36
Melihat
Bianca tertunduk menukur karpet, Allisa kecewa. Dia kecewa. Pertama, kerana dia
yang sepatutnya tidak mampu bersuara. Kedua, kerana dia ‘mampu’ bersuara. Dua
perkara ini membawa satu perubahan besar dalam hidupnya. Permaisuri Raina kata,
dia kunci kotak suaranya untuk sementara sehingga kebenaran diketahui. Punca
suara dia dikunci... ianya berkaitan dengan warisan takhta dan akan pembunuhan
Permaisuri Raina dan Raja Louise.
“Pengetahuan
saya tentang cik ialah... seminggu sebelum cik tidur, beberapa hari sebelum
hari hukuman, cik tidak pernah bersuara. Seminggu sebelum cik tidur, cik tidak
mahu berjumpa sesiapa. Tetapi orang yang mampu menjawab segala persoalan cik,
ialah Raja Dominick.”
Allisa
ketap bibirnya. Dia mahu balik ke Brynn sekrang ini bila Bianca kata begitu.
Tetapi di Brynn, ada Aria. Orang yang membunuh ibu bapanya. Memikirkan
tentangnya buatkan perasaannya jadi berat.
“Bagaimana
dengan Aria? Dia ada di Brynn sekarang ini?”
Bianca
terkejut. Tidak menjangka Allisa akan bertanya soalan yang berbeza dari yang
dia jangka. Dia fikir yang tuan puteri akan bertanya lebih tentang hari hukuman
itu dan mengenai ahli sihir itu. “Cik Aria, sehingga sehari selepas diketahui
keadaan cik, tiada siapa tahu dia hilang ke mana. Selama tiga tahun ini, saya
tidak pernah dengar satu khabar pun tentang dia. Raja Dominick pun sudah
berputus asa untuk mencari dia.”
“Dia
hilang?”
Bianca
mengangguk.
Aria
hilang? Apa sebab gadis itu menyembunyikan diri sedangkan tiada siapa tahu
rahsia gadis itu melainkan dia. Tetapi pada Aria, dia hanya tahu Aria mampu
buat sihir dan percaya, bukan niat gadis itu ingin membunuh raja dan permaisuri
kerajaan ini. Dia tidak tahu apa rancangan sebenar Aria, apa yang dia tahu, dia
perlu ke Brynn. Secepat mungkin. “Kemas barang Bianca.”
“Haa?”
Kali ini dia betul-betul sedar dari mamainya.
Allisa
bangun. Dia mencari-cari beg bajunya. “Telefon atuk saya dan suruh dia hantar
kenderaan paling laju untuk ambil saya. Saya nak pulang ke Brynn pagi ni juga,”
arahnya tidak teragak-agak dalam mengeluarkan arahan.
Bianca
cuba mengkoordinatkan situasi sekarang. Dia masih lagi terkejut. Allisa
sememangnya suka buat keputusan mengejut sepertimana dia buat tiga bulan lepas.
“Kalau cik nak pulang sekarang, macam mana dengan tuan muda?”
Pergerakan
Allisa terhenti serta merta. Baharu dia sedar akan hal itu. “Fasal tu...” Dia
perah mindanya. Segala yang berlaku petang semalam membuatkan segala rancangan
dia huru hara! Sekarang ini, hendak atau tidak, dia perlu juga bertindak
sebegini pada Daniel.
PAGI
itu, Daniel bersiap sekacak mungkin. Wajah dia berseri-seri. Paling berseri
yang dia pernah ingat. Malah sepanjang dia bersiap, dia asyik bernyanyi kecil,
entah lagu apa. Dua-tiga kali juga dia bertukar pakaian. Pakai itu tidak
sesuai, pakai yang ini tidak sesuai. Akhirnya dia putus untuk pakai kemeja
putih, vase biru laut, bertali leher biru awan bercorak jalur biru seirama
dengan vase dan kotnya.
“Kau
nampak hebat!” pujinya di hadapan cermin. Matanya dikerdip. Bergaya ala-ala
Elvis.
“Apa
yang aku buat?” Dia berdiri tegak, mula sedar diri yang dia sudah terlebih
teruja. Dia tarik nafas dan hembus. Tali leher dibetulkan, beberapa kemasan di
kot dan dia dah bersedia untuk berjumpa Allisa.
Dia
tinggalkan biliknya dan menuju ke bilik Allisa yang selang sebilik darinya.
Sekali lagi dia betulkan rambut dan tali leher. Suaranya dideham beberapa kali
dan dia hidu bau nafasnya. Baik. Semuanya baik.
Dia
ketuk pintu bilik tersebut.
Tidak
berjawab.
Dia
ketuk lagi.
Masih
tidak berjawab juga.
Dia
mula rasa tidak kena. Dia ketuk semula. Kali ini bersama laungan. “Allisa?”
Dia
tekup telinganya pada permukaan pintu. Sepi.
Dia
resah. Tidak mungkin Allisa masih lagi tidur. Gadis itu jenis bangun awal. Jika
ya pun, Bianca kan ada. Takkan dua-dua masih tidur? Dia cuba menyedapkan
dirinya. Sekali lagi dia cuba ketuk pintu bilik tersebut.
Dalam
dia berusaha mengetuk pintu bilik Allisa, seorang petugas kaunter melalui
koridor, melintasinya. Namun petugas itu berhenti dan berpaling kepadanya.
“Maafkan
saya encik.”
Daniel
pandang petugas itu.
“Kalau
encik cari tetamu bilik ini, mereka dah keluar pukul tiga pagi tadi,”
beritahunya.
“Keluar?”
soal Daniel tidak percaya. Persoalan demi persoalan timbul di benaknya.
Petugas
itu mengangguk yakin lalu ucap selamat. Daniel pandang belakang petugas itu
berjalan menuju ke pintu biliknya pula. Lalu dia ketuk pintu bilik tersebut.
“Ya?”
jawab Daniel.
Petugas
itu pula yang terkejut. Wajahnya memerah. “Maafkan saya kerana tidak mengenali
encik tadi. Um... saya ada surat untuk encik. Dari Cik Reed. Dia suruh saya
serahkannya tepat jam 8.30 pagi.” Petugas itu menghulurkan sekeping sampul
surat pada Daniel.
Dia
pandang sampul itu. Namanya tertulis indah di atas permukaan sampul. Daniel
yakin, di dalam surat itu pasti penuh dengan alasan Allisa yang mengatakan
hubungan antara mereka tidak akan berjaya lantas melarikan diri dari dirinya.
Gadis itu terlalu ironi. Dia jadi penat untuk ambil tahu isi surat itu. Bila
dia fikir, Allisa ucap cinta padanya semalam, gadis itu mungkin akan ubah
fikiran, tetapi dia tersilap perkiraan. Buatlah macam mana sekalipun, gadis itu
tidak akan berganjak dari pendiriannya. Dia lepaskan keluhan berat.
Hendak
atau tidak, dia ambil juga surat tersebut. Dia juga ucapkan terima kasih pada
petugas itu.
Lemah
dia bergerak ke biliknya. Dia perlu kemas beg untuk pulang ke Darmadin. Seperti
yang dia janjikan dalam suratnya buat keluarga angkatnya, dia akan pulang jika
Allisa memilih untuk menolaknya dimana Allisa tidak tunggu sehingga tamatnya
hari ketiga untuk tinggalkan dia. Surat yang Allisa beri dia campak ke dasar
beg bajunya.
ALLISA,
Bianca dan Willson tiba di Brynn empat jam selepas mereka keluar dari hotel.
Dia tidak mampu menyorok rasa terkejut, marah dan pelbagai jenis perasaan yang
berkecamuk dalam dirinya bila dia mengetahui yang Willson ialah seorang pegawai
elit datuknya! Betul, kata Julie... Willson tidak boleh dipercayai!
“Bagaimana
dengan Julie? Selama ni awak tipu dia?” soal Allisa lagi beberapa minit mereka
hendak mendaki tangga kapal terbang ‘propeller’. Wajah Willson yang dahulu
Allisa lihat penuh sifat naif dan kebudak-budakkan pudar dan diganti dengan
satu wajah matang dan entah kenapa Allisa lihat tersorok lakaran muram di
sekeliling wajah lelaki itu.
Melihatkan
Willson diam dan lebih banyak mengelak untuk bertembung mata dengan Allisa,
puteri itu hembus hela berat dan sebal. Dia menggeleng kesal. “Selain saya,
siapa lagi tahu awak dan Bianca orang bawahan atuk saya?”
Bianca
yang tadi cuba menyorokkan diri dari terlibat dalam perbualan serius ini
(Allisa asyik desak Willson untuk menjawab setiap persoalannya bila dia nampak
Willson yang datang untuk ambil mereka ke Brynn) terlompat bahunya.
Willson
menggeleng.
“Kenapa
awak dedahkan identiti awak pada saya?”
“Bila
tuan puteri menaiki takhta, kami akan mula berkhidmat untuk tuan puteri. Saya
fikir lambat laun tuan puteri akan tahu juga,” jawab Willson senada. Tiada lagi
nada ceria atau main-mainnya. Rasa seperti berhadapan dengan patung hidup.
“Memang
pegawai elit kena bawa karekter macam ini ke?” sinis Allisa menyoal. Dia masih
ingat lagi peribadi Bianca diawal perkenalan mereka dulu. Dia masih enggan
untuk menaiki kapal terbang itu.
“Saya
tak macam tu,” jawab Bianca pantas dan mengundang senyuman di bibir Allisa.
“Kalau
begitu, pada hari pertama awak mula berkhidmat bawah saya nanti, saya nak lihat
Willson yang saya kenal bukannya pegawai yang berdiri depan saya ini.” Allisa
pandang tempat duduk kapal terbang ‘propeller’ itu. Dua keningnya bercantum.
“Kita nak campak Bianca dekat mana?”
Entah
macam mana, mereka sampai juga ke Brynn, pukul tujuh pagi itu, disambuti oleh
Raja Dominick dan Juliane. Jejak sahaja tanah, Allisa sudah tidak tengok kiri
dan kanannya terus berlari memeluk tubuh datuknya. Tubuh lelaki tua itu dia
peluk erat. Melepaskan rindu setelah empat bulan lebih dia tidak berjumpa
dengan lelaki itu, sedangkan bagi Raja Dominick ianya lebih dari empat bulan
itu.
“Oh
cucu aku, cucu aku...” rintih Raja Dominick bila pelukan mereka terlerai.
Allisa
tidak mampu berkata apa. Dia sedih dan keliru. Dia tinggalkan satu-satunya
darah dagingnya di Brynn dan enggan pulang sehingga empat bulan lamanya tetapi
rasa pelik bila dirinya dipeluk begitu erat oleh seseorang yang dirasakan
sangat janggal buatnya. Dia bukannya cucu yang baik untuk berfikiran begini.
Di
sebelah datuknya, berdiri Juliane, memandangnya kemudian ke arah tanah dan
kembali semula ke arahnya. Allisa ketap bibirnya. Walaupun dengan kumis nipis
di pipi dan misai nipis yang mula menghiasi wajah lelaki itu, Juliane okey
sahaja malah tampak lebih kacak.
Menyedari
mata asyik merenung wajahnya, Juliane tutup pipinya dengan kedua belah
tangannya. “Maaf, lupa nak cukur.”
Tawa
Allisa meletus. Betapa dia rindukan lelaki ini.
TENGAH
hari itu, Julie datang melawatnya.
“Allisa!!!”
Allisa
tutup telinganya. Berdesing dia dengar sahabatnya itu menjerit tidak ingat
dunia di dalam biliknya. Apa yang dia harapkan dari Julie? Sahabatnya memang
begini. Dia tidak boleh merungut. Lagipun, dia sebenarnya suka dengan sikap
Julie yang hidup dan ceria. Satu-satunya yang membawa warna warni dalam
hidupnya yang terkurung di istana ini.
Selepas
berpeluk, Allisa bawa Julie duduk di taman bunga di belakang biliknya. Cuaca
tengah hari itu selesa dan nyaman. Sudah lama rasanya dia tidak duduk di sini.
“Okey,
saya tahu awak ada banyak benda nak tanya tapi saya nak buat pengunguman
dahulu.” Allisa pandang Julie, menjangkakan yang sahabatnya akan membantah atau
akan cuba meneka apa-apa sahaja tetapi Julie duduk di kerusi dan memandangnya.
Menanti apa sahaja pengunguman yang Allisa ingin beritahu.
“Awak
tak nak teka?”
Julie
menggeleng perlahan. Antara yakin dan tidak. Kemudian dia tertawa kecil.
“Cepatlah bagitahu saya apa pengungumannya.”
Allisa
pandang Julie dengan pandangan pelik. Julie berperangai lain dari lain. Tetapi
dia putuskan untuk beritahu juga. Itu mungkin perasaannya. “Saya putus untuk
tidak akan tinggalkan Brynn.”
Mata
Julie tidak berkelip. “Aw... awak nak naik takhta?”
Allisa
jungkit bahunya.
Julie
tiru perlakuan Allisa dengan rasa sebal. “Ini apa?” soalnya sambil terus
mengejek aksi Allisa tadi.
Allisa
kumpul semangatnya. “Saya memang nak naik. Tetapi ada beberapa hal yang saya
tak berapa jelas. Mesti ada sebab kenapa saya lupa memori seminggu sebelum saya
tidur untuk tiga tahun lamanya dan saya perlu tahu kenapa saya minta atuk saya
bawa awak dan Juliane jauh dari saya seminggu tu?”
Mata
Julie semakin membulat. “Awak ingat?!”
“Ia
berlubang-lubang. Saya masih lagi mencari. Sebab tu saya tergesa-gesa pulang ke
Brynn dan tinggalkan Daniel seorang di Beth. Awak tahu sebab saya minta atuk
buat macam tu?
Julie
berdiri. Dia cuba keluarkan suaranya namun seperti ada benda yang menyekat
bibirnya dari membuka. “Aw... awak tinggal Daniel di Beth?”
“Ya.
Jul awak ingat tak?”
Allisa
lihat Julie seperti hendak ketawa tetapi lebih kepada tersenyum sinis. Antara
percaya dan tidak. “Wow. Awak ikut dia sampai ke Beth dan awak mungkin berhibur
sedikit dengan dia memandangkan awak kata awak nak beri dia peluang. Lepas tu,
awak tinggalkan dia tanpa apa-apa– ”
“Saya
tinggalkan surat.”
“Okey.
Awak tinggalkan surat. Hah! Femme Fatale!”
Allisa
berpeluk tubuh. Ketawa dalam ketidakpercayaan meniru gaya sahabatnya ketawa
sekarang ini. Dia tersalah sangka yang Julie berperangai pelik. Sebenarnya,
Julie macam biasa! Dia meneruskan tawa pura-puranya itu dan lima saat selepas
itu dia berhenti. Wajahnya jadi serius. “Apalagi pilihan yang saya ada Jul?
Saya terpaksa. Terlalu banyak benda yang saya nak tahu dan salah satunya saya
dah beritahu awak. Tapi awak ambil mudah kata-kata saya.”
Julie
angkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Dia ucap maaf.
“Kenapa
awak tak beritahu saya apa yang terjadi tiga tahun lalu?”
Julie
ketap bibirnya. Wajahnya redup. “Saya dan abang dah berjanji taknak sentuh
lansung tentang apa yang terjadi tiga tahun lepas. Saya minta maaf. Tetapi apa
yang saya tahu mungkin tak banyak membantu dalam apa juga awak sedang cari.
Saya rasa atuk awak boleh berikan apa yang awak nak.”
Allisa
rasa tertekan. Mula-mula Bianca cakap begitu dan sekarang sahabatnya sendiri
cakap begini. Kenapa begitu payah untuk orang berterus-terang dengannya? Ya,
dia tahu minggu itu, minggu sedih buat semua orang. Buat dia. Tetapi dia
perlukan jawapan. Bukannya persoalan demi persoalan bak cendawan tumbuh selepas
hujan. “Jul... tolonglah.”
Melihatkan
Allisa separuh merayu dan separuh lagi tertekan dengan situasi yang dialami
oleh sahabatnya, Julie rasa tidak sanggup untuk mengecewakan Allisa. “Sehari
selepas raja dan permaisuri mangkat, awak lansung taknak jumpa kami atau
becakap pun dengan kami. Mula kami fikir awak sedih dan perlukan ruang untuk
bersendiri. Tetapi selepas hari hukuman, awak jadi depresi dan kurung diri awak
sendiri dan arahkan semua orang pergi jauh dari awak termasuk kami.” Julie sapu
air matanya yang bertakung. “Bila kami pulang, awak pergi All. Untuk tiga tahun
dan sepanjang jangka masa awak pergi, saya banyak berfikir. Saya fikir... saya
ni kawan yang tak guna. Saya lansung tak boleh buat apa-apa untuk sahabat saya
bila dia susah sedangkan dahulu bila saya susah, dia sentiasa ada untuk saya.
Bila setiap kali saya fikir itu All, saya sedih. Saya marah. Lama baru saya
sedar, tak guna saya hukum diri saya begini dan saya berazam untuk sentiasa
pastikan saya ada disisi awak bila awak susah All.”
Allisa
termenung jauh. Tengah hari yang dia rasakan nyaman dan selesa tidak mampu
mengubah hatinya yang berkocak. Julie telah lama pulang ke rumah dan dia masih
duduk di kerusi taman, terkenangkan masa-masa yang dia lalui sepanjang dia
berada di Darmadin. Padanlah Julie sentiasa marah dengan dia bila setiap kali
dia jatuh sakit. Pemergiannya membenihkan sifat inferior dalam diri gadis itu.
Agaknya kalau dia tidak desak Julie untuk bercakap, dan biarkan gadis itu
melalut dengan kisah femme fatale, dia tidak akan tahu kebenaran ini sehingga
sudah.
Dan
dia, susah atau senang, janggal atau tidak, dia harus berhadapan dengan
datuknya. Minta kebenaran yang dia cari. Dia sanggup jadikan meja makan medan
perangnya malam ini.
“Bianca,”
serunya.
Gadis
itu datang dan berdiri di sampingnya.
“Beritahu
tukang masak istana untuk sediakan makan malam malam ini di rumah saya dan
beritahu juga hal ini pada Stuart. Saya nak malam ni hanya ada saya dan atuk
saya sahaja,” arahnya. Matanya tertumpu pada perigi tidak jauh darinya yang
selama ini dia tidak pernah perasan.
“Itu
sahaja ke cik?”
Allisa
pandang Bianca. Mata tidak berkelip.
Bianca
tersedar sesuatu. “Maafkan saya, tuan puteri.”
“Saya
tak kisahlah Bianca. Kita berdua aja.”
Wajah
remaja itu memerah.
“Lagipun
saya nak tanya fasal benda lain. Sejak bila taman saya ada perigi?”
Dahi
Bianca beralun. Kening bercantum. Dia juga hairan dengan perkara itu.
“Sepanjang saya kerja sini, saya tak pernah nampak perigi cik. Cik nampak di
mana?”
Allisa
unjuk jarinya ke arah perigi 100 meter di hadapannya.
Bianca
pandang ke arah yang sama. Dia semakin bertambah hairan. Hendak kata dia rabun,
matanya 20/20. Cuaca pun tidak membataskan pandangannya. Dia ketap bibirnya.
“Saya rasa cik mungkin nak masuk ke dalam dahulu. Hari panas sekarang ni. Itu
yang cik nampak fatamorgana. Saya tahu ubat yang sesuai untuk cik ambil dan
saya yakin lepas ni cik - ”
“Bianca...”
Bianca
hela nafas berat. “Tak cik. Saya tak nampak perigi di mana-mana pun di taman
ni.”
Mendengarkan
hal itu, Allisa pandang semula ke arah perigi tersebut dan perigi itu masih ada
lagi di situ. Dia cuba yakinkan Bianca yang dia masih lagi nampak perigi itu
namun melihatkan ekspressi Bianca yang memaksa senyum sedangkan remaja itu
berasa takut akan apa yang dia nampak, dia pilih untuk terima yang dia seorang
sahaja yang nampak perigi itu.
No comments:
Post a Comment