34
“Bianca...”
panggil Allisa. Dia melihat bias wajah Bianca dari cermin. Gadis itu
menganggkat muka. Memandang anak mata hijau gelap Allisa. Dia berhenti menyisir
rambut Allisa.
“Ya
cik?”
“Macam
mana saya boleh balik ke bilik semalam?” Allisa berpaling. Memandang wajah
Bianca secara berhadapan. Dia lansung tidak mengingati yang dia berjalan pulang
ke bilik hotel kerana setahunya semalam dia...
“Tuan
Muda Scot. Cik...” Bianca telan dulu liurnya. “... cik tak apa-apa?” soalnya
risau. Sehingga pukul 12.30 malam dia menunggu Allisa pulang tetapi tuan puteri
itu tidak pulang-pulang. Malah bila dia telefon ke meja risepsi, mereka katakan
yang Daniel juga masih belum pulang. Bermacam-macam andaian buruk timbul di
benaknya sehingga dia nekad untuk keluar mencari Allisa. Namun baharu sahaja
dia hendak bersiap, pintu biliknya diketuk. Bila dia buka, dia lihat Allisa
berada dalam gendongan Daniel. Wajah Allisa pucat lesi dan Daniel pula
berpeluh-peluh. Di belakang lelaki itu, seorang doktor lelaki yang berpakaian
pijama dengan silipar bilik, muka tidak sememeh dan cermin mata yang tidak
terletak elok.
Daniel
masuk diikuti doktor tersebut. Allisa dibaringkan di atas katil. Bianca lihat,
Daniel menggesa doktor tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas Allisa
dan kelihatan resah sepanjang masa lelaki itu memeriksa.
Menurut
doktor, Allisa menjadi begitu kerana terkejut dan stress yang banyak. Malah
gadis itu juga seperti kehilangan banyak oksigen seperti lemas. Mendengarkan penjelasan
doktor tersebut, Bianca rasa sesuatu yang tidak kena. Dia tunggu sehingga
doktor yang membantu itu pergi baharu dia tanyakan hal ini pada Daniel.
“Nasib
baik ada doktor yang menginap di sini. Kalau tidak saya tak tahu nak buat macam
mana. Merata saya cari klinik yang ada, tetapi semuanya sudah tutup,” keluh
Daniel dalam nada lega. Dia mengusap rambut Allisa. Hendak tercabut jantungnya
tadi bila dia lihat Allisa sudah tiada di sebelahnya.
“Tuan
muda,” panggil Bianca. “Apa yang sebenarnya yang dah berlaku? Taun muda bawa
tuan puteri ke mana?”
Daniel
berdiri. Dia pandang Bianca. “Saya tak tahu.”
Mata
Bianca mengecil dan tampa dia sedar dia sudah berpeluk tubuh.
Daniel
angkat tangan kanannya. “Sumpah! Sa... saya sememangnya tak tahu apa yang
terjadi. Dia bawa saya ke sarkas dan kami masuk ke dalam rumah cermin dan dia
tiba-tiba hilang. Saya cari dia merata tapi saya tak jumpa. Tiba-tiba saya
dengar Allisa menjerit macam orang histeria. Bila saya pergi, dia dah diam dan
dia berdiri di hadapan cermin lansung tak berganjak. Kemudian dia pengsan dan
bila saya pegang dia, dia lansung tak bernafas. Jadi saya beri dia bantuan
pernafasan. Okey? Puas? Awak macam nak bunuh saya!”
Mata
gadis itu membulat. Wajahnya berubah. Dua tangannya terlerai. Dia terkejut
mendengar cerita Daniel dan dia sedar yang dia sudah menakutkan tuan muda itu.
Dia simpan senyuman mengejeknya di dalam hati. “Saya minta maaf. Terima kasih
kerana tolong jaga tuan puteri,” ucap Bianca.
Dia
bingkas bantu buka pintu bilik untuk Daniel bila lelaki itu sudah puas melihat
Allisa. Sebaik sahaja lelaki itu keluar dari bilik itu, dia tahan Bianca dari
menutup pintu. “Nanti.”
Gadis
itu tidak jadi menutup pintu.
“Beritahu
saya, sepanjang dia berada di Prace tiga bulan lepas, pernah ke dia... jadi
macam tu?” Riak Daniel ketara menunjukkan runsingnya. Sebelum ini Allisa pernah
lemas dalam tidur kerana terlebih dos pil tidur tetapi hari ini, apa yang
menyebabkan gadis itu lemas? Pil tidur lagi? Mustahil. Lagipula dengan
perlakuan Allisa yang pelik sebelum rebah, dia teringatkan insiden Allisa
bercakap dalam semi-sedarnya.
Bianca
pandang Allisa yang tidur nyenyak. Dia juga runsing. Sepanjang tiga bulan dia
menjadi pembantu Allisa, dia pernah lihat beberapa kali Allisa termenung jauh
ke dalam cermin dan kadang-kadang dia akan bercakap seorang diri tetapi tidak
pernah sehingga sejauh ini. Nampaknya perkara seperti ini semakin serius.
Dia
berpaling memandang Daniel semula. “Ya. Tetapi tidak pernah seteruk ini.”
Daniel
ketap bibirnya.
“Satu
lagi, saya minta tuan muda tolong jangan beritahu perkara ini pada siapa-siapa
termasuk tuan puteri. Ini rahsia antara kita. Selamat malam.” Dia tutup pintu
dan bergerak ke tingkap bilik. Dia mendongak. Ada sehari sahaja lagi. Jika
Allisa tidak mampu mengingati apa yang berlaku sepanjang seminggu sebelum dia
tidur, Bianca khuatir, sakit Allisa akan menjadi lebih teruk. Bagaimana dia
hendak menghadap Raja Dominick lusa dengan keadaan Allisa yang tidak stabil?
“BIANCA?”
Gadis
itu tersentak mengundang lebih banyak kerut di dahi Allisa. “Saya rasa saya
yang patut tanya awak okey atau tak. Awak okey ke ni?”
Bianca
menggeleng dengan bersungguh. “Maafkan saya cik,” ucapnya.
Allisa
ketawa senang.
Telefon
di bilik mereka berbunyi. Mereka saling berpandangan sebelum Bianca bingkas
menjawab telefon. Sambil menunggu Bianca menjawab telefon itu, fikiran Allisa
melayang ke peristiwa semalam. Dia tidak dapat buang imej wanita yang terbakar
dalam api yang merak dengan bau darah pekat yang hanyir.
“Mati!
Mati! Mati! Waris Reed musnah! Mati!!!”
Dia
seperti pernah mendengar ayat-ayat itu sebelum ini tetapi dia tidak mampu
mengingati bila dan di mana. Malah wajah wanita itu pun... dia seperti lihat.
Dia pejam matanya. Setiap fail dibuka. Setiap halaian disemak. Yang pastinya
ianya sesuatu yang berlaku tiga tahu dahulu, sebelum dia tidur. Mungkinkah
wanita itu ada di dalam sebahagian memori yang dia tidak mampu ingati?
Bianca
kembali ke belakangnya. Tangan kembali lincah menyikat rambutnya. “Cik...”
panggilnya lembut.
“Siapa
yang telefon tadi Bianca?”
“Tuan
muda. Katanya jumpa di lobi terus dan kita sarapan di kafe hotel. Cik tak
kisah?”
Allisa
senyum. “Awak ikut sekali kan?”
“Cik
tak nak saya ikut?”
Allisa
geleng. “Saya suka awak ikut sama. Tapi awak nak pakai itu sahaja?” Allisa
lihat Bianca pakai baju kemeja putih dan seluar slack hitam dan kasut potong.
Pakaian yang sama seperti semalam dan nipis.
Wajah
Bianca memerah.
Allisa
ketawa. “Kan saya dah cakap. Awak akan rasa selesa tapi nanti jangan lupa pakai
baju sejuk. Cuaca dah semakin sejuk,” pesan Allisa. Semalam dia keluar dengan
Daniel pun, dia sudah dapat rasakan angin dingin yang bertiup mengenai kulit
mukanya. Nasib baik dia pakai kardigan dan jaket kulit pemberian Juliane
sempena hari lahirnya dua bulan lalu di Prace. Lelaki itu sendiri datang dan
berinya secara bersemuka.
“Bianca...”
“Ya
cik?”
Allisa
teragak-agak untuk bertanya. Dia takut jika Bianca dapat hidu sesuatu yang lain
dari soalannya nanti. Tetapi dia perlu tahu. Mana tahu, jika Bianca beritahu
jawapan nanti dia mampu ingat peristiwa itu?
“Awak
ada di istana sejak awak 10 bukan?”
Gadis
itu mengangguk.
“Ada
tak peristiwa... berkaitan dengan... kebakaran?”
Kening
Bianca terangkat sedikit. “Kebakaran?”
Allisa
tunggu jawapan Bianca. Dia lihat mata gadis itu bergerak-gerak ke kiri dan
kanan seperti sedang berfikir.
“Maksud
cik... hari hukuman tu ke?”
“Hukuman?”
“Um...
hari hukuman pembunuh... yang... um...” Bianca rasa tidak selesa. Dia juga
berasa ragu-ragu. Tidak mungkin Allisa boleh lupa akan hari itu.
Allisa
masih menunggu.
“...
yang... bunuh tuanku raja dan permaisuri, ibu bapa cik.”
Bulu
roma Allisa menegak. Satu pintasan dejavu melintasi ruang fikirannya. Dia sudah
ingat. Kejadian yang berlaku tiga tahun lalu, salah satu perkara yang berlaku
dalam tujuh hari yang dia lupa. Wajah wanita yang membunuh ibunya dengan kuasa
sihir dan hukumannya, wanita itu dibakar kerana menggunakan sihir untuk
membunuh kerabat .
Muka
Allisa pucat. Bagaimana dia boleh lupa? Bagaimana dia boleh lupa? Rupa wanita
itu cantik, berambut perang emas, iris hijau, bibir merah. Fizikalnya wanita
itu sempurna dan wanita itu juga sahabat baik ibunya yang dia lihat selalu
berada di simpang ibunya tika waktu petang, yang sering dengar dari dua ulas
bibir ibunya bila waktu malam. Satu-satunya orang yang ibunya percaya.
“Saya
ditipu tuanku Raja Dominick. Percaya saya. Saya dimanipulasi. Saya tak berniat
nak bunuh sahabat saya sendiri!”
Dia
lansung tidak percaya kata-kata wanita itu kerana dia nampak dengan mata
kepalanya sendiri. Ibu dan bapanya dibunuh di hadapan matanya. Kerana itu juga
dia tidak mampu tuding jari ke arah orang lain. Kerana dia nampak semuanya.
Bagaimana wanita itu mentertawakan mayat ibu bapanya. Bagaimana wanita itu
melambung-lambung mayat ibu bapanya. Dalam mata wanita itu dia nampak syaitan!
“Ahhhhh!”
Cahaya
merah dari api yang marak membakar wanita sihir itu. Menjulang tinggi hingga
mampu menyentuh kaki awan. Petang yang jingga ditemani jeritan nyaring di
seluruh Brynn. Tubuh wanita itu terseksa dari api tetapi kelihatan lebih
terseksa di dalamnya bila ada sesuatu yang bermain-main di dalam badan wanita
itu. Mata wanita itu berubah sepenuhnya hitam dan gigi wanita itu bertukar
tajam. Dia ketawa terbahak-bahak. Saat badannya sedikit demi sedikit dimamah
api, wanita yang dirasuk itu ketawa dalam seksanya.
“Tuan
puteri jangan lupa pesan ibu. Selagi tidak diketahui, selagi itu tuan puteri
kekal senyap dan jika selamanya tidak diketahui, waris Reed akan mati! Mati!
Mati!”
Wanita
itu kembali ketawa dan ketawa sehingga dia tidak lagi mampu. Hari-hari yang
berikutnya kekal misteri dalam kepalanya. Tiada siapa yang mampu menjawab.
Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku? Hanya dia yang tahu.
SEPANJANG
hari itu, Allisa, Bianca dan Daniel pusing-pusing sekitar Bandar Utama Beth dan
Bahagian Kanan Beth yang terkenal dengan kilang kapur dan lilin. Terdapat juga
kilang kecil yang menghasilkan pigmen warna-warna untuk cat air, cat minyak dan
akrilik. Dalam perjalanan pulang mereka nikmati pemandangan matahari senja di
mana sekelilingnya dihiasi sebuah ladang bunga yang luas. Allisa tidak mampu
mengalihkan pandangannya dari melihat langit jingga. Ia mengingatkannya pada
hari hukuman itu. Api marak yang mencium lantai langit. Jeritan ahli sihir
wanita itu. Setiap patah kata yang wanita itu katakan. Wanita itu pembunuh dan
dia hanya tuding jari kerana dia saksi dan dia masih lagi tidak mampu mengingati
babak dia menjadi saksi itu. Mindanya yang katakan yang dia nampak ibunya
dibunuh, dilambung dan ditertawakan. Apa yang tidak kena dengannya? Seminggu
sebelum hari lahirnya, ibu bapanya mati. Persoalannya, kenapa tiada siapa
beritahunya apa-apa? Kenapa tidak Juliane atau Julie (orang yang sering
bersamanya selama ini di Darmadin) beritahunya?!
Daniel
lihat Allisa yang menongkat dagu di atas pintu kereta, melihat ke arah langit
senja. Dari apa yang dia nampak, gadis itu tidak menikmati suasana itu
sebaliknya, memikirkan sesuatu yang dalam dan tidak menggembirakan berdasarkan
kerut dahi gadis itu. Dia perasan sepanjang hari ini Allisa seperti tidak
berada di sini (Beth). Minda gadis itu melayang-layang ke tempat lain. Daniel
khuatir jika perubahan sikap Allisa ini ada kaitan dengan insiden semalam.
Mulutnya baharu sahaja ingin menyoal bila tiba-tiba Bianca tepuk belakangnya
dengan kuat.
“Pandang
depan!” jerit Bianca yang jelas kereta yang dipandu Daniel semakin mengesot ke
pembahagi jalan.
Daniel
pantas meluruskan stereng kereta dan spontan dia tekan pedal brek. Tayar
berdecit. Badan tiga manusia dalam kereta terlemabung ke hadapan sebelum
terhempas semula ke kusyen kereta. Berpinar sekejap kepala mereka dek kejutan
dari kesalahannya sendiri. Daniel hembus nafas kelegaan. Mata sempat mengintai
Allisa yang juga sepertinya menghembus nafas lega dengan tangan melurus ke
hadapan, menahan diri pada dashboard supaya tidak terhantuk diri sendiri.
Kemudian dia berpaling ke belakang melihat Bianca yang sudah pucat lesi
wajahnya.
“Maaf
dan terima kasih. Awak okey?”
Hanya
mata Bianca sahaja yang bergerak yang lain masih lagi kaku. Bibirnya
menggeletar tetapi dia kawal sebaik mungkin. “Cik macam mana?”
Daniel
pandang sisinya. Pada waktu yang sama, gadis itu pandang wajahnya. Mata mereka
bertentang dan terkunci. Lama. Jantung mereka seakan tidak berdegup dan suasana
jingga yang mengilingi mereka menambahkan rasa untuk memiliki. Untuk menyentuh
kulit pipi si dia, hidung si dia, kening si dia, alis mata si dia, bibir si
dia...
“Ehem...”
Kacau Bianca. ‘Jangan lupa aku dekat belakanggg...’ bisiknya di dalam hati.
Serentak
itu arus elektrik itu terputus. Masing-masing buang pandang ke arah lain. Pipi
merah. Perut memulas. Hati panas. Daniel buat-buat batuk. Berdeham sedikit. Dia
intai Allisa dari ekor matanya. Gadis itu tertunduk. Muka memerah. Dua-dua jari
kanan dan kiri mencucuk pipi. Bibir diketap kuat. Semakin lama Daniel lihat dia
rasa jantungnya berdegup laju seolah mula mengipas-ngipaskan angin ke arah
hatinya supaya semakin membara apinya, membakar perutnya menjadi lebih rasa
berbelit-belit dan memulas. Ini tidak boleh jadi!
Dia
pusing belakang. Wajah selamba Bianca dipandang semula. “Tunggu dalam ni dan
jangan kacau!” dia memberi amaran. Kemudian dia pandang Allisa. Gadis itu sudah
termangu-mangu. “Keluar,” arahnya.
Daniel
turun dari perut kereta yang dia sewa dari pihak hotel. Pintu kereta dihempas
kerana dia tergesa-gesa ingin ke tempat Allisa. Telapak tangan gadis itu
dicapai lalu dia genggam erat dan dia tarik. Paksa tarik!
Mereka
berjalan ke hadapan beberapa meter dari keretanya. Tidak terlalu jauh tetapi
cukup Bianca nampak bayangnya dan Allisa berdiri di ufuk jalan.
“Daniel
sakit...” rintih Allisa.
Namun
Daniel pekakkan telinganya. Dia terus berjalan sehingga dia sampai ke titik yang
dia anggarkan tadi dan dia berhenti. Secara drastik. Allisa yang dia tarik
secara paksa berhenti secara mengejut lalu rempuh belakang badannya. Dia lepas
dan raih secepat mungkin tangan Allisa. Dia tidak akan ulangi kesilapannya
semalam. Dia tidak akan lepaskan tangan gadis ini. Tangannya yang satu lagi
pegang pipi gadis itu. Panas. Betullah apa yang dia nampak. Ianya bukan bias
cahaya jingga atau silap matanya. Gadis ini menipunya dari dahulu sehingga
semalam dan dia tertipu. Hari ini, saat ini, dia akan buat Allisa jujur!
Cukuplah dengan permainan sorok-sorok, acah main baling sorok tangan.
Allisa
cuba larikan wajahnya namun Daniel pantas tangkap wajahnya dan menariknya
memandang ke arah lelaki itu. Jemari itu beralih ke dagunya. Bila kulit jemari lelaki
itu berlari di permukaan wajahnya, dia mahu lari. Tetapi kakinya tidak mahu.
Seperti terlalu berat. Terlalu berat sehingga bila Daniel lebih mendekatinya,
dia tidak mampu untuk mengundur. Sebaliknya jantung dia melompat-lompat, liur
semakin kurang di tekaknya, mata terlalu ingin melihat iris coklat itu. Semakin
dia berasa gementar bila jemari itu bermian di bibirnya. Menyapu lembut dua
ulas bibirnya. Tanpa dia sedar, badannya bergerak dahulu dari mindanya.
Mengikut rentak Daniel. Sewaktu dia sedar, dia sudah terlambat. Dia hendak
menolak tetapi semakin dia kuat menolak semakin hatinya inginkan. Jemarinya
yang terkunci di dalam genggaman tangan Daniel, terlepas. Sebaliknya badannya
pula yang terkunci. Daniel semakin berani dan dia takut. Kedua belah tangannya
dia arah untuk menolak tubuh itu, sebaliknya dia seperti orang yang tidak berdaya.
Dia kalah. Dia kalah... Dia terlalu cintakan lelaki ini. Sekuat mana selama ini
dia cuba buang, lebih banyak nama itu turukir di dinding hatinya. Sehingga bila
satu hari dia sedar, nama itu menjadi sama banyaknya dengan Juliane. Dia cuba
padam. Sekuat hatinya. Namun bila dia fikir nama itu sudah bersih dari ruang
hatinya, esoknya kembali penuh. Malah lebih banyak dari semalam. Lebih dari
Juliane. Sedikit demi sedikit. Nama itu bercambah walaupun sedikit-sedikit. Dia
sudah tidak berdaya. Umpama dua tangannya sudah terputus akibat terlalu sering
memadam, dia penat untuk melawan.
Allisa
tersandar di dada Daniel. Dia cari nafas untuk dia bernafas. Anehnya, ini
seperti bukan pertama kali dia bersandar pada tubuh ini. Bau badan lelaki itu
mengingatkannya pada tilam yang sering beri dia lena yang dalam. Selamat, aman
dan tenang. Dia sorok wajahnya. Dia balas pelukan erat Daniel. Dia jadi semakin
selesa bila dia tutup matanya. Tangannya berat untuk melepaskannya.
“Kenapa
awak tak beritahu saya?” bisik Daniel di telinga Allisa kemudian dia tunduk,
hidu bau gadis itu lalu dia hembus membuatkan Allisa semakin memeluknya erat.
Allisa
ketap bibirnya. Badannya menggeletar. Seperti sesuatu yang menjalar di setiap
sarafnya dan dia cuba untuk tenangkan jiwanya. Hakikat yang bibir dan nafas
hangat yang berada di batang lehernya membuatkan dia rasa terganggu dan
menyukarkan untuknya berfikir sacara rasional.
Dalam
dia tidak rela untuk lepaskan Daniel dan cuba menyembunyikan wajahnya yang
jelas merah, dia tolak tubuh itu menjauhinya sedikit namun masih lagi kekal
dalam penjara lingkungan lengan Daniel. Allisa paut lengan kirinya. Mata lurus
memandang dua belah kakinya.
“Allisa?”
Allisa
kerdipkan matanya beberapa kali. Kenapa setiap kali berkaitan Daniel, dia mesti
hendak menangis? Mana pergi gadis periang dan kuat itu?
“Kenapa
ni? Saya sakitkan awak ke?” soal suara itu penuh rasa resah dan bimbang. Itu...
itu punca hatinya lemah. Suara itu! Sejak dia bangun dari jatuh, sejak dia
sering sakit, sejak dia rasa sunyi dan ketinggalan, suara itu sering ada. Macam
mana dia tidak terpaut? Macam mana dia tidak rasa seperti hendak menangis?
“Jangan
macam ni. Beritahu saya. Awak buat saya takut. Saya minta maaf.”
Allisa
geleng. Geleng dan terus geleng sehingga dia rasa seperti berpinar. Nasib baik
Daniel masih terus memeluknya jika tidak dia boleh jatuh kerana pening.
“Allisa...”
“Hubungan
ni...” Dia tidak mampu lawan mata itu. Dia tidak mahu Daniel pandang matanya
yang basah. “... sejak awal, saya tahu ia takkan berjaya. Tak kira macam mana
kuatnya pengaruh awak ke atas saya, saya tetap tak boleh nampak awak dalam
situasi saya yang jauh bezanya dari awak. Saya ada tunang. Awak ada tunang.
Saya ada tanggungjawab. Awak ada tanggungjawab. Tingalkan pos saya sebagai
bakal permaisuri kerajaan ini... Daniel, kalau saya ada adik kandung, dah lama
saya lari dengan awak. Masalahnya, awak... Awak!”
Kali
ini dia berani lawan pandangan mata Daniel. Air mata sudah kesat terlebih
dahulu. “Awak banyak susahkan saya! Awak tak makan saman! Berapa kali saya
halau, awak datang balik! Macam anak itik. Degil. Kuat memaksa. Tak dengar
kata. Degil.... Degil... Cuba sekali awak...!”
Allisa
terkejut. Matanya mencelung memandang Daniel. Lelaki itu tersenyum nipis. “Saya
tahu tu. Awak tak perlu ulang banyak kali. Saya dah tahu. Yang saya nak tahu
sekarang, hati awak.” Dia turunkan jarinya dari terus mengunci bibir Allisa.
Gadis itu hembus nafas kasar. Tidak puas hati. “Allisa...”
Mata
Allisa naik ke langit. Bibir itu bergerak-gerak dalam muncung.
“Saya
tak nak dengar awak merungut,” cakap Daniel dapat mengagak apa yang Allisa
fikirkan.
Pipi
Allisa merah. Mata menunduk lemah tanda menyerah kalah. Pipi merah itu masih
menyala. Dalam keengganan, gadis itu cuba juga. “Saya cintakan awak.”
Daniel
tersenyum puas. Dia menang. Dia sudah berjaya buat gadis itu mengaku. Tanpa
tunggu sesaat dia kembali mengambil pipi gadis itu lalu dia tarik mendekatinya.
Ini hadiah untuk Allisa. Sesuatu yang manis dan kekal dalam memori gadis itu.
“Saya cinta awak juga.”
No comments:
Post a Comment