tapi saya minta abang
jangan beritahu sesiapa tentang hal ini termasuk isteri abang.”
Vincent
mengangguk. Dia sendiri juga terkejut tadi. Badannya secara automatik bergerak
sendiri menzahirkan rasa takutnya terhadap gadis itu. Setiap patah kata yang
terluah tidak pernah dia fikirkan. “Abang pun minta maaf sebab gunakan
awak,” balas Vincent. Lidahnya kembali
lembut berbicara dalam bahasa mindanya.
Allisa
menggeleng. “Saya memang tak boleh buat apa yang abang suruh saya buat itu.
Menggunakan cinta Daniel untuk putuskan janji mereka saya rasa tidak elok. Tapi
saya fikir mungkin ada cara lain. Yang boleh buat Daniel berhadapan dengan
janji yang dia buat itu dan putusnya dengan cara yang baik. Abang akan
berangkat ke Prace dalam masa tiga hari kan?” Allisa tarik nafasnya dalam.
Sekali lagi dia terfikirkan idea gila. Rumah barunya belum diduduki, dia dah
terfikir untuk pergi lebih jauh. Apa agaknya penerimaan Julie terhadap rancangan
ini lebih-lebih lagi bagaimana dia hendak beritahu Julie tanpa membongkar hal
sebenar?
DIA
menjengah bilik Julie yang suram dan kelam tanpa ditemani sebarang cahaya lampu
waima sebatang lilin meja. Matahari petang semakin menyinsing, suasana bilik
membuatkan semakin sukar untuk Allisa mengesan kedudukan Julie yang sedikit
tersorok disebalik dinding. Allisa pantas menyusun langkah ke beranda, tempat
gadis itu berdiri menghadap luar.
“Kenapa
tak hidupkan api Jul? Apa yang awak buat dekat luar tu?” Allisa tergamam.
Matanya tidak berkelip melihat wajah Julie yang sembap dengan mata yang
membengkak, hidung yang merah dan pipi yang yang lekit dengan air mata. Sekitar
kolar baju gadis itu basah dek air mata yang jatuh menuruni pipi. Sahabatnya
pantas menyapu titis air yang masih lagi mengalir dari tubir mata. Sedaya upaya
juga menyembunyikan sedu kecil yang tidak mahu berhenti.
Ini
kali kedua dia melihat Julie menangis sebegini. Kali pertama dahulu selepas
sahabatnya berpisah dengan James demi merelakan perkahwinan kekasih hati dengan
kakak sendiri. Hari ini pula, apa puncanya? Fasal James lagikah? Jika begitu,
ini pasti kerja Willson!
“Jul...”
“Saya
tak nak cakap dengan awak,” potong Julie. Dia meloloskan dirinya ke dalam bilik
yang sudah gelap itu. Allisa membuntuti langkah. Dia tidak kisah apa sekalipun
Julie katakan padanya. Saat ini, peranng dingin mereka harus dihentikan.
Keadaan Julie menjadi keutamaannya.
“Saya
minta maaf Jul. Saya janji lepas ini saya akan beritahu awak setiap masalah
saya,” mohon Allisa sambil cuba menyaingi langkah Julie yang ingin mengurung
diri di dalam bilik air. Dia pantas berlari ke muka pintu itu lalu bersandar
padanya. Tangan didepa seluasnya. Mukanya tegas.
“Ketepi,”
cakap Julie.
Allisa
menggeleng. “Takkan. Saya tahu awak marahkan saya tapi... Beritahu saya Jul,
siapa yang buat awak macam ni? Willson ke?” teka Allisa yang tepat mengena ke
titik tengah punca segala masalah. Matanya memandang tepat ke anak mata biru
sahabatnya.
Julie
mengelak. Dia sudah tidak marahkan Allisa. Malah dia sangat perlukan kehadiran
gadis itu tetapi dia malu. Malu bila Allisa terpaksa melihat keadaannya begini.
Dia menangis kerana seusatu yang dia tidak pasti. Rasa menyesal apatah lagi.
Apa yang dia tahu dia tidak bersedia lagi untuk berpindah ke rumah mereka esok.
Berjiran dengan lelaki yang telah dia tolak lamarannya, dia pula yang berasa
tidak selesa. Dia pula yang berasa lemas hanya memikirkannya. Sedangkan tadi
dia begitu pasti yang dia tidak perlukan bantuan sesiapa untuk berdiri semula.
Begitu pasti yang hatinya perlukan masa untuk betul-betul pulih parutnya. Apa
yang patut dia buat? Allisa, apa patut dia lakukan agar segala rasa yang
berbekam di hatinya ini hilang?
Allisa
jatuh kasihan melihat Julie masih lagi menangis teresak-esak di hadapannya.
Semakin lama semakin lebat. Rupanya mereka dua gadis yang berada dalam keadaan
sengsara. Masing-masing mengalami hari yang menyedihkan. Berhadapan dengan
cabaran yang tidak mampu rentasi tetapi berlagak seperti dialah juara. Manusia
yang bergelar perempuan, umpama jantung pisang. Luar nampak sahaja ungu ranum
dan megah. Tetapi bila dibuka satu persatu lapisannya, jantungnya hanya sebesar
genggaman tangan yang tampak rapuh dan mudah hancur bila dipijak berkali-kali. “Jul...”
“Apa
yang patut saya buat All?” soal Julie bingung. “Apa yang patut saya lakukan
agar saya dapat jalani hari saya dengan aman?” Julie memberanikan dirinya
memandang wajah Allisa. Matanya terbuka luas. “All...”
“Jul...”
Mereka
berpelukan sambil menangis hiba. Mengongoi minta dipujuk. Masing-masing mula
berbicara karut. Menyalahkan sesiapa yang terlintas di fikiran dengan alasan
yang entah apa-apa. Lansung tiada kaitan dengan punca masalah mereka. Janji
jiwa mereka kosong selepas itu. Mata biar bengkak mengalahkan panda. Hingus
biar meleleh hingga ke bibir. Janji mereka rasa tenang selepas badai melanda
hati, menghempas tanpa henti yang akhirnya tinggal tiada apa kecuali hari yang
mati.
“Pergi
mana?”
“Prace.”
Mata
sepet Julie memandang Allisa tanpa rasa percaya. Tiba-tiba mengajaknya bercuti
ke Prace dalam masa tiga hari ini. Mereka yang kini telah duduk di atas sofa
tidak jauh dari tempat mereka menghambur air mata dengan lampu yang sudah siap
hidup, nampak bengkak-sembap wajah mereka.
“Kenapa
tiba-tiba?” soalnya dengan dahi berkerut. Dia menolak-nolak pipinya bagi
menghilangkan rasa kebas akibat menangis yang tidak henti. Allisa yang
dilihatnya berwajah muram bila dilontarkan soalan sedemikian. Tiba-tiba
terdetik sesuatu di benaknya tika ini. Sesuatu menggangu fikirannya.
Semenjak
seminggu dua ini dia sibuk dengan urusan perpindahan dan memikirkan masalah
yang wujud antara dirinya dan Willson dia jadi lupa akan sesuatu yang penting.
Apapun dia biarkan mulutnya terkunci, mahu menunggu apa yang Allisa mahu
katakan. Jika tepat apa yang terlintas di benaknya ini, dia tidak akan
teragak-agak untuk bersetuju dengan rancangan gila sahabatnya ini.
“Siang
tadi, saya ikut Daniel pergi memandu,” cakap Allisa setelah berfikir panjang
menyusun ayat sejak sebelum dia berpisah dengan Vincent di muka pintu rumah.
Julie bukannya orang yang mudah. Gadis itu cepat tangkap sesuatu yang di luar
kebiasaan. Jika dia silap langkah dia tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan
dengan penerimaan Julie pula.
Namun
melihat riaksi Julie, Allisa tidak mampu mentafsir apa yang sedang difikirkan
sahabatnya itu.
“Awak
berdua buat apa aja lepas tu?” Tenang sekali Julie menyoal. Masih lagi
mengurut-urut pipinya. Mata memandang ke arah pendiang yang terpasang dengan
api kecil.
“Kitaorang...”
Dia jeda sekejap. “... Dia bawak saya ke satu tempat ni, saya tak tahu mana
tapi dekat sangat dengan Sreopynn,” tuturnya bersahaja tetapi di dalam hati
berdebar sakan. Tidak tahu kenapa dia berasa takut sangat. Seakan setiap patah
katanya dikhuatiri menggambarkan rasa hatinya.
“Dia
luahkan perasaan dia.”
Senyap.
Julie
menghembus nafas berat. Dia sudah agak. Daniel tidak makan saman. Berkali dia
pesan tetapi degil. Sekarang ini, lelaki itu timbulkan masalah dan tarik sekali
Allisa dalam masalah itu. Dia lansung tidak berkenan dengan apa yang dia
dengar.
“Sebab
itu aja awak nak pergi Prace?” soal Julie meminta kepastian. Tangannya sudah
berhenti mengurut walaupun matanya masih lagi sepet, cuba melihat wajah Allisa
sebaik mungkin. Dia tidak mahu ketinggalan satu perincian kecil pun.
Allisa
menggeleng. Sikap Julie yang tenang itu mengejutkannya. “Dia... ucapkannya. Dia
cakap yang dia cintakan saya. Dia nak kahwin dengan saya.”
Terbit
keluhan besar dari celah bibir Julie. Kemudian dia ketawa. “Apa kena dengan
lelaki-lelaki sekeliling kita? Buang tebiat ke?”
“Willson
ajak awak kahwin juga?”
“Dia
paksa saya!” Julie tersandar lesu di sofa. Wajahnya antara kecewa dan
ketidakpercayaan. Ada air mata yang mula bertakung di penjuru matanya. “Dia...”
Dia pandang wajah Allisa. “Dia ingat cinta tu mudah ke?” Jarinya menggeletar.
“Saya tak boleh terima apa yang dia cakap tu. Bukan semua orang macam dia.
Bukan semua orang macam James. Mereka gila!”
Air
mata Allisa turut mengalir. Mendengarkan luahan Julie, dia jadi sebak. Julie
masih tidak mampu melepaskan James pergi dan dia... masih lagi di dalam dilema.
Dia mahukan Juliane tetapi hatinya menyayangi Daniel. Sekurang-kurangnya, Julie
jalas dengan rasa hatinya sendiri. Dia pula, masih terkapai-kapai dalam mencari
arah takdirnya.
“Daniel
pun sama bodohnya! Tak sedar yang dia dah nak kahwin ada hati nak main cinta
dengan anak raja. Pergi mampus!” marah Julie lagi.
Allisa
menunduk. Sepanjang hari ini, dia asyik memikirkan yang jika dia tidak terjun
tingkap hospital itu tempoh hari, masalah ini tidak akan timbul. Dia tidak akan
mengganggu perasaan Daniel yang tekad mahu melaksanakan janjinya dahulu. Dia
tidak akan sedar yang selama ini perasaan yang dia ada untuk Juliane hanya
perasaan yang berbeza dari yang sering dia fikirkan selama ini.
“Awak
tahu, awak dah buat keputusan yang tepat All. Tiada apa yang baik yang ada
untuk kita di sini. Kita hanya merosakan jiwa kita kalau kita tinggal sini
lama-lama dan awak takkan dapat semula memori awak dan itu saya takkan
benarkan. Jadi apa rancangan awak untuk buat mamat tak guna tu ubah fikiran
dia?”
Mereka
saling berpandangan. Allisa hembus nafasnya. Berat. “Clarice datang esok
bukan?”
Jelas
di wajah Julie akan persoalan di benaknya namun dia anggukkan juga. Pembantunya
akan datang esok pagi bersama-sama seorang pembantu baharu bagi membantu mereka
menguruskan rumah baru mereka. Tetapi memandang mereka ada rancangan baharu,
mereka mungkin hanya menetap untuk dua hari sahaja di rumah itu. Dia mungkin
akan bawa Clarice bersama. Tidak mahu dia menyuruh pembantunya itu pulang
tiba-tiba. Tidak fasal-fasal, ibu ayahnya melenting suruh dia pulang ke Brynn.
Lebih parah jika Raja Dominick tahu kerja gila ini. Mintak simpang 44-lah. Dia
tidak mahu kena pancung!
“Kenapa?”
soal Julie setelah Allisa diam tidak berkutik setelah dia mengiakan pertanyaan
itu.
Tiba-tiba
Allisa buka ikatan rambutnya yang mencecah sehingga bahunya. Kemudian dia
urai-urai rambut itu dengan wajah yang teragak-agak mahu memberitahu apa yang
difikirkan. “Awak rasa... saya nampak cantik dengan gaun?”
Terkebil-kebil
mata Julie mendengarkan satu lagi pertanyaan Allisa yang di luar kotak
perbualan mereka. Dahinya berkerut. Dia terfikirkan sesuatu. “Takkan...?” Dia
meneka. Matanya bertambah sepet dalam usaha mengolah pertanyaan dan perilaku
pelik sahabatnya. “Awak nak guna cara kejam tu?”
Bibir
sahabatnya itu terukir nipis sambil menjongkit bahu. “Entahlah. Saya tak rasa
pun tapi saya ni memang cucu Raja Dominick kalau ya,” jawabnya dengan sengihan
tawar.
No comments:
Post a Comment